Skip to content

Syarat-syarat Penulisan di laman Web Akumuslim.asia

Assalamualaikum.

Disini kami ingin menggariskan syarat-syarat penulisan di dalam laman web Akumuslim.asia

Untuk menulis artikel dalam laman web kami, ia perlulah memenuhi kriteria dibawah iaitu:

  1. Bilangan patah perkataan perlu melebihi 600 patah perkataan untuk satu-satu artikel
  2. Perlu mempunyai sub tajuk untuk memudahkan kefahaman pembaca
  3. Penulisan perlu dengan ayat yang mudah difahami
  4. Tidak boleh menghentam seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan(Syarikat, NGO dan sebagainya) di dalam penulisan anda.
  5. DILARANG COPY AND PASTE artikel orang lain. Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk ubah keseluruhan ayat daripada artikel orang lain.

Caranya adalah:

  1. Hantar butiran anda melalui borang dibawah.
  2. Kami akan menjemput anda ke dalam group telegram kami (Anda perlu memasukkan perisian telegram terlebih dahulu dalam telefon anda).
  3. Di dalam group telegram tersebut, kami akan menyediakan beberapa tajuk yang anda boleh tulis. Buat masa sekarang fokus kami adalah pada kaifiat solat terlebih dahulu.

Jika berminat, mohon isi borang di LINK INI

Contoh tajuk yang anda boleh tulis ketika ini:

  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Gerhana Matahari
  • Solat Gerhana Bulan
  • Solat Sunat Tahajjud
  • Solat Istikharah
  • Solat Sunat Aidhil Adha
  • Solat Sunat Nikah
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Jenazah
  • Solat Sunat Mutlak
  • Solat Sunat Wuduk

Penulis wajib menulis subtajuk untuk panduan para pembaca, boleh buat subtajuk ini

  • Pengenalan(Sebab kena solat sunat)
  • Waktu solat yang sesuai
  • Niat solat
  • Kaifiat solat
  • Jumlah rakaat
  • Surah yang dibaca di dalam solat
  • Kelebihan solat
  • Doa sepas solat
  • Penutup

Perlulah diberikan dalil bagi perkara yang penting.

Pembayaran

Setiap daripada artikel akan dibayar sebanyak RM20.

Pembayaran akan dibuat kurang daripada seminggu setelah artikel disiarkan dalam laman web kami.

Tetapi sebelum artikel disiarkan, kami memerlukan masa terlebih dahulu untuk melakukan pembetulan dan proses edit pada artikel yang dihantar.

Akhir kalam

Terima kasih kerana berminat menulis di dalam laman web kami