doa dipermudahkan urusan

5 Doa Dipermudahkan Urusan yang Anda Perlu tahu

Apakah bacaan-bacaan doa yang boleh diamalkan supaya dipermudahkan urusan? Artikel ini akan membincangkan beberapa bacaan doa yang boleh diamalkan daripada ayat al-quran dan juga hadis untuk dipermudahkan urusan seharian kita.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Balad ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)..

Hidup ini penuh dengan dugaan. Penuh dengan macam-macam tragedi yang kita tak mahu. Tapi, pengalaman dalam menghadapi itu semualah yang dipanggil sebagai UJIAN. Ujian ini Allah beri kepada semua orang. Untuk uji, sama ada kita akan kekal konsisten atas jalan Allah, ataupun tidak.

Jika kita beriman, tapi tak pernah kena uji. Maka, bagaimana kita nak katakan yang iman kita ini sebenar-benar iman? Nak kenal ia sebagai sebenar-benar iman ataupun iman yang konkrit, kenalah diuji dulu. Ujian itu datang daripada pelbagai jenis. Dalam bentul nikmat (dalam kerangka di uji, dalam bentuk kesusahan (dalam kerangka ujian) dan seterusnya.

Semua yang kita kena di dunia ini, adalah ujian. Baik berupa baik atau buruk. Semuanya duduk di dalam kerangka ujian. Sebab itu kita selalu baca dalam Surah Asy-Syarh, Allah sebut:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..

Namun, jangan khawatir sama sekali. Kerana Allah sebut juga dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 bahawa:

Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya..

Allah takkan uji selagimana sesuatu itu kena dengan kemampuan kita. Allah takkan ujian perkara yang terlalu lebih. Tetapi, Allah uji sedang-sedang dengan kapasiti kita supaya ia bermanfaat juga buat kita.

Apakah ujian itu manfaat?

Ya, kalau ujian itu implikasi akhirnya membuatkan kita lebih kuat sembahyang, kita lebih kuat zikir, kita jauh daripada haram, bukankah itu satu manfaat dan kemajuan juga buat kita?

Apakah lepas kita diuji, kita lagi dekat dengan Allah, atau bagaimana? Kita pilih. Jadikan setiap ujian itu batu loncatan untuk kita jadikan diri kita lebih baik. InshaAllah.

Doa permudahkan urusan

1. Doa penyerahan

Maksudnya: Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha Pelindung (Surah Ali Imran ayat 173)

Doa ini yang dibaca oleh Nabi Ibrahim saat dilemparkan ke dalam api. Selain itu juga, bila ada berita yang beritahu ada sekumpulan manusia yang datang nak serang Rasulullah. Rasulullah sebut ayat ini kepada si penyampai berita. Hal ini menunjukkan betapa tawakkalnya baginda kepada Allah.

Bacalah ayat ini dengan penuh sifat tawakkal. Yakni, bergantung kepada Allah. Hanyalah Allahlah sebaik-baik pelindung. Tidak ada yang lain.

2. Doa keampunan

Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim (Surah Al-Anbiyaa ayat 87)

Allah utuskan Nabi Yunus untuk dakwahkan orang di kota Nainawi. Tapi, mereka semua tak nak percaya seperti apa yang Nabi Yunus katakan atau dakwahkan. Lepas itu, Nabi Yunus pun pergi meninggalkan mereka dan beritahu mereka yang Allah akan azab semua orang dalam 3 hari lagi jika tak percayakan Dia.

Akhirnya, memang betul apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus. Azab Allah pun datang. Mereka semua baru mula nak percaya dan mohon ampun daripada Allah.

Nabi Yunus tinggalkan kaumnya menaiki perahu. Sampai satu masa, perahu nak tenggelam. Semua yang naik perahu itu pun, undi siapa yang patut kena campak keluar perahu. Malangnya, Nabi Yunus yang diundinya mereka itu.

Waktu Nabi Yunus lompat dan masuk laut, Nabi Yunus kena telan dengan satu ikan paus. Masa di dalam ikan paus itu, Nabi Yunus sangka yang beliau sudah mati. Namun, digeraknya kaki tangan, ternyata masih hidup. Terus beliau sujud di dalam perut ikan paus itu. Seraya itu semua, beliau pun bacakan doa ini sebagai permohonan ampun kepada Allah lalu Allah pun selamatkan beliau.

3. Doa mohon kesabaran

Maksud: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kesabaran kepada kami.. (Surah Al-A’raf ayat 126)

Curahkan kesabaran ertinya dalam konteks membela agama Allah dan teguhkan hati ketika dalam perjuangan tersebut. Boleh dibaca ketika mana kita sedang berjuang terhadap apa-apa perkara. Jadikan ayat ini sebagai zikir di mulut. Moga-moga kesabaran kita meningkat.

4. Doa dipermudahkan urusan

doa dipermudahkan urusan

Maksud: Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bebaskanlah kekakuan pada lidahku supaya mereka mengerti perkataanku (Surah Taha ayat 25-28)

Ini doa yang Nabi Musa minta tatkala menunaikan tugas risalah yang menjadi tanggungjawab beliau untuk menyebarkan. Paling berat, beliau kena sampaikan risalah ini kepada firaun yakni raja yang perasan dia Tuhan. Itu agak mencabar bagi beliau. Kakuan lidah itu akan membuatkan mesej risalah yang Nabi Musa sampaikan itu tidak jelas. Sebab itu Nabi Muda minta Allah untuk bebaskan kekakuan pada lidahnya supaya tidak tergagap-gagap.

5. Doa dimudahkan segala kesulitan

doa dimudahkan urusan

Maksud: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis ini sahih menurut jalur Anas Bin Malik. Sahih menurut Sheikh Syuaib Al-Arnauth.

Manusia itu ada kehendak. Cuma, kehendaknya itu boleh direalisasikan apabila dengan izin Allah. Maka, perlulah kita sebagai manusia minta daripada Allah sendiri supaya dipermudahkan segala urusan. InshaAllah.

Diharapkan bacaan doa untuk dipermudahkan urusan ini akan membantu para pembaca dan semoga dipermudahkan urusan di dunia ini.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Rujukan

  1. Abdulla, A. (n.d.). RABBANA AFRIGH ALAINA SABR (PATIENCE DUA). Retrieved from My Islam
  2. Admin. (n.d.). 10 Authentic Dua to Recite When Facing Difficulties and Problems in Life. Retrieved from Islamcan.com
  3. Ali, Z. (n.d.). The Duas I Say For Hardship And Distress. Retrieved from Tranquil Islam
  4. Dua for ease in difficulties. (2018). Retrieved from As the heart heals:
  5. Muslim.sg. (2020). Dua for Success in Everything. Retrieved from Muslim.sg
  6. Nashrullah, N. (2019). Dahsyatnya Doa Nabi Yunus Bagi Siapa Pun yang Membacanya. Retrieved from Republika.co.id
  7. Tuasikal, A. (2010). Do’a Memohon Kemudahan. Retrieved from Rumaysho.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 7 =

Scroll to Top