Skip to content

Doa untuk Ibubapa (Berserta Bacaan Rumi)

doa kepada ibubapa

Apakah bacaan doa untuk ibubapa? Artikel ini akan menerangkan kepada anda bacaan doa untuk ibubapa berserta lafaz dalam teks arab dan rumi bagi memudahkan anda.

Doa untuk Ibubapa

1. Doa Dibaca ketika berseorangan

doa kepada ibu bapa

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

2. Doa Dibaca ketika beramai-ramai

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

3. Doa dibaca ketika beramai-ramai dan umum hingga ke datuk dan nenek

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Doa untuk Ibubapa Dari Dalam Al-Quran

1. Doa dari Surah Ibrahim Ayat 41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Dalam satu hadis yang mana Nabi bersabda, utamakan ibu kalian. Seorang sahabat bertanya, lepas itu siapa? Nabi ulang, “Ibu kalian”. Nabi ulang sebanyak tiga kali. Lepas itu, barulah ayah kalian. Hadis ini terdapat di dalam riwayat Imam Ahmad.

Hadis itu menunjukkan yang keutamaan ibu itu tiga kali lebih utama berbanding dengan ayah. Maka, wajarlah kita mendoakan mereka, terutamanya sekali keampunan bagi mereka.

2. Doa dari Surah Nuh ayat 28

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”

Tafsir Ibnu Kathir mengatakan, digalakkan untuk membaca doa ini kerana mengikut jejak Nabi Nuh AS.

3. Doa dari Surah An-Naml ayat 19

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

Doa ini khusus kita minta Allah berikan kita kekuatan untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang telah Dia berikan. Juga, kepada ibu bapa kita. Kita minta bukan sekadar untuk diri kita, namun untuk ibu bapa kita sekali. Supaya kita dan mereka menjadi hamba Tuhan yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah. InshaAllah.

4. Sedekahkan ayat Quran dan amal soleh

Ustaz Syed Syahridzan berkata menerusi Sinar Harian, yang kita juga boleh sedekahkan ayat Quran dan amal soleh kepada ibu dan bapa kita. Moga-moga pahalanya dihadiahkan juga kepada mereka. Akhirnya, Allah angkat darjat mereka dan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Tentang sedekah ayat Quran, majoriti ulama dalam Mazhab Syafie kata yang pahala itu sampai kepada ibu bapa sekiranya mereka sudah meninggal dunia. Syaratnya, kita harus niatkan untuk hadiahkan pahala itu kepada mereka.

Selain itu juga, yang paling penting. Kita juga boleh mendoakan mereka sepertimana yang kita mahu. Bebas. Asalkan kita hayati dan benar-benar ingin doa kepada ibubapa kita.

Perlunya untuk Mendoakan Ibubapa

Semua agama meletakkan ibu bapa pada status yang tertinggi dalam masyarakat. Lagi-lagi ibu yang telah merasai seksa mengandungkan kita, korban tidur malam, tidak makan makanan-makanan tertentu hanya untuk jaga kita dalam kandungan. Begitu juga dengan bapa, selaku pemimpin keluarga. Mereka telah korbankan banyak benda.

Tiba masa untuk kita pula berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Allah berfirman di dalam Surah Luqman ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Juga Allah berfirman di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Kata-kata yang buruk paling ringan pun tidak dibolehkan bila nak bercakap dengan ibu bapa. Apatahlah perkara-perkara buruk yang lain.

Tafsir Ibnu Kathir mengatakan:

..Bertutur sapa yang baik dan lemah lembutlah kepada keduanya, serta berlaku sopan santunlah kepada keduanya dengan perasaan hormat dan memuliakannya..

Kita hendaklah memberi kasih sayang kepada ibu dan bapa kita dengan cara melayani mereka dengan baik. Berkata yang lemah-lembut. Jangan naikkan suara walaupun kita tengah marah. Cuba sabar kerana kalau nak dibandingkan marah kita dengan pengorbanan mereka buat sekian lama, memang jauh bezanya. Maka, bersabarlah.

Selain itu juga, berilah perhatian kepada mereka. Mereka makin tua, makin sensitif perasaan dan kesihatan mereka. Selaku anak, berilah perhatian kepada mereka. Tanyalah khabar mereka. Kalau jauh itu, call’lah mereka. Mereka tunggu untuk dengar suara kita.

Cubalah capaikan hajat mereka. Sepertimana masa kita kecil dulu. Ibu bapa seboleh-boleh berusaha untuk capaikan apa saja yang kita nak. Maka, cubalah capaikan apa yang mereka mahu pula. Itu akan membuatkan mereka gembira, sepertimana kita gembira dulu bila ibu bapa kita dapatkan apa yang kita nak.

Bagilah sedikit wang untuk mereka. Bila kita dapat gaji, bagilah juga sebahagian kepada mereka. Dan, ada banyak lagi cara untuk kita mengekpresikan berbaktinya kita kepada ibu bapa kita. Ini semua di antaranya sahaja.

Terdapat juga beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk kesejahteraan mereka. Boleh sama-sama hafal dan amalkan

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Rujukan:

  1. Dua for parents in English. (2020). Retrieved from Muslim.sg:
  2. Karim, F. (2019). Dua for parents. Retrieved from Medium :
  3. Mukhlisin, A. (2016). Cara Berbakti Kepada Ibubapa. Retrieved from Al Mukhlisin
  4. Syahridzan, S. (2019). Berbuat baik kepada ibu bapa amalan dicintai ALLAH SWT. Retrieved from Sinar Harian

1 thought on “Doa untuk Ibubapa (Berserta Bacaan Rumi)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 4 =