Apakah doa yang boleh dibaca ketika lupa? Artikel ini akan membincangkan doa yang anda boleh amalkan ketika lupa dengan bantuan teks arab dan rumi
Manusia itu Lupa
Terdapat dua pendapat berkenaan maksud insan
Pendapat Pertama
Perkataan ‘manusia’ atau insan dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan ‘Annisa’ yang bermaksud yang boleh didekati atau dijadikan kawan, daripada perkataan ini lahirlah perkataan Insaniyyah’ dan Insani’ yang memberi makna ‘berperikemanusiaan’ dan ‘kemanusiaan’. Firman Allah SWT:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Surah az-Zariyat: ayat 56)
Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula menyatakan perkataan ‘manusia’ itu berasal daripada perkataan ‘nasia yang bermaksud lupa. Perkara ini disebut dalam sebuah ungkapan yang masyhur;
وَمَا سُمِّيَ الإنسَانُ إِلَّا لِنَسيِهِ
Maksudnya: Dan tidaklah dinamakan manusia itu melainkan kerana sifat pelupanya.
Ada beberapa cara dan doa yang boleh kita amalkan apabila kita dilanda sifat lupa:
1. Mengingati Allah
Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi: ayat 24 yang ditafsirkan dalam Adhawaul Bayan, 4/62, jika kita sedang lupa, maka ingatlah Allah:
إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ وَٱذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰٓ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّى لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا
Maksudnya: Kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini”.
2. Berselawat ke atas Nabi SAW
Ini seperti yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dengan katanya:
وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان
Maksudnya: Adapun selawat ke atas baginda S.A.W bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa.
Terdapat juga sebuah hadis yang mengajarkan cara yang sama. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Anas beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي تذكروه إن شاء الله تعالى
Maksudnya: Apabila kamu terlupa akan sesuatu maka berselawatlah ke atas ku nescaya kamu akan mengingati perkara tersebut. Insha Allah.
Antara lafaz selawat yang boleh diamalkan ketika lupa:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allohumma solli ‘alaa muhammad, wa ‘alaa aali muhammad
Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keselamatan untuk Nabi Muhammad.
3. Membaca Doa
Kemudian Nabi Muhammad SAW mengajarkan untuk membaca doa berikut setiap hari.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ نَفْسِيْ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ
(Allâhumma ij’al nafsî muthmainnatan, tu’minu bi liqâika wa tardlâ bi qadlâika).
Maksudnya: “Ya Allah, jadikan jiwa kami menjadi tenang, beriman akan adanya pertemuan dengan-Mu, dan rela atas garis yang Engkau tentukan.”
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthmainnah, tukminu biliqa-ika watardhaa biqadha-ika, wataqnau’ bi’atho-ika
Maksudnya: “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu.” (Hadis, riwayat at-Thabrani).
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
Subhana manlaa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Doa selepas membaca al-Quran juga boleh
اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَا نُسِّيتُ وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَا جَهِلْتُ وَارْزُقْنِي تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاجْعَلْهُ لِي حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Allhummarhamni bilquran. Waj’alhu lii imaman wa nuran wa hudan wa rohmah. Allhumma dzakkirni minhu maa nasiitu wa ‘allimnii minhu maa jahiltu warzuqnii tilawatahu aana-allaili wa’atrofannahaar waj’alhu li hujatan ya rabbal ‘alamin.
Maksudnya: “Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk, dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku atas apa yang terlupakan darinya. Ajarilah aku atas apa yang belum tahu darinya. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan ujung siang. Jadikanlah ia sebagai pembelaku, wahai tuhan semesta alam.”
Kelebihan Membaca Doa Ketika Lupa:
1. Mengingati Allah
Apabila hati mengingati Allah, Allah juga akan selalu ingat akan kita;
فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ
Maksudnya: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku”. (Surah al-Baqarah: 152)
2. Dimudahkan urusan
Apabila kita terlupa sesuatu, kita pasti akan resah dan urusan akan menjadi payah. Apabila mengamalkan doa ini, bukan sahaja hati akan menjadi tenang, malah, in sha Allah dimudahkan urusan dengan mengingatkan kembali pada perkara tersebut.
الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ ۗ
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Kesimpulannya, sifat lupa adalah sifat semulajadi kita sebagai manusia. Allah berfirman di dalam Surah Taha ayat 115 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemampuan yang kuat”. Ini bermaksud, kondisi lupa ini telah dicatatkan oleh Allah di dalam al-Quran dan menjadi lupa adalah satu normalisasi sebagai manusia.
Oleh itu, dengan mengamalkan doa dan amalan-amalan diatas, kita dapat mengembalikan memori tersebut dan menambahkan keimanan kita kepada Allah sebagai satu kejadian-Nya, in sha Allah.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan:
- Apakah yang sepatutnya dibaca ketika lupa – Muftiwp