Apakah doa selepas witir yang boleh kita amalkan? Artikel pada kali ini menerangkan tentang himpunan doa selepas witir yang boleh dibaca selepas menunaikan solat sunat Witir, lengkap dengan teks Arab dan bacaan rumi.
Apakah Solat Sunat Witir?
Dari sudut bahasa, witir memberi maksud tunggal atau ganjil. Manakala dari segi istilah, ia adalah solat sunat Witir yang dilakukan pada waktu tertentu bagi menutup solat-solat malam (sama ada pada awal malam, pertengahan malam, atau pengakhiran malam).
Jumlah bilangan rakaat pada lazimnya dilakukan secara ganjil (2 rakaat + 1 rakaat). Justeru, ini menunjukkan bahawa amalan tersebut bukan hanya digalakkan pada bulan Ramadhan semata-mata tetapi pada bulan-bulan yang lain juga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari, 1981)
Himpunan Doa Selepas Witir
Doa adalah senjata paling ampuh bagi orang-orang mukmin. Berdoalah di mana sahaja kita mahu namun, doa yang terbaik adalah ketika kita dalam keadaan suci selepas solat.
Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:
❧ “Doa yang paling didengari ialah ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Begitu juga dengan solat sunat Witir di mana selepas selesai melaksanakannya kita juga amat disarankan untuk membaca doa selepas witir. Antara doa selepas witir yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
Kesimpulan
Diharapkan artikel berkenaan dengan doa selepas witir ini dapat memberikan anda pendedahan dan perkongsian yang sarat dengan ilmu pengetahuan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Berdoalah dengan seikhlas hati sehingga kita penat sebagai seorang hambaNya, bukannya sehingga kita dapatkan apa yang dihajati. Berdoalah juga sehingga kita mendapat nikmat syurga, bukan sekadar nikmat sementara di dunia. ❧
Bacaan Doa Yang Lain
📚 Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat (2009), Terbitan Telaga Biru, Karya Allahyarham Dato’ Ismail Kamus.
- Al-Kafi #1393: Tatacara Solat Witir Yang Afdhal. Mufti Wilayah Persekutuan.

