Skip to content

Hukum Jilat Bibir Ketika Puasa- Bolehkah?

hukum jilat bibir ketika puasa

Apakah hukum jilat bibir ketika puasa? Artikel ini akan dibahaskan hukum menjilat bibir ketika sedang berpuasa. Kita akan pelajari, apakah menjilat bibir ketika berpuasa itu dapat membatalkan puasa atau tidak?

Pengenalan

Puasa ialah menahan diri. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Maknanya, dari mula waktu subuh hingga mula waktu maghrib.

Di tengah-tengah itulah waktu kita berpuasa.

Rukun puasa

Tanpa memenuhi rukun puasa, maka puasa kita akan menjadi tidak sah.

Rukun puasa hanya ada dua:

  1. Niat.
  2. Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Jadi, apa pula perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1. Makan dan minum

Jelaslah bahawa makan dan minum membatalkan puasa. Sekiranya seseorang itu terlupa lalu makan ketika puasa, ia tidaklah membatalkan puasanya. Sebaliknya, sebaik sahaja dia tahu yang dia sedang berpuasa, hendaklah dia terus berhenti daripada makan dan teruskan berpuasa seperti biasa.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang terlupa, sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga bermakna sesuatu itu perlulah sampai ke perut. Contohnya, makanan yang masuk melalui mulut sampai ke perut. Air yang masuk melalui hidung sampai ke perut.

Kalau sekadar mengorek hidung misalnya, ia tidak membatalkan puasa. Ia juga bukan termasuk dalam kategori “memasukkan sesuatu ke dalam rongga”. Sebab apa?

Sebab, mengorek hidung, ia hanya di sekitar hidung itu sahaja. Bukannya ia masuk sampai ke perut dan sebagainya.

2. Muntah dengan sengaja

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah mengqada’nya.. (Riwayat Abu Daud)

Sengaja muntah membatalkan puasa. Siapa-siapa yang sengaja muntah, dia wajib menggantikan puasa tersebut, khususnya puasa wajib seperti Ramadan, Nazar dan lain-lain.

3. Bersetubuh

Bersetubuh membatalkan puasa. Sesiapa yang bersetubuh ketika berpuasa pada bulan Ramadan, hendaklah ia membayar kifarah denda.

4. Onani (mengeluarkan air mani dengan sengaja)

Sekiranya kita tidak bersetubuh pun, tetapi mengeluarkan air mani dengan sengaja. Ia juga membatalkan puasa.

5. Haid dan nifas

Sesiapa yang haid dan nifas, ia sedang berhadas. Disebabkan ini, puasa tidak sah. Bagi yang haid pada bulan Ramadan, hendaklah ia menggantikan pada hari lain.

6. Gila dan murtad

Orang yang berpuasa itu hendaklah mukalaf. Apa makna mukalaf?

Orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengikut perintah agama.

Tiga ciri orang yang mukalaf.

Akil baligh, sempurna akal dan Islam.

Jadi, orang yang gila, dia tidak mempunyai satu ciri iaitu sempurna akalnya. Jadi, puasanya terbatal.

Begitu juga dengan orang murtad, dia sudah tidak Islam. Maka, puasanya juga terbatal.

Hukum menjilat bibir ketika puasa

Dalam isu ini, terdapat dua perkara yang membatalkan puasa yang hampir sama macam ini.

Iaitu:

  1. Makan dan minum.
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga.

Baik, apakah menjilat bibir itu termasuk di bawah makan atau minum? Boleh jadi sekiranya pada bibir itu terdapat sisa makanan atau minuman. Jadi, apabila kita menjilat bibir lalu menelan sekali sisa-sisa tadi, terbatallah puasa kita.

Namun, sekiranya menjilat bibir itu hanya sekadar perkara adatnya manusia, maka puasa kita tidak terbatal.

Bagaimana pula dengan gincu?

Ibu Uthaimin, Bin Baz dan lain-lain pernah menjawab soalan, apakah status hukum bagi mereka yang memakai gincu, memakai pelembap bibir dan sebagainya.

Mereka rata-rata berpandangan bahawa benda-benda ini tidaklah membatalkan puasa.

Namun, kita harus berhati-hati agar benda-benda ini tidak melepasi tekak. Sekiranya demikian, barulah ia membatalkan puasa.

Kalau ia sekadar berlegar di sekitar bibir semata-mata, tidaklah membatalkan puasa.

Kalau ia melepas tekak, misalnya kita menjilat sisa itu sampai boleh telan lalu benda-benda itu sampai ke perut pula, khuatir perkara tersebut boleh membatalkan puasa.

Jadi, kalau jilat bibir di samping bibir itu kosong daripada apa-apa, sekadar hendak membasahkan bibir dengan air liur sendiri, itu tidak mengapa.

Sebab, ia merupakan tabiat semula jadi kepada seseorang manusia. Tidaklah ia membatalkan puasa.

Kesimpulan

Menjilat bibir sebagai adat manusia tidak membatalkan puasa kecuali terdapat sesuatu seperti makanan dan lain-lain yang boleh masuk hingga ke perut.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Berkumur Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Korek Telinga Ketika PuasaHukum Menangis Ketika Puasa
Hukum Potong Kuku Ketika PuasaHukum Korek Hidung Ketika Puasa
Hukum Swab Test Ketika PuasaHukum Berjimak Ketika Puasa
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika PuasaHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Berbekam Ketika PuasaHukum Pakai Gincu Ketika Puasa
Hukum Jilat Bibir Ketika PuasaHukum Telan Air Liur Ketika Puasa
Hukum Muntah Ketika PuasaHukum Merokok Ketika Puasa

Rujukan

1. Matla’ Badrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − eleven =