Doa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub

doa sembuh penyakit dan doa nabi ayub

Apakah lafaz doa untuk sembuh penyakit, doa nabi ayub dan beberapa doa lain yang berkaitan penyakit? Artikel ini akan memberikan panduan rumi dan juga bahasa arab untuk anda mengamalkan doa untuk sembuh penyakit ini, doa nabi ayub dan juga beberapa doa yang lain

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Doa Nabi Ayub
  3. Doa Disembuhkan Penyakit
  4. Doa Kepada Orang Sakit
  5. Doa Rasulullah kepada orang sakit
  6. Doa Dijauhi Penyakit

Pengenalan

Islam suruh kita mengamalkan gaya hidup sihat sepertimana yang diajarkan melalui Rasulullah. Makan yang elok-elok. Minum yang elok-elok. Bersenam (Rasulullah juga bergusti dan lumba lari). Rasulullah berkumur selepas memakan bahan-bahan yang berlemak kerana nak menghilangkan lemak di dalam mulut, kata Ibnu Khuzaimah di dalam Sahih Ibnu Khuzaimah.

Banyak yang Rasulullah ajar. Namun ada beberapa keadaan, kita diuji juga dengan kesakitan. Menandakan yang kita ini memang lemah. Mungkin ada yang kita tak perasan. Atau mungkin ada yang atas kecuaian kita sendiri. Dalam keadaan kita sakit, Allah mengampunkan dosa-dosa kita, kerana sakit itu umpama ‘azab’ ringan di atas dunia untuk gugurkan dosa-dosa.

Maka, selain daripada mendapat rahmat pengampunan daripada Tuhan. Kita nak juga sihat sebab banyak kerja yang nak dilakukan. Kalau sakit saja memanjang, agak susah untuk kita bekerja. Mungkin ada yang di antara kita yang orang lain bergantung kepada kita untuk dapatkan nafkah macam isteri, anak-anak dan sebagainya.

Di samping kita makan ubat dan jumpa doktor. Kita bolehlah amalkan beberapa doa yang diajarkan kepada kita semasa sakit supaya Allah bantu kita berikan kesembuhan.

1. Doa Nabi Ayyub.

Ini doa yang Nabi Ayyub guna ketika mana baginda menghadapi penyakit kulit yang agak dahsyat. Ramai orang yang menjauhi baginda. Jijik nampaknya. Jadi, Nabi Ayyub berdoa dengan doa ini:

doa-nabi-ayub-ketika-ditimpa-penyakit

Maksud: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedangkan Kau sajalah yang mengasihani daripada segala (yang lain) mengasihani (Surah Al-Anbiya ayat 83)

Seterusnya, bila Nabi Ayyub minta kepada Allah begini, Allah terus menyembuhkan penyakit yang dihadapi baginda. Allah respon dalam ayat yang seterusnya, Surah yang sama ayat yang ke 84:

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَذِكْرَى لِلْعَابِدِينَ

Maksudnya: “Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).

2. Doa Disembuhkan Penyakit

Doa ini terdapat di dalam satu hadis Bukhari dan Muslim, rujuk Kitab Mishkat Al-Masabih bab 5 hadis yang ke 8.

Aisyah RA cerita yang tatkala ada orang mengadu kepada Rasulullah sakit dekat bahagian-bahagian tertentu. Rasulullah pun letakkan tangan kanan baginda dekat kawasan sakit itu serta membaca doa ini:

doa-disembuhkan-penyakit

Maksudnya: Ya Allah ya Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah penyakitku, Engkaulah Tuhan yang Menyembuhkan. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan tidak meninggalkan sebarang sisa penyakit

3. Doa untuk orang yang lain yang sedang sakit

Ini berasal daripada satu hadis jalur Ibnu Abbas, riwayat Abu Daud bab jenazah.

Maksudnya: Aku mohon Allah, Yang Maha Berkuasa, untuk sembuhkanmu (orang yang sakit), Allah akan menyembuhkanmu daripada penyakit itu

Sunnah untuk kita ketika melawat orang sakit dan baca doa ini kepada pesakit itu. Rasulullah mengamalkannya. Jika kita amal, maka kita amalkan sunnah baginda.

4. Doa Rasulullah baca untuk orang yang sakit

Ini juga doa yang lain ketika Rasulullah jumpa orang sakit, baginda akan bacakan ini:

doa rasulullah kepada orang sakit

Maksudnya: Tidak mengapa, semoga penyakit itu menjadi penyucian dengan izin Allah

Hadis ini direkodkan di dalam Fathul Bari karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Bila kita melawat sesiapa yang sakit di hospital atau di rumah dia, bacakanlah doa ini. Moga-moga Allah memberi kesembuhan.

5. Doa mohon dijauhkan penyakit

Di samping kita nak sembuh daripada penyakit, ketika sihat juga kita perlu berhati-hati dan berdoa supaya Allah menjauhkan kita daripada apa-apa penyakit. Lazimkanlah membaca doa ini:

doa-mohon-dijauhkan-penyakit

Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau daripada penyakit sopak, gila, kusta dan daripada penyakit yang buruk

Diharapkan artikel doa sembuh penyakit dan doa Nabi ayub ini dapat memberikan pengetahuan kepada para pembaca dan meningkatkan amalan

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Rujukan

  1. Ali, Z. (2020 ). The duas i say for illness . Retrieved from Muslim Mommy
  2. Doa sakit harian . (n.d.). Retrieved from JAKIM
  3. Doa untuk Kesembuhan Orang Sakit, Ketika Menjenguk Agar Diangkat dari Penyakit. (2020). Retrieved from Tribun Manado
  4. Dua when visitting the sick. (n.d.). Retrieved from Islamic Finder:
  5. Huda. (2020). Dua: Muslim prayers for healing sickness. Retrieved from Learn Religions

Sadiq Salihoddin

Muhammad Sadiq Bin Mohd Salihoddin merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional, Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagau Pendebat Bahasa Melayu yang ke-14 terbaik dalam Kejohanan Antarabangsa UIAM serta memenangi tempat Naib Johan Pidato Sekolah Menangah satu Malaysia di Al-Amin. Selain itu, beliau mempunyai kemahiran dalam sukan seperti ragbi, gusti lengan dan bina badan. Penglibatan beliau dalam Aku Muslim sebagai penulis adalah sebagai satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × 4 =