Skip to content

Doa Majlis Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu

doa di majlis perkahwinan

Apakah doa majlis perkahwinan yang sesuai dibaca? Artikel ini akan membincangkan doa di majlis perkahwinan yang sesuai dalam teks arab dan juga rumi untuk memudahkan para pembaca.

Pengenalan

Mendirikan rumah tangga merupakan salah satu tuntutan agama. Ini dijelaskan di dalam surah an-Nur ayat 32:

وَأَنكِحُوا اْلأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَقُّ اَلْمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِمِ سِتٌّ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ, وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ, وَإِذَا اِسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ, وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اَللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ, وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ .

رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Hak muslim kepada muslim yang lainnya ada enam.” Beliau bersabda, ”Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam kepadanya; Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya; Apabila engkau dimintai nasihat, berilah nasihat kepadanya; Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’); Apabila dia sakit, maka jenguklah dia; dan Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke kubur).” (Hadis Riwayat Muslim)

Doa-doa yang boleh diamalkan ketika memenuhi undangan perkahwinan

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis perkahwinan, maka wajib baginya untuk menghadirinya” (Sahih Muslim No. 1429)

Maka, antara adab yang boleh kita amalkan ketika memenuhi undangan perkahwinan adalah dengan mendoakan mempelai dan ahli keluarganya dikurniakan keluarga mawaddah, sakinah dan rahmat selain mengamalkan doa-doa lain seperti di bawah:

1. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Semoga Allah memberkati kamu dalam semua perkara (baik) dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

2. Doa memohon kebaikan

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tetapkan atas dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

3. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangi mereka dan berkatilah mereka atas apa yang Engkau berikan kepada mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Salah satu doa lain untuk memohon rahmat adalah seperti dalam surah al-Kahfi ayat 10:

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Iz awaalfitnatu ilalkahfi faqalu rabbana aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lana min amrina rosyadaa

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: ayat 10)

4. Doa memohon keberkatan dalam berkeluarga

اللهم بارِكْ لي في أهلي، وبارِكْ لأهلي فِيَّ، اللهم ارزقْهم مِنِّي، وارزقْني منهم، اللهم اجمع بينَنا ما جمعتَ في خيرٍ، وفرِّق بيننا إذا فرقتَ في خيرٍ

“Allahumma barik li fi ahli, wa barik ahli fiya. Allahumarzuqhum minni, warzuqni minhum. Allahummajma’ bainana ma jama’ta fi khair. wa farriq bainana idza faraqta fi khair.

Ya Allah berkatilah kehidupan dalam keluargaku, juga berkatilah keluargaku dalam hidupku. Ya Allah berikanlah rezeki untuk keluargaku dan berikanlah rezeki untukku dari keluargaku. Ya Allah kumpulkanlah kami sebagaimana Engkau kumpulkan dalam kebaikan, juga jangan pisahkan kami kecuali dalam perpisahan yang baik.”

Kelebihan Berkahwin

1. Keberkatan dalam perkahwinan

Di dalam surah ath-Thalaq, ayat 2-3, Allah berfirman:

وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ

وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Ia akan menjadikan baginya jalan keluar. Dan Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupinya (keperluannya)…”

Jelas disini, ketakwaan kepada Allah dapat memberikan jalan keluar kepada segala perkara dan dimurahkan rezeki. Dalam kitab Al-Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, daripada ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa banyak beristighfar (memohon keampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi lapang, dan Dia akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

2. Mengikut sunnah nabi

Ketika Nabi Muhammad SAW diundang ke majlis perkahwinan, Nabi SAW akan membacakan doa yang bermaksud:

“Mudah-mudahan Allah memberkatimu, baik dalam suka mahupun duka dan selalu mengumpulkan kalian pada kebaikan.”

Ini menunjukkan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja memenuhi undangan yang dihantar kepada baginda, tetapi juga mendoakan kebahagiaan dan keberkatan kehidupan berumah tangga bagi kedua-dua mempelai.

Kesimpulannya, fasa berumah tangga merupakan fasa baru kepada mereka yang masih bujang, maka doa supaya jodoh dipanjangkan dan diberikan keberkatan, sakinah, mawadah dan rahmah adalah sangat penting bagi mengekalkan kebahagiaan hingga ke syurga, in sha Allah.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =