Skip to content

Hukum Mimpi Basah ketika Puasa (Huraian Lengkap)

hukum mimpi basah ketika puasa

Adakah mimpi basah membatalkan puasa atau tidak? Artikel ini akan membincangkan berkenaan hukum mimpi basah ketika puasa berserta dalil untuk menerangkan perkara ini

Apa itu mimpi basah?

Mimpi basah adalah apabila air mani kita terkeluar apabila kita sedang tidur. Alat kelamin kita memang sensitif ketika kita tidur kerana peredaran darah yang banyak di bahagian tersebut membuatkan – apabila kita bermimpi perkara yang mengghairahkan, kita akan mudah mencapai klimaks dan seterusnya terkeluar air mani.[i]

Adakah mimpi basah menunjukkan kita sudah ‘baligh’?

Tidak semestinya. Tapi, memang mimpi basah ini kita akan dapat ketika kita di usia remaja oleh kerana perubahan hormon yang menyebabkan berlakunya kematangan seksual pada usia tertentu. Orang yang sudah berumur pun boleh mimpi basah lagi. Ia bergantung. Tapi, mimpi basah bukanlah kayu ukur untuk tunjukkan yang kita ini baligh.

Bolehkah wanita bermimpi basah?

Sudah semestinya. Cumanya, ia selalu berlaku pada lelaki. Itu sahaja. Dalam satu kajian pada tahun 1986 oleh Journal of Sex Research, 37% wanita mengaku pernah bermimpi basah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jadi, mimpi basah dalam kalangan mereka bukanlah satu perkara yang baharu pun.

Apa hukum mimpi basah ketika puasa?

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Allah takkan menghukum seseorang berdasarkan perkara yang kita tidak ada pilihan. Contohnya, mimpi. Kita tidak boleh memilih mimpi kita. Jadi, bila kita mimpi basah, itu bukan satu perkara yang disengajakan. Maka, bila terkeluarnya air mani selepas mimpi basah itu tadi, itu bukan atas kapasiti kita juga.

Ibnu Qudamah sebutkan di dalam kitabnya Al-Mughni, seseorang yang mimpi basah ketika puasa adalah tidak terbatal puasanya kerana itu tidak disengajakan. Sama juga seperti ada sesuatu masuk ke dalam tekaknya ketika dia tidur.

Tatkala ditanyakan soalan ini kepada jawatankuasa tetapi Al-Lajnah Ad-Da’imah, mereka menjawab, tidak terkesan langsung puasa mereka sekiranya mereka basah. Mereka hanya perlu melakukan mandi wajib sahaja selepas didapati memang benar mereka terkeluar air mani.

Dr. Zakir Naik pernah ditanya tentang hal ini. Jawab beliau, mimpi basah ini bukan disengajakan (involuntary), jadi apa yang harus dilakukan adalah cepat-cepat mandi wajib supaya boleh bersolat dan teruskan puasa seperti biasa.

Hukum onani ketika puasa

Adakah batal puasa bila beronani? Jawabnya, ya sekiranya sampai mengeluarkan air mani. Mengeluarkan air mani dengan sengaja melalui jalan onani, adalah batal puasa. Puasa tersebut kena diganti pada hari lain.

Berjimak di bulan Ramadan

Berjimak pada waktu malam selepas berbuka itu tidak ada masalah, yakni dalam tempoh berbuka, bukan sedang berpuasa. Tetapi..

Mengeluarkan air mani dengan cara berjimak di siang hari. Batal juga puasanya, tetapi ada denda khas (kifarah) yang harus dilaksanakan untuk menebus balik kesalahan berjimak tadi.

Orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadan dikenakan kafarah iaitu:

  1. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau
  2. Jika tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Artikel Berkaitan: Hukum Berjimak Di Bulan Puasa (Huraian Lengkap)

Mitos-mitos mimpi basah

1. Perempuan tak ada mimpi basah

Perempuan bermimpi basah juga. Ia normal. Bukan suatu perkara yang janggal dan bermasalah. Air mani yang keluar daripada faraj, meskipun bukan dengan jalan klimaks, tetapi dengan cara vaginal scretions pun terjadi.

2. Ada penyakit

Tiada kena mengena antara masalah kesihatan dengan mimpi basah. Mimpi basah adalah sesuatu yang normal, bahkan ianya menunjukkan fungsi seksual seseorang itu dalam keadaan baik.

3. Ia merendahkan sistem imuniti badan

Ini tidak benar sama sekali. Ia tidak merendahkan sistem imuniti dalam badan dan tidak ada sebarang bukti saintifik sama sekali akan hal ini.

4. Ia hanya terjadi ketika akil baligh

Tidak benar. Ada orang yang berumur bermimpi basah juga. Mimpi basah bukan sebab nak capai akil baligh, tetapi perubahan hormon. Itu sahaja.

Kesimpulan

Mimpi basah ketika sedang berpuasa itu tidak membatalkan puasa. Tetapi, sebaik sahaja bangun daripada tidur, hendaklah mandi wajib segera agar boleh solat dan melakukan ibadat-ibadat lain seperti biasa.

Mimpi basah itu adalah perkara yang tidak disengajakan oleh kita, maka Allah tidak membebani sesuatu perkara yang kita tidak ada pilihan untuk buat. Di sini, puasa itu berjalan seperti biasa. Ia tidak memberi kesan apa-apa terhadap puasa kita.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Berkumur Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Korek Telinga Ketika PuasaHukum Menangis Ketika Puasa
Hukum Potong Kuku Ketika PuasaHukum Korek Hidung Ketika Puasa
Hukum Swab Test Ketika PuasaHukum Berjimak Ketika Puasa
Hukum Menggunakan Inhaler Ketika PuasaHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Berbekam Ketika PuasaHukum Pakai Gincu Ketika Puasa
Hukum Jilat Bibir Ketika PuasaHukum Telan Air Liur Ketika Puasa
Hukum Muntah Ketika PuasaHukum Merokok Ketika Puasa

Rujukan:

  1. Wet Dreams – Healthline
  2. Wet Dream During The Day In Ramadhan and the Meaning of the Hadeeth Bad Dreams Come From Shaytaan – IslamQA
  3. Kaffarah Jimak Ketika Puasa di Bulan Ramadhan – MAIS
  4. Wet Dreams Debunked – Greatist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − thirteen =