Siapakah Abu Darda RA? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat zuhud di zaman hidupnya.
Siapakah Abu Darda RA?
Abu Darda adalah seorang pedagang dan ulama zuhud, dan juga seorang ahli hikmah yang cukup masyhur dan hidup di zaman Nabi Muhammad SAW. Beliau merupakan sahabat kepada Khalifah Umar bin Khattab.
Beliau juga merupakan seorang penghafal Al-Quran. Selain itu, Abu Darda merupakan salah seorang yang juga mengumpulkan Al-Quran dan menjadi sumber utama bagi para pembaca di daerah Damaskus.
Siapakah nama sebenar Abu Darda ?
Nama sebenar beliau adalah Uwaimir bin Zaid bin Qais, beliau juga merupakan perawi hadis dan hafiz dari golongan Ansar dari Kabilah Khajraj. Beliau mengikuti semua peperangan yang terjadi setelah peperangan Uhud.
Bila dan dimanakah beliau dilahirkan ?
Beliau lahir pada tahun 580 masihi, di kota Madinah madinah arab saudi.
Kisah Abu Darda sebelum memeluk Islam.
Abu Darda sebelum Islam nya merupakan seorang penyembah berhala. Beliau memeluk Islam dengan usaha oleh rakan karibnya iaitu Abdullah ibn Rawahah yang merupakan dari golongan Ansar
Apa yang menarik untuk diketahui, Abu Darda termasuk orang Ansar yang paling terakhir memeluk Islam. Malah, beliau cukup terkenal kerana beliau menjadi orang yang paling a’lim dan fakih di kalangan kaumnya, dan juga beliau malah terkenal menjadi seorang yang paling berilmu di tengah kaumnya.
Abu Darda yang merupakan seorang pedagang yang sangat berjaya, tetapi di masa hayatnya, beliau sanggup meninggalkan pekerjaannya hanya untuk memastikan dirinya boleh beribadah dan taat kepada Allah SWT.”Aku masuk Islam di hadapan Nabi Muhammad SAW dan aku adalah seorang pedagang. Aku ingin menggabungkan perdagangan dengan ibadah, tapi tidak berjaya. Kerana itu, aku tinggalkan perdaganganku dan fokus untuk beribadah,” kata Abu Darda.
Kisah wafatnya Abu Darda
Syumaith bin Ajlan berkata, “Tatkala Abu Darda RA hendak meninggal dunia, beliau merasa gelisah. Ummu Darda RA berkata kepadanya, (Wahai Abu Darda), bukankah engkau pernah memberitahuku bahawa engkau mencintai kematian?“
Abu Darda RA menjawab : ‘Demi Allah, benar’, akan tetapi tatkala aku yakin akan meninggal dunia, aku menjadi benci kepada kematian (benci dalam erti merasa belum cukup bekalan amal), kemudian Abu Darda RA menangis dan mengatakan, ‘Sekarang adalah detik-detik akhir hidupku di dunia ini. Bimbinglah aku mengucapkan La Ilaha Illallah’
Kemudian beliau Akhirnya mengucapkan kalimah itu hingga meninggal dunia.” Beliau wafat dua tahun sebelum pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan RA, iaitu pada tahun 32 Hijrah.
Doa Abu Darda
Doa Abu Darda sangat disyorkan untuk dibaca setiap kali selepas dan maghrib bagi untuk memohon perlindungan diri, ahli keluarga, harta benda dari gangguan dari jin, syaitan, haiwan, dan juga kejahatan manusia ;
Mutiara kata dari Beliau
Seperti yang diketahui, Abu Darda merupakan seorang ahli hikmah yang sangat mashyur, dan banyak kata-kata mutiara nya yang dapat kita jadikan peringatan sehinnga kini, antara nya ialah :
Tiga perkara yang aku cintai sementara manusia membencinya;
1. KEMISKINAN
Aku mencintai kemiskinan kerana (menimbulkan) rasa tawadhu kepada Rabb-ku,
2. SAKIT
Aku mencintai kematian kerana kerinduan kepada Rabb-ku
3. KEMATIAN
Aku mencintai sakit kerana (merupakan) penghapus kesalahan dan dosaku.
Kesimpulannya, Abu Darda merupakan seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat hebat orangnya, sanggup meninggalkan perdagangan dan kekayaan hanya untuk beribadah kepada Allah SAW, dan juga seorang yang sangat bijaksana. Beliau juga seorang ahli hikmah yang sangat mashyur dan banyak meninggalkan kata-kata mutiara nasihat yang boleh kita rujuk dan amalkan dalam kehidupan seharian.
Kisah Sahabat yang lain