Skip to content

Doa Mudah Bersalin (Bantuan Rumi)

doa dipermudahkan bersalin

Apakah doa untuk kaum Hawa mudah bersalin? Artikel ini akan membincangkan doa untuk mudah bersalin dengan bantuan teks arab dan rumi bagi memudahkan pembaca.

Duhai wanita yang bergelar ibu, sungguh pengorbanan yang kalian lakukan untuk melahirkan seorang umat manusia ke dunia ini sangat besar. Ketahuilah anda andalah insan-insan yang terpilih untuk merasai pengalaman seperti ini. Sungguh pun kaum Adam di kenali dengan kegagahannya dari segi fizikal lalu kaum Hawa di kenali pula dengan kelembutan peribadinya. Namun pernahkah anda terfikir, mengapa Allah SWT memberikan peluang dan rezeki untuk kaum Hawa yang melalui proses mengandung, melahirkan, menyusu, dan membesarkan anak-anak.

Jawabnya kerana kaum Hawa anda sangat istimewa. Allah Maha Mengetahui yang anda mampu memikul tannggungjawab tersebut.

Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus saat dia berada di dalam perut ikan yu ini menjadi pengubat kepada kesakitan dan kegelisahan hatinya. Doa ini juga sangat sesuai di amalkan dalam kehidupan seharian termasuk untuk melancarkan wanita bersalin.

Doa mudah bersalin dalam teks Arab

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87).

Doa-doa mudah bersalin yang lain:

1. Ayat 38, Surah Ali Imran

Maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

2. Ayat 11, Surah Fatiir

Maksudnya: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

3. Ayat 26, Surah Maryam

4. Ayat 8, Surah ar-Ra’d

5. Ayat 78, Surah an-Nahl

6. Ayat 87, Surah Anbiya

7. Ayat 1-2, Surah Al-Zalzalah

Rahsia di sebalik Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus mudah untuk di sebut dan mudah untuk di hafal. Tetapi apakah rahsia yang tersembunyi di dalam doa ini? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelamatkan seseorang daripada musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan yu?

Rahsia 1: Kalimah tauhid

“Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah.

Sebesar-besar pertolongan manusia lain kepada anda, akan sampai pada satu tahap tiada kuasa yang boleh membantu anda lagi kecuali kuasa dari Allah SWT. Penghambaan, pengharapan dan sandaran hanya di letakkan pada Yang Maha Esa.

Contohnya di dalam bilik bersalin nanti, ibu-ibu walaupun ditemani oleh jururawat, para doktor dan mungkin juga ada suaminya di situ tetapi yang menjadi penguat kepada rohani dan fizikalnya adalah dengan kekuatan Allah SWT. Tuhan yang memegang nyawa-nyawa manusia dan yang memberikan rezeki kepada semua makhluk-Nya pada jalan-jalan yang tidak terduga.

Rahsia 2: Mensucikan Allah SWT dari sebarang bentuk kezaliman

Maksudnya di sini adalah apabila datang ujian dari Allah SWT kepada hamba-hamba Nya, hambanya itu tidak sesekali akan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan dengan memarahi atau mengeji keagungan Yang Maha Esa. Redha, ikhlas dan terus sabar dalam menghadapinya. Manusia kadang-kala terlepas berbicara apabila terlalu berat dirasakan ujian yang terletak pada bahunya, dia merasakan Allah tidak adil padanya atau tidak sayang padanya.

Ibu-ibu di luar sana, anda masuk di dalam bilik bersalin sebenarnya anda sedang mempertaruhkan nyawa anda 100% kepada Allah SWT. Bayi yang dalam kandungan juga sama nyawanya tetap dipegang oleh Allah SWT. Apa-apa yang berlaku kepada anda kelak, tetaplah percaya yang Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya sendiri.

Rahsia 3: Menunjukkan manusia adalah makluk yang lemah dan tidak lekang dalam melakukan dosa

Nabi Yunus semasa berdoa, dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya dia mengakui kesalahan dirinya sendiri dengan berkata, “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Kerendahan jiwa inilah yang perlu ada dalam diri setiap insan. Manusia makhluk yang lemah dan banyak berbuat dosa di muka bumi ini. Lalu dengan apa lagi yang boleh menyombongkan anda dari meminta ampunan Allah SWT?

Muhasabah kesakitan bersalin

“Wanita menjadi tulang belakang seorang lelaki.” Sejauh mana anda setuju dan faham kenyataan ini? Cuba anda bayangkan, di mana Islam boleh menghimpunkan tenaga pahlawan yang boleh berjuang di jalan Islam jika dia tiada generasi-generasi muda yang baru. Manusia akan melalui fasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua dan kemudian meninggal dunia. Ada juga yang meninggal sebelum melalui fasa warga emas atau sebagainya. Jadi di sini menunjukkan bahawa umur manusia sangatlah pendek untuk terus kekal hidup di dunia.

Islam memerlukan penerus kepada pembela agama. Insan mana yang boleh menjadi tulang belakang ini? Sudah tentu adalah seorang ibu. Kaum Hawa anda terlalu istimewa.

Kelebihan bersalin dari segi Islam

1. Meningkatkan martabat wanita

Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya, di dalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.

(Surah Al-Ahqaf: ayat 15)

2. Meninggal sebagai mati syahid

Wanita yang bersalin memperjuangkan hidup dan matinya di tangan Allah. Boleh jadi dia selamat dan boleh menatap wajah suami dan anaknya kembali. Atau boleh jadi juga dia terlebih dahulu meninggal dunia.

Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.”

(HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)

3. Pahala yang terus mengalir

Kepayahan, kesusahan, dan kesukaran yang dilalui oleh seorang ibu ketika mengandung selama 9 bulan 10 hari telah membataskan segala aktiviti hariannya. Resahnya saat tidur, mual dan peningnya saat di awal kehamilan, kaki yang semakin lemah untuk berjalan dan perubahan yang sangat ketara dalam aktiviti fizikal menjadikan pengorbanan seorang ibu itu tiada perbandingan yang boleh disama ratakan lagi. Segala bentuk kepayahan ini akan menjadi lading-ladang pahala kepada ibu apabila dia ikhlas menjalankannya.

4. Melahirkan generasi Islam yang makmur

Apabila berkahwinnya seseorang maka lahirlah umat manusia di muka bumi ini. Anak yang keluar dari rahim seorang wanita yang beragama Islam akan meramaikan lagi umat Islam dalam memakmurkan dunia.

Cara menguruskan emosi ketika menghadapi saat bersalin

  1. Memperbanyakkan meminta perlindungan daripada Allah SWT
  2. Berlapang hati dan memaafkan semua orang
  3. Sentiasa menyebut nama-Nya
  4. Perbanyakkan diri untuk bertaubat

Di harapkan artikel doa dipermudahkan bersalin ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada semua terutamanya kepada ibu-ibu yang saat ini sedang menunggu hari untuk melahirkan. Semoga tips dan doa yang di senaraikan dapat membantu anda membuat persediaan yang rapi dalam meniti hari-hari sebelum kelahiran si kecil. Ibu dan ayah sentiasalah berganding bahu dengan kudrat dan tanggungjawab dalam memikul amanah membesarkan generasi Muslim yang dapat memakmurkan dunia suatu hari nanti. Lelah kalian saat ini akan menjadi pengukur kepada penerus dan pentadbir agama Islam pada masa akan datang.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − seven =