Skip to content

Doa Bulan Sya’ban: Panduan Rumi dan Teks Arab

doa sya'ban

Apakah bacaan doa ketika di bulan Sya’ban? Artikel ini akan memberikan panduan rumi dan teks arab untuk doa di bulan Sya’ban bagi memudahkan pembacaan dan hafalan anda. Di samping itu, artikel juga akan mengupas akan kelebihan serta amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ini.

Bulan Sya’ban, bulan pemisah dan keberkahan

Menurut istillah Syaaban atau Sya’ban membawa maksud berpecah-pecah. Pendapat mengatakan bahawa istillah ini diambil dari peristiwa di mana pada ketika itu bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Bulan kelapan dalam tahun hijriah ini juga menjadi bulan pemisah di antara Rejab dan Ramadhan.

Bulan Sya’ban merupakan bulan yang sangat istimewa kerana di dalamnya terkandung kebaikan (al-Khair) dan keberkatan (al-Barakah). Contoh peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan tersebut bagi seluruh umat Islam adalah peristiwa peralihan kiblat dari Masjidilaqsa ke Kaabah di Masjidilharam dan peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’). Penduduk langit mengelarnya sebagai Syahr an-Nabi (bulan Nabi Muhammad SAW) kerana Allah SWT telah memuliakan dan mengagungkan Baginda dengan mujizat yang diberikan pada bulan ini.

Sya’ban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus” (Surah at-Taubah : ayat 36)

Doa bulan Sya’ban

Maksudnya:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan.”

Doa malam nifsu Sya’ban

Teks rumi: Allahumma yaa dzalman-na wa laayamun-nu ‘alaihi yaadzaljalaali wal ikraam, yaadzaath thu-li wal in’aami, laa ilaaha illaa anta zhahrallajiinaa, wa jaaralmus tajiiriina wa amaanal khaaifiin. Allahumma inkunta katabtanii ‘indaka fii ummil kittabi syaqiyaan au mahruuman au muqtarran ‘alayya firrizqi. Famhu allahumma fi ummil kitabi shaqowati wahirmani waqtitaro rizqi. Waktubni ‘aindaka sa ‘a iddan marzuqon muqaffaqon lilkhoirro ti fainnaka qulta waqaw lukal haqqu fi kitabikal munzali ‘ala lisani nabiyyikal mursali. Yamhumullahu ma ya shau qa yusbitu wa ‘aindahu ummulkitabi. Washollallaahu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa-alihi washohbihii wassallam, walhamdulillahi rabbil’alamiin

Maksudnya: “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.”

Kelebihan bulan Sya’ban

1. Nifsu Sya’ban

Perkataan nisfu’ itu adalah dalam bahasa Arab yang bermaksud, ‘pertengahan’. Sinonimnya, pertengahan bulan Sya’ban dipanggil sebagai Nifsu Sya’ban. Imam Ghazali mengistilahkan malam itu malam yang penuh dengan syafaat. Menurut Imam Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan sepertiga syafaat kepada hambanya.

Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Dengan demikikan, pada malam ke-15 umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu bulan. Kerana pada malam ke-15 bulan Sya’ban nanti, segala catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT. 

Sabda Rasulullah SAW menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Allah SWT melihat kepada makhluk-makhlukNya pada malam nisfu syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Aisyah RA menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu Bani Kalb” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

2. Bulan penuh keberkatan

Sebelum sampai kepada bulan Ramadhan, anda akan berjumpa dengan bulan Sya’ban terlebih dahulu. Kemuliaan bulan ini juga disebut-sebut oleh Rasulullah SAW seperti bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Sya’ban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah SWT ke atas makhluk-Nya.

3. Amalan dinaikkan

Jika di bulan Ramadhan, ada satu malam yang digelar malam lailatul qadar. Sebaliknya, bulan Sya’ban ada satu malam yang digelar sebagai malam Nifsu Sya’ban pada pertengahan bulan. Pada malam tersebut, amalan-amalan manusia akan diangkat ke langit dengan perintah Allah SWT.

Usman bin Zaid menceritakan:

“Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’aban; lalu baginda menjawab, itulah bulan Sya’aban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai)

Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. (Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313)

4. Bulan menambah amalan

Hikmah dan kepentingan bulan Sya’ban menjadi pembakar semangat kepada umat Islam untuk melakukan kebaikan. Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Quran atas qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya.

5. Diampunkan dosa-dosa

Al-Ghaffar, Allah SWT Maha Pengampun. Allah SWT akan mengampunkan segala dosa-dosa hamba-Nya walaupun sebanyak buih di lautan atau seluas daratan di bumi.

Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesungguhnya, Allah SWT turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Amalan dalam bulan Sya’ban

1. Puasa sunat

Umat disarankan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan mulia ini. Rasulullah SAW berpuasa penuh pada bulan Sya’ban. Sebagai contoh, anda boleh berpuasa 3 hari awal, 3 hari pertengahan dan 3 hari akhir bulan Sya’ban. Atau melazimkan diri berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis sepanjang minggu. Atau berpuasa pada siang hari bagi malam Nisfu Sya’ban (iaitu esok harinya, 15 hari bulan).

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban? Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. (Hadis Riwayat al-Nasa’ie)

2. Bersedekah

Sedekah adalah amalan yang sangat mulia. Ramai orang tidak mahu bersedekah atau berkira-kira kerana takut dengan kemiskinan. Sedangkan Allah SWT telah berjanji bahawa mereka yang bersedekah tidak akan berkurang sedikit pun hartanya malah akan ditambah lagi dan lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Qiamulail

Qiamulail bermaksud menghidupkan malam iaitu dengan cara seperti solat dan membaca al-Quran. Ramai yang menganggap qiamullail hanyalah solat selepas tidur. Sebenarnya salah tanggapan itu kerana solat malam terbahagi kepada dua iaitu solat sebelum tidur dan solat selepas tidur.

Sabda baginda SAW: “Solat yang paling utama setelah solat fardu iaitu qiamullail atau solat pada tengah malam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, anda juga digalakkan untuk banyak berselawat dan mendirikan solat-solat sunat. Justeru itu, amalan kebaikan yang dibuat akan memberikan ketenteraman dan kedamaian dalam jiwa setiap manusia.

Penutup

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa bulan Sya’ban akan memberikan anda informasi yang berguna berkenaan doa bulan sya’ban dan juga untuk memudahkan anda menjalani bulan-bulan yang penuh keberkahan sebelum menuju kepada bulan Ramadhan.

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Rujukan

  1. Irsyad al-Hadis Siri ke-52: Kelebihan Bulan Sya’ban (27 April 2016). Laman web muftiwp.gov.my
  2. Infopelajar2u (7 May 2017). 6 Keistimewaan Bulan Sya’ban. Laman Web infopelajar2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 9 =