Skip to content

Niat & Cara Solat Hajat (Panduan Lengkap)

solat sunat hajat

Bagaimanakah untuk melakukan solat hajat serta lafaz niatnya secara rumi? Artikel ini akan membincangkan secara ringkas dan lengkap cara untuk melakukan solat ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Waktu Solat Hajat
  3. Jumlah Rakaat
  4. Cara melakukan Solat Hajat
  5. Doa Selepas Solat
  6. Kelebihan
  7. Penutup

Pengenalan

Solat Sunat Hajat ialah solat sunat yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan/kejahatan/musibah.

Antara contoh kebaikan yang diinginkan ialah kesihatan yang baik, rezeki yang luas, jodoh yang sesuai, kebaikan dunia akhirat dan lain-lain lagi.

Selain berdoa untuk kebaikan, jangan lupa untuk mendoakan diri kita agar dijauhkan dari sebarang keburukan dan kejahatan seperti kemalangan,sakit, kebuluran dan melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,”

Ujian hidup yang diberikan kepada kita adalah untuk menguji keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Disebalik ujian yang diberikan, Allah SWT mahukan kita sebagai hamba-Nya untuk memohon pertolongan daripada-Nya dengan sabar dan solat.

Berikut merupakan nota-nota penting berkenaan tatacara solat hajat.

Waktu solat yang sesuai

Solat Sunat Hajat boleh dilakukan pada waktu siang atau malam, pagi atau petang, terutama apabila terdapat sesuatu hajat yang baik untuk dipohonkan kepada Allah SWT.

Solat Sunat Hajat ini juga lebih afdhal dilakukan pada waktu tengah malam atau 1/3 malam yang terakhir dan boleh dilakukan secara berjamaah atau bersendirian.

Jumlah rakaat

Solat Sunat Hajat dilakukan sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat. (setiap 2 rakaat 1 salam).

Cara Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat mempunyai banyak macam bentuk dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya, namun rukun solat masih tetap sama.

Berikut merupakan antara cara untuk melakukan Solat Sunat Hajat yang ringkas untuk dilakukan:

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram

Perlu melafazkan Takbir(Allahuakbar) berserta niat di dalam hati.

Bacaan rumi niat solat hajat:

Usolli Sunnatal Hajaati Rak’ataini Lillahi Ta’ala.

“Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


2. Membaca Surah Al-Fatihah

Maknanya:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan ) mereka yang dimurka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”


3. Membaca surah pilihan

Pada rakaat pertama boleh membaca surah al-Kafirun seperti dibawah atau mana-mana surah di dalam Al-Quran yang diingati ataupun membaca terus menggunakan mushaf Al-Quran ketika solat.

Ertinya; “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk Mu agama Mu,untuk Ku agama Ku.


4. Rukuk

Melakukan rukuk berserta membaca bacaan ketika Rukuk

Bacaan Rukuk

bacaan rukuk

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.


5. Iktidal

Melakukan I’tidal berserta membaca bacaan ketika I’tidal

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Nota: Bediri tegak dan kedua-dua tangan berada di sisi.


6. Sujud

Melakukan sujud berserta membaca bacaan ketika Sujud

Bacaan sujud:

bacaan-sujud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Nota: Kedua-dua tapak tangan terletak atas lantai/sejadah separas bahu.


7. Duduk antara dua sujud

Duduk antara dua sujud berserta membaca bacaan ketika duduk antara dua sujud

Bacaan duduk antara dua sujud:

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Nota: Kedua-dua tangan terletak atas kedua-dua peha.


8. Sujud semula berserta bacaan


9. Bangun semula untuk ke rakaat kedua


Rakaat Kedua

1. Membaca Surah Fatihah

Maksudnya:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan ) mereka yang dimurka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”


2. Membaca Surah Pilihan

Boleh membaca surah Al-Ikhlas ataupun mana-mana surah di dalam Al-Quran. Surah Al-Ikhlas adalah seperti dibawah

Ertinya; “Dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha penyayang. Katakanlah(Muhammad), Dia adalah Allah Yang Maha Esa. Allah Tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak di peranakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya.”


