Skip to content

Zubair bin Awwam: Biodata dan Kisah Hidupnya

zubair bin awwam

Siapakah Zubair bin Awwam? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk ke dalam syurga.

Siapakah Zubair bin Awwam?

  • Termasuk dalam 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
  • Beliau adalah orang yang sangat setia kepada Rasulullah SAW atau dikenali sebagai hawari Rasulullah SAW
  • Orang yang mempunyai tekad yang kuat dan berpegang teguh terhadap Islam. Beliau dipaksa untuk meninggalkan Islam oleh bapa saudaranya sehingga diseksa setengah mati 
  • Mengikuti hijrah ke Habasyah yang pertama dan yang kedua.
  • Mengikuti semua perang yang diikuti Rasulullah SAW hingga tidak ada satu pun peperangan yang tidak diikuti beliau.
  • Beliau tidak pernah menjabat sebagai gabenor, beliau hanya pernah menjabat sebagai seorang panglima perang.
  • Zubair merupakan salah seorang di antara enam orang yang ditunjuk oleh khalifah Umar bin Al-Khattab sebagai orang yang akan melanjutkan kekhalifahan setelah kewafatannya.
  • Merupakan seorang yang sopan santun dan berakhlak mulia.
  • Zubair juga merupakan orang yang ahli dalam perniagaan.
  • Beliau adalah orang yang sangat bertawakkal tinggi kepada Allah SWT sehinggalah membuatkan beliau menjadi orang yang dermawan, berani dan rela menyumbangkan nyawanya untuk agama Islam.
  • Sejak kecil lagi beliau ahli dalam menunggang kuda dan mempunyai jiwa pemberani sehingga asa ahli sejarah yang mengatakan pedang pertama yang dihunuskan untuk membela agama Islam adalah pedangnya Zubair.

Nama dan Gelaran Beliau

Nama lengkap beliau adalah Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdu Uzza bin Qusai bin Kilab. Rasulullah SAW biasanya memanggil beliau dengan nama Abu Abdillah dan beliau juga dikenali sebagai Hawari Rasulullah SAW yang membawa maksud teman setia nabi. Beliau termasuk salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW.

Bila dan di mana beliau dilahirkan?

Beliau dilahirkan pada tahun 594M di kota mekah. Ayahnya meninggal di medan perang sebelum beliau dilahirkan, maka tinggal dan dibesarkanlah beliau oleh ibunya yang bernama Sofiyyah.

Hubungan Zubair dengan Rasulullah SAW

Nasab Zubair bin Awwam bertemu dengan Rasulullah SAW pada Qushai yang membuatkan beliau menjadi sepupu Rasulullah SAW. Selain sepupu, beliau juga merupakan saudara ipar Rasulullah SAW disebabkan Asma istri beliau adalah saudara kandung Sayyidatina ‘Aisyah iaitu istri Rasulullah SAW. Asma dan ‘Aisyah keduanya adalah putri dari sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq.

Masuknya Zubair bin Awwam ke dalam islam

Beliau termasuk salah seorang dari 7 orang pertama yang memeluk agama Islam tepat sehari selepas Abu Bakar. Pada waktu itu beliau masih di usia remaja iaitu 15 tahun.

Setelah memeluk agama islam, bapa saudaranya yang bernama Nufail bin Khuwailid menyiksanya dengan teruk. Dia meletakkan jerami kering diatas badannya Zubair lalu dibakar. Badannya melecur dan asap dari jerami yang terbakar tadi memasuki mata, hidung dan telinga beliau sehingga membuatkan beliau hampir mati kelemasan. Biarpun hampir mati kelemasan, itu tidak sedikitpun membuat beliau berkeinginan untuk berganjak dari keimanan.

Ketika kaum muslimin mendapatkan izin untuk berhijrah oleh Allah SWT, Zubair merupakan orang yang paling muda di kalangan kaum muslimin pada saat itu.

Wafatnya Zubair bin Awwam

Beliau wafat ketika terjadinya perang Jamal pada tahun 36 H atau bersamaan 656 M. Ketika beliau mengetahui punca sebab terjadinya perang jamal ini, beliau mengundurkan dirinya dari perang tersebut. Ketika meninggalkan perang, beliau diikuti oleh seseorang yang berkeras kepala untuk tidak menghentikan peperangan. Pada saat beliau sedang melaksanakan solat mereka yang mengikutinya itu menikam beliau sehingga mati.

Selepas itu, orang yang tadi menikam Zubair pergi untuk menghadap Ali bin Abi Thalib untuk memberitahu bahawa dia telah membunuh Zubair. Dia berharap berita itu membuat gembira Ali bin Abi Thalib dan menyangka  Ali memusuhi Zubair bin Awwam. Namanya adalah Ibnu Jurmuz.

Ketika Ali bin Abi thalib mendapatkan berita ada pembunuh Zubair bin Awwam yang hendak bertemu dengannya, dia langsung berkata “Katakanlah kepada orang yang membunuh Zubair putra Sofiyyah bahawa orang yang membunuhnya tempatnya di neraka!”. Pada saat Ali bin Abi Thalib diberikan pedang Zubair bin Awwam, dia menciumnya sambil menangis lalu berkata, “Demi Allah! Sudah sekian lama pedang ini melindungi Nabi Muhammad SAW dari marabahaya.”

Kisah beliau mendapatkan julukan Hawari Rasulullah SAW

Ketika terjadinya perang Khandaq, keadaan kaum muslimin pada saat itu sedang berada dalam keadaan yang sangat buruk. Mereka dikepung dengan sangat ketat dan ditambah lagi dengan pengkhianatan bani Quraizah. Bani Quraizah memberikan jalan kepada kaum musyrikin untuk memasuki Madinah pada saat itu. Selepas itu, Rasulullah SAW menyeru kepada kaum muslimin dengan bertanya kepada mereka, “Siapa di antara kalian yang akan pergi ke Bani Quraizah untuk memerangi mereka?”

Tidak ada satu pun dari kaum muslimin yang menyahut seruan Rasulullah SAW itu. Pada saat itu Zubair pun berdiri dan melantangkan suaranya, “Akulah yang akan keluar untuk pergi memerangi bani Quraizah ya Rasulullah!”

Rasulullah SAW mengulangi lagi pertanyaannya, masih sama seperti sebelumnya hanya zubair yang menyahut. Maka Rasulullah SAW pun bersabda, “Sesungguhnya setiap nabi memiliki Hawari (pengikut setia), dan Hawariku adalah Zubair.”

Bermula hari itu Zubair pun menjadi Hawari Rasulullah SAW.

Hadis tentang Zubair bin Awwam

Terdapat sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوَارِيٌّ، وَحَوَارِيَّ الزُّبَيْرُ

“Setiap nabi mempunyai penolong (hawari), dan hawariku adalah Zubair bin ‘Awwam.”

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul Mutallib

SUMBER RUJUKAN

  1. Biodata Zubair Bin Awwam – 1001 Sirah Nabi Muhammad -Facebook
  2. Zubair bin Awwam Biografi Tojoh Ternama – Blogspot
  3. Kisah Zubair al Awwam – Ustazausa.com
  4. Kisah Sahabat: Zubair bin Awwam – berita.pas
  5. Kisah Sahabat Nabi Zubair – Detik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 12 =