Hukum berkumur ketika puasa

Hukum Berkumur Ketika Puasa. Batal Puasa atau Tidak?

Apakah hukum berkumur ketika puasa? Adakah ia boleh membatalkan puasa atau tidak? Artikel ini akan membincangkan hukum berkumur ketika puasa


Berkumur dapat menjaga keadaan dalaman mulut dan gigi. Berkumur dengan air dapat membuang sisa-sisa makanan yang tersepit di celah-celah gigi. Berkumur dengan bahan kumuran pula dapat menyebarkan bau mulut dan merawat penyakit dalam mulut.

Apa teknik berkumur yang betul?

Berkumur pada bahagian kiri mulut dan kanan mulut hampir seminit dulu. Barulah di bahagian tengah dan buangnya keluar. Ini juga harus berpandukan produk kumuran yang kita guna, telitilah segala nasihat dan arahannya juga. Yang disebut di sini hanya umum sahaja.

Adakah sunnah berkumur?

Ramai yang mungkin belum tahu. Rasulullah berkumur selepas meminum susu. Daripada Abdullah Ibn Abbas:

Rasulullah SAW telah meminum susu dan lalu baginda berkumur-kumur. Dan Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya susu mengandungi lemak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam Sahih Ibnu Khuzaimah, Ibnu Khuzaimah sebut, sunat untuk kita berkumur selepas memakan atau meminum apa-apa yang mengandungi lemak.

Dalam Syarah Minhaj Sahih Muslim pula, Imam Nawawi menyebut:

Padanya terdapat dalil bahawa hukumnya adalah sunat untuk berkumur-kumur selepas minum susu… Dan demikianlah pada selainnya yang terdiri daripada makanan dan minuman, disunatkan untuk berkumur-kumur (selepas selesai makan dan minum), supaya tidak ada baki sisa yang tertinggal lalu dia menelannya semasa sedang solat. Juga bagi menghilangkan lekit dan lemaknya serta membersihkan mulutnya.

Ringkasnya, sunat untuk kita berkumur selepas memakan atau meminum benda berlemak.

Selain itu juga, berkumur dalam mengambil wuduk juga dikategorikan sebagai sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut.

Batalkah puasa bila berkumur?

Kata Ketua Majelis Ulama Indonesia Lampung, Khairudin Tahmid:

Di dalam Fiqih Imam Syafii, berkumur saat puasa dihukumi makruh. Dijelaskan, berkumur untuk wudhu diperbolehkan sepanjang tidak berlebihan dan air tidak tertelan,

Kalau kumur saja-saja, itu makruh hukumnya. Tapi tak membatalkan puasa. Tapi, bila berkumur sebab nak ambil wuduk, itu diharuskan selagimana tidak berlebihan sampai tertelan air itu dengan sengaja. Itu baru jadi batal.

Tapi, asasnya dulu, berkumur tidaklah membatalkan puasa.

Tetapi, harus diingatkan, yang sekiranya kita takut bahawa air itu akan ditelan, maka sebaiknya janganlah berkumur meskipun waktu wuduk. Meninggalkan berkumur ketika mengambil wuduk itu tidak berdosa.

Sekiranya wujud risiko, hendaklah dijauhi. Agar ibadat puasa menjadi senang dan tenang. Tak perlu kita berpening kepala. Kalau berkumur itu berisiko untuk tertelan, sebaiknya jangan berkumur. Senang cerita.

Kalau kita mampu mengawal dengan baik, maka berkumurlah dengan kadar yang diperlukan sahaja.

Jangan disebabkan amalan sunnah (berkumur ketika ambil wuduk), kita tinggalkan amalan wajib, iaitu puasa ramadan itu sendiri.

Imam Nawawi sebut dalam Al-Majmu’ bahawasanya:

Para ulama Syafi’iyah dan pendapat Imam Syafi’i tetap disunnahkan bagi orang yang berpuasa saat berwuduk untuk berkumur-kumur dan memasukkan air dalam hidung, sebagaimana yang tidak berpuasa disunnahkan demikian. Akan tetapi bagi yang berpuasa disyaratkan tidak berlebih-lebihan (mubalaghah). Yang terjadi perselisihan, ketika masuk air dalam rongga tubuh saat berkumur-kumur atau memasukkan air dalam hidung. Pendapat ulama Syafi’iyah adalah batal jika memasukkan airnya berlebihan. Namun jika tidak berlebihan, tidaklah batal.

Kata Imam Asy-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj:

Menurut mazhab Syafi’i, jika seseorang berlebih-lebihan dalam berkumur-kumur dan memasuk air dalam hidung (istinsyaq) lantas air tadi masuk ke dalam tubuh, maka puasanya batal. Kerana orang yang berpuasa dilarang dari berlebih-lebihan saat berkumur-kumur dan  memasuk air dalam hidung sebagaimana telah dijelaskan dalam pembahasan wuduk. Namun jika tidak berlebih-lebihan lantas masuk air, tidaklah membatalkan puasa karena bukan sebab sengaja.

Kesimpulan

Berkumur ketika puasa tidaklah membatalkan puasa, tetapi sekiranya ia dilakukan saja-saja, maka makruh hukumnya meskipun tidak batal menurut mazhab Syafi’i. Berkumur ketika ambil wuduk pula hukumnya harus, asalkan ia tidak berlebihan. Ini kena pada semua keadaan.

Walaupun berkumur itu tidak membatalkan puasa, harus berhati-hati daripada menggunanya secara berlebihan. Sekiranya juga khuatir ada risiko untuk tertelan, lebih baik jangan berkumur untuk mengelak terbatalnya puasa.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Berkumur Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Korek Telinga Ketika PuasaHukum Menangis Ketika Puasa
Hukum Potong Kuku Ketika PuasaHukum Korek Hidung Ketika Puasa
Hukum Swab Test Ketika PuasaHukum Berjimak Ketika Puasa
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika PuasaHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Berbekam Ketika PuasaHukum Pakai Gincu Ketika Puasa
Hukum Jilat Bibir Ketika PuasaHukum Telan Air Liur Ketika Puasa
Hukum Muntah Ketika PuasaHukum Merokok Ketika Puasa

Rujukan:

  1. Berkumur-kumur – Myhealth Portal
  2. Amalan Sunnah Ketika Minum Susu – Mufti WP
  3. Bolehkah Tinggalkan Anggota Sunat Wuduk Dengan Sengaja – Sinar Harian
  4. Hukum Berkumur Sebelum Wudhu Ketika Puasa Ramadhan – Tribunnews

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =

Scroll to Top