3. Teruskan seperti dalam rakaat pertama iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud


4. Sujud

Ketika sujud terakhir, ia boleh disertai zikir sebanyak 41 kali seperti dibawah

La ilah illa anta subhanaka inni kuntu minadhzholimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

( Jika tidak dibaca zikir ini atau setelah cukup bilangan bacaan zikir ,maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud)


4. Duduk tahiyat Akhir

Membaca bacaan tahiyat akhir

“Attahiyatu mubarakatus solawatut toyyiba tulillah, assalamualaika ayyuhan nabi yu warah matullahi wabarakatuh, assalamualaina wa ‘ala ibadillah hissolihin. Ashhadualla ilaha illallah wa ashhadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad, kama sollai taala ibrahim wa ‘ala ali Ibrahim. Wa barik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad, kama barak taala Ibrahim wa ‘ala ali ibrahim fil ‘alamina innaka hamidum majid.”

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.


5. Memberi Salam


6. Selepas salam, boleh baca doa selepas solat hajat seperti dibawah.


Doa Selepas Solat Hajat (Panduan Rumi)


Daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami R.anh beliau berkata: Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju kearah kami lalu bersabda:

‏ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لْيَقُلْ

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

Doanya


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ قَضَيْتَهَا لِي


La ilaha ilallahul halimul karimu subhanallahi rabbil ‘arshil ‘azim Qodhoitaha li

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung.


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ


Alhamdulillahi rabbil ‘alami. Allahumma inni asaluka mujibati rahmatika wa ‘aza imu maghfiratika wal ghanimata min kulli birriu wassalamat min kulli ism

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa.


أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي


Asaluka alla tada’a li dzamban illa ghafartah, wala hamman illa farrajtah, waka hajatan hiya laka ridha illa qodaitaha

Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosa pun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau permudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Sambungan hadith

ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.  Riwayat Ibn Majah (1384)


Kelebihan Solat Sunat Hajat

  • Kehidupan akan menjadi tenang kerana apa yang dihajatkan telah disampaikan kepada Allah.
  • Menjadi hamba Allah yang lebih ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah SWT.
  • Menambah keimanan di dalam hati  tentang kekuasaan Allah SWT
  • Permohonan dimakbulkan Allah SWT

Penutup

Sememangnya hajat yang kita nyatakan kepada Allah SWT adalah yang kita fikir yang  terbaik untuk kita, namun apa yang dimakbulkan dan yang dirancang oleh Allah SWT adalah jauh lebih baik untuk daripada apa yang kita fikirkan.

Allah bersifat Maha Mengetahui, Dia mengetahui setiap isi hati hamba-hambaNya, juga mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Adab berdoa jangan dilupakan dan mohonlah doa dan hajat yang membawa kita kepada kebaikan di dunia dan juga akhirat.

Yakinlah kepada qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT dan jangan pernah berputus asa dalam menghadapi ujian dunia kerana Allah sentiasa ada untuk kita, Semoga doa-doa yang baik ini akan memudahkan lagi jalan-jalan kita menuju ke syurga. Wallahualam.

Cara solat sunat yang lain

Solat Sunat DhuhaSolat Hajat
Solat TaubatSolat Witir
Solat Sunat WudukSolat Tahajjud
Solat TasbihSolat Sunat Ihram
Solat AidiladhaSolat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Gerhana Matahari dan BulanSolat Minta Turun Hujan
Solat Sunat TawafSolat Sunat Nikah
Solat Sunat MusafirSolat Jenazah
Solat IstikharahSolat Sunat Rawatib
Solat IsyraqSolat Aidilfitri

1 thought on “Niat & Cara Solat Hajat (Panduan Lengkap)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − one =