Apakah bacaan doa untuk ibubapa? Artikel ini akan menerangkan kepada anda bacaan doa untuk ibubapa berserta lafaz dalam teks Arab dan rumi bagi memudahkan anda.
Doa Untuk Ibubapa
Doa Untuk Ibubapa Dari Dalam Al-Quran
Perlunya Untuk Mendoakan Ibubapa
Semua agama meletakkan ibu bapa pada status yang tertinggi dalam masyarakat. Lagi-lagi ibu yang telah merasai seksa mengandungkan kita, korban tidur malam, tidak makan makanan-makanan tertentu hanya untuk jaga kita dalam kandungan. Begitu juga dengan bapa, selaku pemimpin keluarga. Mereka telah korbankan banyak benda.
Tiba masa untuk kita pula berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Allah berfirman di dalam Surah Luqman ayat 14:
❧ “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Juga Allah berfirman di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23:
❧ “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
Kata-kata yang buruk paling ringan pun tidak dibolehkan bila nak bercakap dengan ibu bapa. Apatahlah perkara-perkara buruk yang lain. Tafsir Ibnu Kathir mengatakan:
❧ “..Bertutur sapa yang baik dan lemah lembutlah kepada keduanya, serta berlaku sopan santunlah kepada keduanya dengan perasaan hormat dan memuliakannya..”
✦Cara Berbakti Kepada Ibubapa
Layani dengan lemah lembut. Kita hendaklah memberi kasih sayang kepada ibu dan bapa kita dengan cara melayani mereka dengan baik. Berkata yang lemah-lembut. Jangan naikkan suara walaupun kita tengah marah. Cuba sabar kerana kalau nak dibandingkan marah kita dengan pengorbanan mereka buat sekian lama, memang jauh bezanya. Maka, bersabarlah.
Beri perhatian. Mereka makin tua, makin sensitif perasaan dan kesihatan mereka. Selaku anak, berilah perhatian kepada mereka. Tanyalah khabar mereka. Kalau jauh itu, call’lah mereka. Mereka tunggu untuk dengar suara kita.
Capaikan hajat mereka. Sepertimana masa kita kecil dulu, ibu bapa seboleh-boleh berusaha untuk capaikan apa saja yang kita nak. Maka, cubalah capaikan apa yang mereka mahu pula. Itu akan membuatkan mereka gembira, sepertimana kita gembira dulu bila ibu bapa kita dapatkan apa yang kita nak.
Beri sumbangan wang. Bila kita dapat gaji, bagilah juga sebahagian kepada mereka. Dan, ada banyak lagi cara untuk kita mengekspresikan berbaktinya kita kepada ibu bapa kita. Ini semua di antaranya sahaja.
Terdapat juga beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk kesejahteraan mereka. Boleh sama-sama hafal dan amalkan.
Bacaan Doa Yang Lain
📚 Rujukan:
- Dua for parents in English. (2020). Retrieved from Muslim.sg.
- Karim, F. (2019). Dua for parents. Retrieved from Medium.
- Mukhlisin, A. (2016). Cara Berbakti Kepada Ibubapa. Retrieved from Al Mukhlisin.
- Syahridzan, S. (2019). Berbuat baik kepada ibu bapa amalan dicintai ALLAH SWT. Retrieved from Sinar Harian.






Assalamualaikum. Mohon izin copy doa ibu bapa untuk disebarkan di media sosial.