Skip to content

Abdullah Bin Salam: Biodata dan Kisah Hidupnya

Abdullah bin Salam

Siapakah Abdullah Bin Salam RA? Artikel ini akan membincangkan berkenaan Abdullah Bin Salam, biodata dan kisah hidupunya.

Siapakah Abdullah Bin Salam

  1. Sebelum memeluk agama Islam beliau adalah seorang rahib atau pendeta Yahudi berasal dari bani Qainuqa’.
  2. Beliau merupakan keturunan dari Nabi Yusuf AS
  3. Merupakan seorang yang alim tentang ajaran kitab Taurat di antara yahudi-yahudi lainnya
  4. Beliau adalah pemimpin dari kalangan orang-orang Yahudi di Madinah pada saat itu dan sangat dihormati oleh mereka.

Nama Dan Salasilah Keturunan Abdullah Bin Salam

Sebelum beliau memeluk agama Islam, nama beliau adalah Hushain bin Salam. Namun setelah masuk agama Islam, Rasulullah SAW mengganti namanya menjadi Abdullah bin Salam. Beliau juga mempunyai julukan Abu Yusuf Al-Israili disebabkan nasab beliau sambung ke keturunan Nabi Yusuf AS.

Kisah Masuknya Abdullah Bin Salam Ke Dalam Agama Islam

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, Abdullah bin Salam dengan kealiman dan kerajinan beliau dalam memahami kitab Taurat telah lebih dahulu mengetahui tentang baginda, tentang ciri-ciri baginda dan nama serta zaman bila kedatangan baginda sebagai seorang Nabi akhir zaman. Walaupun begitu, beliau merahasiakan semua yang beliau ketahui itu sehingga tidak ada siapa pun yang mengetahuinya sampai pada waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.

Ketika Rasulullah SAW sampai di Quba’ dan berada di pemukimannya Bani Amr b. Auf, datang seseorang kepada Abdullah b Salam lalu mengkhabarkan kedatangan baginda. Abdullah bin Salam pada waktu itu sedang berada di atas pokok kurma dan di sana juga ada ibu saudaranya yang bernama Khalidah binti Al-Harits sedang menunggu di bawah pokok. Mendengar khabar Rasulullah SAW akan datang ke Madinah membuatkan beliau bertakbir sekuat-kuatnya sehingga Khalidah pun hairan dan berkata, “Khayyabakallah (semoga Allah mengecewakanmu) Demi Allah! Seandainya engkau mendengar Musa bin Imran datang maka engkau tidak melebihkan takbirmu.” Abdullah pun menjawab, “Wahai ibu saudaraku! Demi Allah dia adalah saudara Musa bin Imran dan masih berada di atas agama yang sama. Dia diutus dengan membawa agama yang sama dengan agamanya Musa.” Khalidah kembali bertanya, “Wahai anak saudaraku! Apakah beliau seorang Nabi yang dikatakan akan terutus tidak lama lagi?” Abdullah pun menjawab, “Benar.”

Selepas itu, Abdullah bin Salam pun bergegas pergi bertemu dengan Rasulullah SAW dan mengucapkan kalimah syahadat. Beliau setelah itu pulang ke rumahnya dan mengajak keluarganya untuk ikut sekali mengikuti ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mereka semua menerima ajakan Abdullah bin Salam itu dan memeluk agama Islam.

Abdullah bin Salam masih merahasiakan keislaman beliau dari orang-orang yahudi lainnya. Beliau datang semula ke Rasulullah SAW dan mengatakan, “Wahai Rasul, Sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum penipu. Aku mahu engkau memasukkan aku dalam rumahmu dan sembunyikanlah diriku disana, kemudian engkau ajaklah orang-orang Yahudi kerumahmu dan tanyakanlah kepada mereka tentang diriku sehingga mereka memberitahumu kedudukanku di antara mereka seperti apa sebelum keislamanku. Seandainya mereka mengetahui tentang keislamanku, pasti mereka akan berbohong dan mencela diriku.” Rasulullah pun setuju dengan permintaan Abdullah b Salam.

