6 Doa Pelindungan dari Bahaya, Wabak dan Penyakit

Tidak ada doa yang tetap untuk doa perlindungan. Banyak doa yang diajarkan Rasulullah secara berasingan. Boleh saja digabungkan untuk menjadi satu doa.

Di sini, penulis nak lampirkan beberapa doa yang Allah dan RasulNya ajarkan khusus dengan apa yang kita selalu panggil sebagai doa perlindungan.

1. Doa Perlindungan daripada segala jenis bahaya

Doa ini adalah doa yang diajarkan menerusi riwayat Sunan Abu Daud.

Bacaan Rumi: Bismillah hillazi, la yadurru ma’as mihi shai un fil ardhi wala fissama i wahuwas sami’ul ‘alim.

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Kelebihan Membaca Doa Ini

Terhindarnya kita daripada bahaya. Dr. Haron Din menamakan ayat ini sebagai ayat penggerak kerana ia menggerakkan diri kita jauh daripada bahaya serta mengelakkan diri kita daripada berbuat perkara-perkara yang bahaya. Asasnya, doa ini mampu mengelakkan kita daripada Qadha Mualaaq. Maksudnya, takdir yang boleh diubah dengan berusaha terhadapnya dengan doa dan sebagainya.

Daripada Uthman bin Affan RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala sehingga pagi dan barangsiapa yang membacanya pada waktu sebanyak  tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala sehingga petang.”

2. Doa Minta Ampun dan Kesejahteraan.

Doa ini diriwayatkan oleh Sunan Ibnu Majah untuk meminta ampun dan untuk mendapatkan kesejahteraan.

Bacaan Rumi: Allahumma inni asaluka ‘afiata fiddunya wal akhirah. Allahumma inni asalukal afwa wal’afiah

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”

Kelebihan Membaca Doa Ini

Doa ini selalu dibaca oleh Nabi Muhammad. Sehinggakan seorang sahabat, Ibnu Umar mendengar yang Rasulullah itu ketika pagi dan petang, baginda tidak pernah meninggalkan doa ini sehingga baginda wafat. Hal ini disebutkan di dalam satu hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Daripada Ibn Umar R.anhuma berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” [Riwayat Ahmad (4785), Abu Daud (5074) dan Ibn Majah (3871)]

Nabi SAW pun tidak meninggalkan bacaan doa ini, sudah tentu ia mempunyai ganjaran yang besar kepada doa ini.

3. Doa untuk berlindung daripada syaitan yang membawa bahaya.

Doa ini diriwayat oleh imam Muslim dan Tirmidzi.

Maksudnya: Aku meminta perlindungan dengan firman Allah yang sempurna dari setiap kejahatan yang telah diciptakan.

Kelebihan Membaca Doa Ini

1. Terhindar dari Racun dan Bisa

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah pernah bersabda yang barangsiapa yang membaca doa ini ketika malam sebanyak tiga kali, maka akan terhindarlah dia daripada racun dan bisa pada malam itu.

2. Tidak Ditimpa Mudharat

Daripada Khaulah binti Hakim al-Sulamiyyah R.anha, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat, lalu dia membaca: Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan. Maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut. ” [Riwayat Muslim (2708), Imam al-Tirmizi (3437) dan Imam Ibn Majah (3547)]

4. Doa untuk berlindung daripada sebarang penyakit.

Doa ini diriwayatkan oleh Sunan Abu Daud.

Bacaan Rumi: Allhumma inni a’uzubika minal barasi wal junun, wal jazam, wa sai yi il asqam.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit kusta, kegilaan, gajah, dan penyakit jahat

Kelebihan Membaca Doa Ini

Ini juga doa yang dilazimi Rasulullah. Rasulullah amat menganjurkan untuk kita berdoa dengan doa demikian, lagi-lagi ketika musim pandemik covid-19 ini.

Doa ini semua boleh dibaca berasing, dan boleh juga dibaca dalam satu gabungan. Yang baik itu adalah kita berdoa dengan sepenuh hati dan kita faham apa yang kita mahu doakan.

5. Doa Perlindungan Dari Api Neraka

Doa dari Surah Al-Furqan ayat 65-66, untuk jauh daripada neraka jahannam dan kebinasaan. Doa ini diajarkan di dalam Al-Quran.

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

Bacaan rumi: Rabbanasrif ‘anna ‘azaba jahannama inna ‘azabaha kana ghoroma. Innaha sa ats mustaqarra wamuqama.

Maksud: Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

6. Doa pelindung diri sepenuhnya.

Doa ini diriwayatkan oleh Sunan Ibnu Majah juga.

Bacaan Rumi: Allahummah fazni min baini yadaiya wa min kholfi wa ‘an yamini wa ‘an shimali wa min fauqi wa a ‘uzu bi’azomatika anna ughtala min tahti.

Maksudnya: Ya Allah lindungi aku dari depanku, belakangku, kanan dan kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan KemuliaanMu dari diambil tanpa aku sedar dariku

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Rujukan:

  1. 5 Powerful Duas for Protection Against Harm – Muslim.sg
  2. Doa untuk wabah penyakit – Pikiran rakyat
  3. Doa hindar bahaya – Sedekah Akhir Zaman
  4. Doa Pendinding – Nahdatul syifa

Sadiq Salihoddin

Muhammad Sadiq Bin Mohd Salihoddin merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional, Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagau Pendebat Bahasa Melayu yang ke-14 terbaik dalam Kejohanan Antarabangsa UIAM serta memenangi tempat Naib Johan Pidato Sekolah Menangah satu Malaysia di Al-Amin. Selain itu, beliau mempunyai kemahiran dalam sukan seperti ragbi, gusti lengan dan bina badan. Penglibatan beliau dalam Aku Muslim sebagai penulis adalah sebagai satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Lihat kumpulan artikel Sadiq di SINI

Kenali Sadiq melalui profil beliau di SINI

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − nine =