hukum keluar air mazi ketika puasa

Hukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa. Batal Puasa Tak?

Apakah hukum ketika seseorang itu keluar air mazi? Adakah ia membatalkan puasa atau tidak? Artikel ini akan membincangkan perkara ini.

Apa itu Air Mazi?

Pertama sekali, apa yang kita perlu faham ialah air mazi itu berbeza dengan air mani. Air mani keluar apabila kita mencapai klimaks ketika melakukan persetubuhan. Akan tetapi, air mazi pula keluar secara kita tidak sedar ketika kita sedang berkhayal dengan nafsu seksual. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil precum.

Air mazi keluar sebelum air mani. Air mazi keluar, ketika sedang bercumbu dan seangkatan dengannya. Ketika nafsu seksual sedang membuak-buak. Air mani keluar, ketika sudah mencapai klimaks seks

Air mazi bertindak sebagai pelincir kepada zakar untuk memasuki faraj wanita supaya kegiatan seks itu berjalan dengan elok. Jikalau kering, khuatir akan membahayakan faraj. Air mazi keluar pada hujung batang zakar. Rupanya putih. Seperti air mani, tetapi tidak banyak. Keluarnya ia, tidak disedari. Tetapi, keluar air mani, dengan penuh sedar, kerana ianya satu kelegaan (pleasure) akhir daripada aktiviti persetubuhan.

Imam An-Nawawi sebut di dalamnya kitabnya Majmu’ Syarh Al-Muhazzab:

..perbezaan antara mani dan mazi adalah, air mani keluar ketika kemuncak syahwat serta mengakibatkan kepenatan. Adapun mazi keluar ketika bersyahwat tidak mengakibatkan kepenatan.

Berkenaan dengan air mazi, Saidina Ali pernah berkata:

Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: Dia hendaklah berwudhu’. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Air mazi adalah najis mutawassittah. Ia membatalkan wuduk. Ia perlu dibasuh dan hilangkan ain-nya (rasa, bau dan warna) pada hujung zakar sekiranya perasan yang air mazi terkeluar. Kalau tengah sembahyang, tetapi perasan yang terkeluar air mazi, wajib ulang balik solat. Wuduk telah terbatal. Kena basuh zakar terlebih dahulu. Air semula wuduk dan ulang solat.

Tapi, kalau air mazi keluar ketika puasa, adakah ia membatalkan puasa?

Dalam kitab Al-Mughni, dinyatakan air mazi itu tidak membatalkan puasa sekiranya kita syahwat ketika melihat perempuan dan sebagainya. Itu memang kebiasaan lelaki punya syahwat begitu. Maka, ia tidak membatalkan puasa.

Yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan air mani dengan sengaja. Itu jelas batal. Tapi keluar air mazi, tak batal puasa. Batal wuduk sahaja.

Kalau suami isteri bercium dan berpelukan tetapi tak sampai ke tahap melakukan persetubuhan, hanya keluar air mazi sahaja, adakah ia membatalkan puasa?

Jawab Sheikh Ibn Baaz, tidak. Tetapi tidaklah digalakkan untuk buat apa saja yang sengaja menaikkan syahwat.

Beza air mazi dan air mani

1. Air mani

Air mani ini datang daripada perkataan bahasa Arab amna-yumni yang bermaksud terpancut. Sebab, air mani itu keluarnya dengan cara terpancut. Warnanya pula adalah warna putih dan melekat. Allah berfirman di dalam Surah At-Tariq ayat 6:

Diciptakan manusia dari air mani yang terpancar.

Air mani ini memancut lalu zakar menjadi lembik akibat terlepas syahwat selepas melakukan persetubuhan atau mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti onani.

Hal ini, membatalkan puasa sekiranya air mani keluar dengan sengaja. Tidak kiralah dengan cara apa. Baik jimak mahupun onani. Wajib ganti puasa.

Rupa air mani ini adalah hanyir seperti telur putih yang telah kering. Warnanya ialah putih, kadang-kadang berwarna darah sekiranya melakukan jimak dengan kerap.

2. Air mazi

Air mazi pula, ia bukan selepas terlepasnya syahwat, tetapi ketika bangkitnya syahwat seperti sedang bergurau senda dengan isteri. Ia juga tidak melembikkan zakar selepas ia keluar. Selalunya, ia keluar tanpa disedari. Ia berwarna putih dan melekit.

Air mazi ini pula, ia tidak membatalkan puasa. Tetapi, sekiranya ianya keluar dengan sengaja melihat gambar yang menaikkan nafsu atau berlebih-lebihan bermesra dengan isteri, dapat mengurangkan pahala puasa.

Tapi, sekiranya keluar, ia membatalkan wuduk sahaja, bukan puasa. Wajib basuh bahagian hujung zakar kerana ianya najis mutawasittah.

Kesimpulan

Hukum keluar Air mazi adalah ia tidak membatalkan puasa. Tetapi, ianya wajib dibasuh pada bahagian zakar. Ia hanya membatalkan puasa jika keluar air mani.

Air mazi tidak sama dengan air mani. Sekiranya kita mengeluarkan air mani dengan sengaja, terbatal-lah puasa dan wajib ganti puasa.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Berkumur Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Korek Telinga Ketika PuasaHukum Menangis Ketika Puasa
Hukum Potong Kuku Ketika PuasaHukum Korek Hidung Ketika Puasa
Hukum Swab Test Ketika PuasaHukum Berjimak Ketika Puasa
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika PuasaHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Berbekam Ketika PuasaHukum Pakai Gincu Ketika Puasa
Hukum Jilat Bibir Ketika PuasaHukum Telan Air Liur Ketika Puasa
Hukum Muntah Ketika PuasaHukum Merokok Ketika Puasa

Rujukan:

  1. What is Precum – Very Well Health
  2. Adakah sah solat sekiranya tidak pasti keluar air mazi ketika solat – Mufti WP
  3. Perbezaan Air Mani, Air Mazi dan Air wadi – Mufti WP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 8 =

Scroll to Top