Datanglah suatu hari ketika Rasulullah mengundang orang-orang Yahudi ke rumahnya dan di dalam rumah baginda sudah terdapat Abdullah b Salam yang sedang bersembunyi. Rasulullah pun bertanya kepada orang-orang yahudi tersebut, “Bagaimanakah kedudukan Hushain bin Salam di antara kalian?” Mereka orang-orang Yahudi pun menjawab pertanyaan Rasulullah SAW tersebut, “Dia adalah pemimpin kami dan juga merupakan anak kepada pemimpin kami. Dia adalah seorang yang sangat alim di antara kami.” Setelah kata-kata tersebut disampaikan mereka, Abdullah b Salam pun keluar dari sembunyinya seraya berkata, “Wahai seluruh kaum Yahudi! Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan ikutilah ajaran yang dibawa oleh Muhammad ini. Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa Muhammad adalah utusan Allah dan kamu mengetahuinya telah tertulis di dalam kitab Taurat dengan nama serta ciri-cirinya. Aku bersaksi bahwa dia adalah utusan Allah SWT dan aku beriman, membenarkannya dan aku mengenalnya.”

Setelah mendengar kata-kata Abdullah b Salam itu, orang-orang yahudi pun dengan marah berkata, “Engkau berdusta wahai Hushain!” Mereka kemudian memfitnah beliau dengan berbagai macam fitnah.

Abdullah b Salam pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, benarlah kataku bahawa orang-orang Yahudi ini adalah kaum penipu, pengkhianat dan mengutamakan nafsu.”

Wafatnya Abdullah Bin Salam

Pada tahun 43 Hijrah dan bertempat di Madinah telah wafatnya Abdullah bin Salam. Pada waktu itu umat Islam sedang berada di bawah pemerintahannya Khalifah Ali bin Abi Thalib.

Hadis Abdullah Bin Salam

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Sa’ad b Abi Waqqash berkata, “Tidaklah aku mendengar Nabi SAW mengatakan kepada seorangpun yang masih hidup bahwa ia adalah penghuni surga kecuali kepada Abdullah bin Salam.” (HR Bukhari no 3601)

Di hadis yang lain Rasulullah SAW juga bersabda, “Ada tiga golongan yang mendapatkan dua pahala; pertama, seorang ahlul kitab yang beriman kepada Nabi yang telah diutus kepadanya dan juga beriman kepada nabi Muhammad (maka Abdullah b Salam adalah orang yang paling utama dan layak untuk dimaksudkan di sini) kedua, seorang budak (orang suruhan) yang melaksanakan kewajibannya kepada Allah Azza wa Jalla dan kewajiban kepada majikannya; ketiga, seorang laki-laki yang memiliki budak wanita lalu ia mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan mengajarinya dengan pengajaran yang baik lalu memerdekakannya dan menikahinya maka baginya dua pahala.” (HR. Bukhari no 97)

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul MutallibAbdullah Bin Mas’ud
Abu Dzar Al GhifariAbdullah Bin Jahsy
Abu Ayyub Al AnsariAbdullah Ibn Umar
Abdullah Bin SalamAbdullah Ibn Abbas
Salman Al FarisiAbu Hurairah
Abu DardaAmmar Bin Yassir

Rujukan:

  1. Abdullah bSalam Yahudi Ahli Syurga- bincangsyariah.com
  2. Kisah Abdullah b Salam Kepala Pendeta Yahudi Yang Masuk Islam- Merdeka.com
  3. Abdullah b Salam pendeta Yahudi yang masuk Islam- Islam.nu.or.id
  4. Abdullah b Salam penduduk surga yang berjalan di muka bumi
  5. Kisah Sahabat Nabi Abdullah b Salam calon penghuni surga- republika.co.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 8 =