Apakah bacaan doa berbuka puasa yang betul dan apakah sunnah-sunnah tatkala berbuka? Artikel ini membincangkan lafaz doa berbuka puasa (sendirian, beramai-ramai & doa sahih Abu Daud) berserta 4 sunnah baginda SAW.
Berpuasa merupakan salah satu kewajipan utama umat Islam. Tatkala berbuka puasa, kita disunatkan menyegerakannya serta mengambil peluang berdoa kerana waktu berbuka adalah antara waktu doa paling mustajab dan tidak ditolak oleh Allah SWT.Ringkasan: Tatkala berbuka puasa, disunatkan berdoa (sama ada doa umum “Allahumma laka shumtu…” atau doa sahih Abu Daud “Dzahabadh-dhama-u…”), menyegerakan berbuka apabila masuk waktu, memulakan hidangan dengan kurma (rutab/tamar) dan air mineral, serta minum dengan tenang secara tertib.
Isi Kandungan
Lafaz Doa Berbuka Puasa
Doa ini merupakan doa yang lazim dibaca tatkala hendak berbuka. Berdoa ketika berpuasa sangat dituntut kerana ianya akan diangkat dengan mudah dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Doa Berbuka Puasa (Sendirian)

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Lafaz Rumi:
Allahumma laka shumtu, wa bika aamantu, wa ‘alaa rizqika afthartu, birahmatika yaa arhamar-raahimiin.
Ertinya:
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa), dengan rahmat-Mu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”
Doa Berbuka Puasa (Beramai-ramai)

اللَّهُمَّ لَكَنَا صُمْنَا ، وَبِكَ آمَنَّا ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Lafaz Rumi:
Allahumma lakanaa shumnaa, wa bika aamannaa, wa ‘alaa rizqika aftharnaa, birahmatika yaa arhamar-raahimiin.
Ertinya:
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, dengan-Mu kami beriman, dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa), dengan rahmat-Mu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”
Doa Berbuka Puasa Sahih (Riwayat Abu Daud)
Sunnah Ketika Berbuka
❧1. Berdoa Sebelum Berbuka
Adalah mustajab untuk berdoa sebaik sahaja sebelum berbuka puasa. Nabi SAW bersabda:
❧ “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Waktu seperti ini adalah kurniaan Allah SWT. Alangkah ruginya jika tidak berdoa. Luangkanlah beberapa minit untuk bermunajat kepada Allah SWT.
❧2. Segerakan Berbuka Puasa
Satu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah untuk kita menyegerakan berbuka puasa. Baginda pernah bersabda yang bermaksud:
❧ “Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.”
(Bukhari & Muslim)
Walau sejauh mana sibuk pun pada ketika itu, adalah penting untuk kita berbuka puasa dengan kadar yang segera apabila telah masuk waktunya.
❧3. Bukalah Puasa Dengan Kurma Dahulu
Salah satu sunnah yang baik adalah mengambil kurma basah (Rutab) terlebih dahulu. Ia mengelakkan seseorang itu kekenyangan yang boleh menyebabkan mengantuk dan hilang fokus ketika solat. Anas Bin Malik meriwayatkan:
❧ “Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah (rutab) sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering (tamar). Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
❧4. Minumlah Air Secara Tertib
Setelah berbuka puasa, minumlah air dengan jumlah yang secukupnya untuk mengelakkan masalah dehidrasi. Ia juga memberi sedikit kekenyangan supaya kita tidak makan terlalu berlebihan. Jangan lupa ucapan Alhamdulillah. Rasulullah SAW bersabda:
❧ “Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum).”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Bila Boleh Berdoa Sebelum Berbuka Puasa?
Bila sepatutnya kita boleh berdoa? Kebanyakan ulama menyatakan bahawa tiada halangan waktu untuk membaca doa ketika di bulan Ramadhan. Ia menggambarkan betapa pemurahnya Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Ertinya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa dekat (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi lebih baik serta betul.” (Surah Al-Baqarah: 186)
Oleh itu, doa ketika bulan Ramadhan bukan hanya terhad kepada membaca ‘Doa Berbuka Puasa’ sahaja. Anda amat digalakkan memanjatkan pelbagai doa hajat yang lain kepada Allah SWT.
