hukum potong kuku ketika puasa

Hukum Potong Kuku Ketika Puasa. Boleh atau tidak?

Apakah hukum potong kuku ketika berpuasa? Artikel ini akan membincangkan berkenaan hukum potong kuku ketika puasa ini sama ada ia boleh atau tidak

Pengenalan

Potong kuku ini adalah satu amalan yang menjaga kebersihan. Dengan tidak memotongnya, akan lebih mudah penyakit bersarang di situ. Kekotoran itu lebih menjinakkan suatu penyakit itu membesar. Selalu kita abaikan untuk memotong kuku kerana anggap ia sebagai satu hal yang kecil. Tak penting pun. Tapi, dengan menjaga kebersihan kuku, kita dapat menghindari pelbagai penyakit seperti infeksi bakteria dan lain-lain.

Timbul persoalan.. Adakah potong kuku ketika berpuasa itu memberi kesan pada puasa kita? Adakah ia membatalkan puasa kita?

Memotong kuku itu termasuk dalam fitrah seorang manusia melalui hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda:

Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kalau rujuk Fiqh Manhaji, ada tujuh perkara yang membatalkan puasa:

  • Makan dan minum.
  • Batal sama ada sedikit atau banyak.
  • Sampainya ‘ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. ‘Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. Adapun laluan yang terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
  • Muntah dengan sengaja. Persetubuhan (Sekalipun ia tidak mengeluarkan air mani).
  • Istimna’ (Mengeluarkan air mani dengan sengaja).
  • Datang haid atau nifas.
  • Gila dan juga murtad.

Semua hal ini membatalkan puasa ketika ia dilakukan dengan sengaja, jika tidak sengaja, ia tidaklah membatalkan puasa. Ini apa yang dikatakan oleh Dar Al-Iftaa’ Al-Misriyyah juga. Potong kuku, tak batalkan puasa.

Mungkin, ada yang terkeliru dengan potong kuku ketika berihram. Itu ya, dilarang. Kalau dilakukan, wajib bayar dam (sejenis denda).

Jadi, potong kuku tidak membatalkan puasa. Lain kalau gigit kuku lalu menelannya pula. Itu jelas membatalkan puasa. Kalau sekadar potong saja, tidak batalkan puasa.

Sunnah memotong kuku

Menurut ulama, tidak ada nas yang jelas menunjukkan cara atau hari apa yang dianjurkan untuk memotong kuku. Imam As-Sakhawi di dalam kitabnya Maqasid Al-Hasanah:

Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.

Meskipun begitu, ada sumber yang memberitahu bahawa ada sahabat dan tabi’in yang selalu potong kuku pada hari jumaat. Contohnya, Imam Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra sebutkan bahawa Ibnu Umar RA selalu memotong kuku dan merapikan misai pada hari jumaat.

Imam An-Nawawi sebut di dalam Al-Majmu’, “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.

Kalau tidak hari jumaat pun, buatlah bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Tapi, kena biarkan ia 40 hari, baru potong. Ini bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Anas Bin Malik:

Rasulullah SAW memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmidzi dan Nasa’ie)

Ini adalah saranan sepertimana yang ditekankan oleh Imam Nawawi di dalam Al-Majmu’. Para sahabat mesti lakukannya on time. Tidak lebih berdasarkan saranan Rasulullah.

Kelebihan potong kuku

  1. Elak Ingrown nails. Maknanya, kuku tumbuh besar sehingga ia menusuk ke kulit. Ini akan menyakitkan jari. Jika tidak dijaga, akan tersarangnya pelbagai penyakit dan jangkitan di bahagian itu.
  2. Elak jangkitan bakteria. Bila kuku kita tidak bernafas ketika kita berpeluh, akan mudah menerima jangkitan bakteria. Sebab itu, eloklah dipotong kuku itu. Pastikan juga tidak memakai stoking yang kotor. Stoking yang kotor juga lebih mudah menjangkitkan bakteria pada kuku. Selain itu juga, boleh terkena kulat pada kuku jika ia tidak dipotong dan dibersihkan. Lama-lama ia menjadi kuning, bermakna ia telah kotor.

Kesimpulan

Potong kuku ketika puasa tidak membatalkan puasa. Ia tak termasuk dalam hal-hal yang membatalkan puasa.

Diharapkan artikel hukum potong kuku ketika puasa ini memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Berkumur Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Korek Telinga Ketika PuasaHukum Menangis Ketika Puasa
Hukum Potong Kuku Ketika PuasaHukum Korek Hidung Ketika Puasa
Hukum Swab Test Ketika PuasaHukum Berjimak Ketika Puasa
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika PuasaHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Berbekam Ketika PuasaHukum Pakai Gincu Ketika Puasa
Hukum Jilat Bibir Ketika PuasaHukum Telan Air Liur Ketika Puasa
Hukum Muntah Ketika PuasaHukum Merokok Ketika Puasa

Rujukan

  1. IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-121: MEMOTONG KUKU KETIKA BERPUASA
  2. There is no connection between fasting and cutting one’s nails or shaving one’s pubic hairs – Islamqa
  3. Trimming the mustache and cutting the nails while fasting – Islamweb.net
  4. Health Benefits Of Cutting Nails – Boldsky
  5. AL-KAFI #1238: ADAKAH TERDAPAT HADIS KELEBIHAN MEMOTONG KUKU PADA HARI TERTENTU? – Muftiwp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 3 =

Scroll to Top