Skip to content

Doa Agar Mencintai dan Dicintai Allah (Teks Arab dan Rumi)

doa agar mencintai dan dicintai allah

Apakah bacaan doa agar mencintai Allah dan Dicintai oleh Allah? Artikel ini akan membincangkan doa-doa yang boleh diamalkan agar diri kita dapat mencintai tuhan pencipta alam iaitu Allah SWT. Kami juga sediakan bantuan teks arab dan rumi untuk memudahkan para pembaca.

Pengenalan

Di dalam Kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada berkata: Bahagia adalah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ianya ialah kenikmatan daripada Allah SWT. Ibn Tufail pula di dalam kitab Dirasah al-Nafsiyyah ‘inda al-‘Ulama’ al-Muslimin,yang dikarang oleh Dr. Muhammad ‘Uthman al-Najati, menyatakan kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat saat bertemu dengan Allah dan melihat wajah-Nya.

Apa pun erti kebahagiaan, ulama’ akan mengaitkannya semula dengan Rabb kita, Allah. Ini bermaksud, untuk mencapai puncak kebahagiaan; kita harus belajar mencintai Allah, lalu kita akan dicintai Allah. Apakah amalan dan doa yang dapat kita amalkan untuk mendapatkan cinta Allah? Dan juga, membuat kita mencintai Allah?

Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk mendapatkan cinta Allah, perkara ini disebut di dalam kitab beliau, Madarijus Salikin. Antara amalan yang boleh mendapatkan cinta Allah adalah:

  1. Membaca al-Quran dan memahami isinya.
  2. Mengamalkan sunnah setelah mengerjakan ibadah yang wajib.
  3. Sentiasa mengingati Allah walau apa jua keadaan dengan berzikir kepada-Nya.
  4. Mendahulukan cinta kepada Allah daripada apa jua sekalipun. Ini termasuk mengutamakan Allah daripada hawa nafsu.
  5. Terus merenung kebesaran Allah supaya sentiasa kagum dengan kehebatan Allah.
  6. Menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.
  7. Memenuhi sepertiga malam dengan bermunajat kepada Allah.
  8. Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para Sadiqin.
  9. Menjauhkan diri dari segala perkara yang dapat menghalang diri kita dan Allah Ta’ala.

Selain daripada mengamalkan amalan-amalan diatas, kita juga boleh mengamalkan doa-doa dibawah. Doa ini diriwayatkan daripada hadis yang sahih.

Doa Mencintai Allah dan Dicintai Allah

Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad:

Maksudnya: “Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang menghantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin”.

Sa’id Ramadhan Al-Buthi pula, di dalam kitabnya, Al-Hubb Fil-Qur’an,

Maksudnya: “Ya Allah aku meminta cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, dan cinta terhadap pekerjaan yang mendekatkan aku kepadaMu. “

Kelebihan mengamalkan doa ini:

1. Kita belajar mencintai Allah dengan bersungguh-sungguh

Pelbagai rintangan akan kita hadapi ketika sedang mencuba mencintai Allah. Namun, cabaran itu yang akan membuat kita terus memperbaiki diri serta meng-upgrade diri.

2. Menanam keazaman untuk mencapai darjat yang tertinggi di sisi Allah

Material bukanlah sesuatu yang diukur dan dilihat oleh Allah, tetapi taqwa. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ad-Dailami ada menyebut;

شرف الدنيا الغنى ، وشرف الاخرة التقوى ، وأنتم من ذكر وأنثى شرفكم غناكم ، وكرمكم تقواكم ، وأحسابكم أخلاقكم وأنسابكم أعمالكم

Maksudnya: “Kemuliaan dunia adalah kekayaan dan kemuliaan akhirat adalah ketakwaan. Kamu, baik laki-laki mahupun perempuan, kemuliaanmu adalah kekayaanmu, keutamaanmu adalah ketakwaan, kedudukanmu adalah akhlakmu, dan (kebanggaan) keturunanmu adalah amal perbuatanmu.”

Oleh itu, dengan mencintai Allah, in sha Allah kita akan mendapat ganjaran yang tertinggi di sisi-Nya.

Penutup

Kesimpulannya, bukan mudah untuk mendapat cinta Allah, dan juga mencintai Allah. Ia memerlukan usaha serta ilmu pengetahuan supaya amalan kita sentiasa selari dengan tuntutan agama, serta kita dapat istiqomah dengannya. Walaupun tidak mudah, tetapi ianya tidak mustahil untuk kita mencapai keredhaan Allah. Ini kerana, Allah ada berfirman di dalam al-Quran;

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Ali Imran, ayat 31)

Allah tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya sendirian, dan Dia sentiasa bersama kita. Malah, jika kita baru sahaja selangkah mendekatiNya, Allah mempunyai caraNya yang tersendiri untuk lebih dekat dengan kita. In sha Allah.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan
Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + 19 =