8 Soalan Lazim (FAQ) Terperinci Berbuka Puasa
1. Kapan waktu paling afdhal membaca doa berbuka puasa — sebelum atau selepas menjamah makanan?
Para ulama menjelaskan bahawa doa “Allahumma laka shumtu…” atau doa hajat dibaca sebelum menjamah makanan/air. Manakala doa sahih Abu Daud “Dzahabadh-dhama-u…” dibaca selepas meminum air/menjamah kurma kerana lafaznya menyatakan dahaga telah hilang dan urat telah basah.
2. Apakah ganjaran pahala bagi orang yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang lain?
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala orang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripada pahalanya” (HR At-Tirmidzi). Ia amalan sedekah yang amat digalakkan.
3. Bolehkah berbuka puasa sekadar meminum air kosong jika tiada buah kurma?
Boleh. Mengikut Sunnah Rasulullah SAW, jika kurma basah (rutab) atau kurma kering (tamar) tiada, cukuplah berbuka dengan beberapa teguk air mineral suci. Air membersihkan dan menyegarkan tubuh badan secara semula jadi.
4. Bagaimanakah cara mengimbangi antara makan berbuka puasa dengan mendirikan solat Maghrib?
Disunatkan jamah juadah ringan (kurma & air) terlebih dahulu untuk membatalkan puasa, kemudian terus mendirikan solat Maghrib secara khusyuk. Selepas solat, barulah makan makanan berat agar tidak mengantuk atau kekenyangan semasa solat.
5. Bolehkah berdoa dalam Bahasa Melayu semasa waktu berbuka puasa?
Amat dibenarkan. Di luar solat fardu, seseorang boleh memohon apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat dalam bahasa ibunda (seperti Bahasa Melayu) dengan penuh ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT.
6. Apakah hukumnya jika seseorang sengaja melambat-lambatkan berbuka puasa tanpa uzur?
Sengaja melambat-lambatkan berbuka puasa selepas yakin masuk waktu Maghrib adalah makruh kerana menyelahi Sunnah Nabi SAW yang menyuruh umatnya menyegerakan berbuka puasa.
7. Apakah doa yang dibaca oleh tetamu apabila dijamu makanan berbuka di rumah orang lain?
Disunatkan mendoakan tuan rumah: “Afthara ‘indakumas-shaa-imuuna, wa akala tha’aamakumal-abraaru, wa shallat ‘alaikumul-malaa-ikah” (Orang-orang berpuasa telah berbuka di rumahmu, dan orang-orang berbakti telah makan makananmu… – HR Abu Daud).
8. Adakah keharusan berdoa ketika berbuka ini terpakai untuk puasa sunat juga?
Ya. Keutamaan doa tidak ditolak bagi orang yang berpuasa terpakai untuk sebarang jenis puasa — sama ada puasa wajib Ramadhan, puasa qada, mahupun puasa sunat (Isnin-Khamis, Arafah, 6 Ramadhan, Dhuha).
Kesimpulan
Hiasilah waktu berbuka puasa dengan amalan sunnah dan munajat doa. Semoga setiap ibadah puasa dan kebajikan yang kita laksanakan diterima dan dilimpahi keredhaan Allah SWT. Insya-Allah.
Panduan Bacaan Doa yang Lain
Sumber Rujukan
- Al-Quran Al-Karim (Surah Al-Baqarah: 186).
- Sahih Al-Bukhari & Sahih Muslim (Hadis Menyegerakan Berbuka).
- Sunan Abu Daud (No. 2357 – Doa Sahih Dzahabadh-Dhama’u).
- Sunan At-Tirmidzi (Hadis Doa Orang Berpuasa Tidak Ditolak & Sunnah Kurma).