Skip to content

Doa Ketika Barang Hilang dan Muhasabah

doa ketika barang hilang

Apakah doa ketika barang hilang? Artikel ini akan membincangkan doa yang berkaitan ketika sesuatu barang itu hilang dengan bantuan teks arab dan rumi bagi memudahkan pembaca.

Setiap orang pasti mengalami masalah kehilangan barang. Tidak kiralah sama ada tersalah letak atau pun di curi. Terkadang perkara-perkara ini akan menambahkan beban dan tekanan kepada kehidupan lebih-lebih lagi jika ia bersangkut-paut dengan barangan yang penting seperti telifon bimbit, kunci kereta, dompet dan lain-lain.

Di sini, penulis akan melampirkan doa yang boleh dibaca ketika barang anda hilang. Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin/Ahlillah/Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi.

Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi R.A di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa barang hilang dalam teks Arab

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

Muhasabah kenapa barang hilang

Manusia perlu faham perbezaan antara musibah dan ujian. Dalam konteks kehilangan barang ini adalah ujian bagi setiap orang. Antara ciri-ciri ujian adalah:

  • Ujian bersifat sementara
  • Ujian sama ada baik atau buruk adalah sebagai peringatan untuk menyedarkan mukmin
  • Ujian apabila di timpa kepada ahli maksiat menjadi azab
  • Ujian menggugurkan dosa untuk manusia kembali bertaubat
  • Ujian menaikkan darjat dengan kesabaran

Untuk lebih jelas lagi, cuba anda amati dua potong ayat Al-Quran di bawah:

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Setelah difahamkan, sangat jelas bahawa apa sahaja ujian yang ditimpakan kepada manusia, Allah sudah terlebih dahulu tahu sebatas apa kemampuannya untuk memikul ujian itu. Allah Maha Adil dalam memberikan ujian dan nikmat. Ujian di berikan bukan untuk membuat kehidupan manusia semakin susah. Ujian diturunkan kepada seseorang bukan juga untuk menjadikan manusia lemah dan hidup dalam rendaman air mata. Cuba fikir, dengan segala nikmat yang di berikan kepada setiap hari tanpa terkecuali sungguh pun anda taat atau tidak dengan perintah Allah adalah sangat wajar jika Allah memberikan ujian kepada anda.

Hikmah kehilangan barang

1. Bersabar dengan ujian

Sabar adalah perkara yang mudah untuk diperkatakan tetapi sukar untuk diamalkan. Allah menguji manusia, manusia perlu bersabar kerana sesungguhnya kesabaran itu tidak akan pernah sesekali di sia-siakan oleh Allah.

2. Menunjukkan manusia tidak sempurna dan banyak kekurangan

Allah memiliki segala kekuatan dan keagungan dalam mentadbir alam semesta dan segala yang berada di langit dan di bumi. Sebaliknya manusia hanyalah hamba dan tidak memiliki kesempurnaan. Kerana itu, kehidupan manusia tidak akan pernah lari dari hakikat untuk manusia kembali kepada Allah.

3. Menambahkan rasa syukur dengan segala nikmat yang Allah SWT beri

Sama ada dengan nikmat yang sedikit atau nikmat yang banyak, tetaplah bersyukur kerana dengan bersyukur Allah akan menambahkan lagi rezeki yang melimpah ruah. Kehilangan kepada sesuatu jika anda telah berusaha untuk mencarinya kemudian tetap tidak mampu untuk menemukannya lalu anda redha. Allah akan mengantikan kepada sesuatu yang lebih baik kepada anda.

4. Dugaan tanda Allah SWT sayang

Selagi mana Allah masih menguji anda, selagi itulah Allah masih memperdulikan anda. Cuba lihat dalam konteks ujian kepada pendosa untuk menyedarkannya. Allah sangat sayang kepada anda. Dia tidak mahu anda semakin berlarutan dengan maksiat dan dosa. Ujian adalah jentikkan hati atau sebagai hadiah yang Allah beri untuk mengembalikan seseorang kembali taat kepada-Nya.

Di harapkan artikel ini dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada anda untuk sentiasa bermuhasabahkan diri dengan segala bentuk-bentuk ujian yang Allah berikan. Nilai penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian berdasarkan perbincangan tadi adalah nilai sabar, bersyukur, dan redha. Amalkan tiga nilai ini agar kehidupan anda sentiasa diberkati oleh Allah SWT dan di berikan rezeki yang lebih banyak lagi.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 10 =