Apakah Hukum merokok ketika puasa? Artikel ini akan membincangkan secara mudah berkenaan hukum merokok ketika anda sedang puasa.
Pengenalan
Rokok ini adalah kertas yang membalut daun-daun tembakau yang dicincang menjadi bentuk silinder berukuran lebih kurang 70mm ke 120mm.
Rokok ini asal-usulnya berasal daripada Amerika Tengah, Mexico dan Carribean pada abad yang ke-9, mereka merokok menggunakan tiub rokok, belum lagi dalam bentuk rokok kertas yang dipakai hari ini.
Mereka merokok dengan tujuan pemujaan roh-roh dan dewa-dewa. Sampailah Perancis diperkenalkan dengan rokok, mereka yang menghasilkan rokok selepas itu sebagai suatu perniagaan. Mereka ada kilang. Mereka ada bisnes. Rokok sudah jadi perkara yang suka-suka dihisap.
Dalam kerajaan Turki Uthamaniyah pun, yang memperkenalkan rokok kepada mereka ialah British. Sampailah hari ini rokok sudah jadi benda yang popular lagi-lagi dalam kalangan lelaki. Peratusan lelaki merokok dalam negara lebih ramai berbanding wanita, walaupun sebenarnya ada saja wanita yang merokok.
Sekarang, orang sudah mula menghisap vape iaitu suatu rokok elektronik yang mempunyai bateri dan mengeluarkan vapor (liquid yang keluar ketika hisap). Ramai yang kata, vape adalah alternatif untuk berhenti merokok, tetapi sampai ke hari ini, tak ada lagi bukti mengatakan bahawa vape lebih efektif sebagai alternatif berhenti merokok.
Lama-lama, lepas syok hisap vape, orang akan ada kecenderungan untuk hisap benda-benda lain juga, seperti rokok, shisha dan sebagainya. Penggunaan terhadap barang-barang seperti ini yang berterusan juga ada kesan buruknya. Senang cerita, sama sahaja implikasinya.
Apa hukum merokok masa puasa?
Hukumnya membatalkan puasa.
Sebabnya, rokok itu masuk ke dalam tubuh, biarpun ada asap yang kita dihembus keluar, tetapi perokok tetap dapat juga rasa rokok itu. Ini yang disebut sebagai perokok aktif. Si perokok itu sendiri.
Perokok pasif, adalah mereka yang duduk di sekeliling perokok aktif dan membau asap-asap yang dihembus itu. Apa hukum perokok pasif masa sedang berpuasa?
Hukumnya bagi perokok pasif pula adalah tidak membatalkan puasa, kerana asap itu bercampur dengan udara dan ianya tidak disengajakan. Lebih elok, pergi jauh-jauh daripada seorang perokok. Selain daripada puasa tidak terbatal, perokok pasif juga dapat kesan kesihatan yang tidak baik sebab membau asap rokok.
Dalam Tuhfatul Muhtaj, Ibn Hajar Al-Haitami mengatakan yang rokok itu membatalkan puasa kerana ada rasa-rasa tembakau yang dirasakan oleh perokok yakni melalui tekak.
Sheikh Nawawi Al-Banteni dalam Nihayatuz Zain fi Irsyadul Mubtadiin berkata, memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja adalah membatalkan puasa sepertimana yang diketahui umum.
Sheikh Ihsan Jampes juga dalam kitabnya Irsyadul Ikhwan fi Bayani Qahwah wa Dukhan, mengatakan yang rokok itu membatalkan puasa.
Semua ini menarik satu kesimpulan yang sama, kerana ada sifat yang masuk ke dalam badan melalui rongga terbuka.
Hukum ini, sama dengan hisap vape. Caranya sama, hukumnya juga sama. Batal puasa sekiraya hisap vape ketika puasa. Ini jelas yang disebutkan dalam fatwa negeri Perak.
Bagaimana cara nak berhenti hisap rokok?
1. Tujuan kena jelas
Nak berhenti sebab apa? Jelaskan yang itu dulu. Bila tujuan sudah jelas, automatiknya perilaku dan perbuatan akan ikut sama. Saya ambil contoh, kenapa seorang atlet itu bersungguh berlatih? Sudahlah latihan itu memenatkan. Sakit badan. Makanan pun kena jaga. Tapi, kenapa dia masih bersungguh nak berlatih?
Mudah. Sebab dia ada tujuan yang jelas. Tujuan yang menjadi motivasi untuk dia. Walaupun susah, dia tetapi buat. Sebab.. Dia ada tujuan yang jelas.
Sama juga dengan rokok. Kenapa nak berhenti? Bila tujuan jelas. Walaupun susah, kita akan harungi juga susah dan perit itu. Walaupun tiba-tiba rasa craving. Rasa tak tahan. Tapi, dengan berbekalkan tujuan yang kukuh, akan berhenti juga
2. Cari hobi lain
Setiap kali rasa nak merokok, cari satu tabiat baru yang menggantikan rokok itu tadi. Tabiat itu semestinya lebih baik daripada merokok, seperti membaca dan sebagainya.
Ini dipanggil shift of perspective, perubahan perspektif. Bila kita biarkan ianya kosong, otak kita akan ada kecenderungan besar untuk merokok balik. Jadi, isilah dengan benda yang bermanfaat lain. Isi, jangan tak isi. Kelompongan itu membuatkan kita lagi membuak-buak.
3. Cuba, janganlah berhenti
Bila gagal, rasa macam tak layak nak cuba lagi. Itulah proses perubahan. Ada orang, mungkin dia memang hebat, sekali berhenti terus menjadi. Tapi, ada orang, kena 50 kali cuba, baru berhenti yang betul-betul berhenti. Memamg itu lumrah kehidupan.
Yang bermasalahnya, lepas sekali gagal, terus putus asa. Hisap rokok balik macam sebelum-sebelum ini. Tak special-lah macam itu. Orang yang hebat, dia gagal macam mana sekali pun, pengharapan untuk dia berjaya berhenti itu tetap kukuh dalam jiwa. Itu baru jiwa orang hebat.
Jangan berhenti. Gagal. Cuba kembali. Sampai satu masa memang dah betul-betul berhenti.
Kesimpulan
Rokok ketika puasa membatalkan puasa. Sama juga hukumnya dengan vape.
Diharapkan artikel hukum merokok ketika puasa ini dapat memberikan penjelasan dan maklumat kepada para pembaca
Baca tentang Hukum yang lain
Rujukan:
- Cigarette – Wikipedia
- Hukum Merokok Saat Puasa di Bulan Ramadhan – Tirto
- Pandangan Hukum Berkaitan Menghisap Vape Rokok Elektrik – Mufti Perak
- 13 Best Quit Smoking Tips Ever – WebMD