Siapakah Anas Bin Malik? Artikel ini akan membincangkan biodata dan kisah hidup Anas yang merupakan salah seorang sahabat nabi.
Siapakah Anas Bin Malik?
Beliau adalah seorang pembantu setia yang selalu taat kepada Rasulullah SAW. Biasanya ketika kita membaca hadist-hadist dari sabdaan Rasulullah SAW, tidak jarang sekali kita dapatkan pada hadist-hadist tersebut pasti ada salah satu diantara yang meriwayatkannya adalah Anas bin Malik RA.
Semua ini disebabkan banyak sekali Hadist yang telah diriwayatkan oleh beliau dan beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadist setelah Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar. Jumlah kesemua hadist yang telah diriwayatkan oleh beliau ada sekitar 2286 buah.
Hadist-hadist tersebut beliau peroleh ketika membantu dan melayani Rasulullah SAW dan ada juga beberapa di antaranya beliau peroleh dari sahabat yang di atasnya seperti Abu Bakar.
Anas bin Malik juga mempunyai anak-anak murid, salah satunya adalah Ibnu Sirrin.
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa orang yang paling mirip solatnya dengan Rasulullah SAW adalah Anas bin Malik.
Nama dan Salasilah Keluarga Anas B Malik
Nama beliau adalah Anas bin Malik bin Nadzar bin Dhomdom bin Zaid bin Harom bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin An Najar Al Khazraj. Ibunya bernama Ummu Sulaim yang berasal dari kaum Anshar. Beliau berasal dari kabilah Bani An Najjar yang tinggal di Madinah.
Lahirnya Anas B Malik
Anas b Malik dilahirkan pada tahun 611 atau ada juga yang mengatakan pada tahun 612 di Kota Madinah.
Pada saat beliau telah mencapai umur 10 tahun, Ibunya memberikan hak asuhnya kepada Rasulullah SAW dan sekaligus sebagai seorang pelayan baginda.
Doa Rasulullah SAW Ke atas Anas B Malik
Pada suatu hari, Ummu Sulaim ibunya Anas b Malik pergi untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan dia berkata, “Ya Rasulullah, ini adalah anakku Anas, dia seorang yang cerdas dan dia mahu menolong kamu.” Lalu kemudian Anas pun diserahkan kepada Rasulullah SAW dan baginda menerimanya sebagai pembantunya. Ummu Sulaim meminta kepada Rasulullah SAW untuk mendoakan anaknya, maka Rasulullah SAW pun menadahkan kedua tangannya kelangit dan berdoa,
اللهم أكثر ماله وولده وأدخله الجنة
“Ya Allah perbanyaklah anak dan hartanya, dan masukkanlah dia ke dalam syurga.”
Terdapat juga dalam sebuah riwayat yang lain bahawa Rasulullah SAW telah berdoa kepada Allah SWT,
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَأَطِلْ عُمُرَهُ وَاغْفِرْ ذَنْبه
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, panjangkalan umurnya dan ampunkanlah dosanya.
Anas bin Malik pun berkata, “Demi Allah, hartaku sangat melimpah sehingga kurma dan anggurku berbuah dua kali dalam satu tahun dan jumlah anak dan cucuku mencapai 100 orang. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan anaknya Anas b Malik mencecah 106 orang.
Berkat doa dari Rasulullah SAW, Anas b\ Malik menjadi salah seorang dari sahabat-sahabatnya yang memiliki zuriat terbanyak dan mempunyai umur yang paling panjang.
Wafatnya Anas B Malik
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, Anas b\ Malik ikut bersatu dalam perjuangan penaklukan di bawah pemerintahan Khulafa’ Arrasyidin pada saat itu. Pada saat itu beliau masih di umur 20 tahun. Beliau juga merupakan Sahabat Rasulullah SAW yang paling terakhir wafat di Basrah Iraq. Anas b Malik Wafat pada tahun ke-93 Hijrah atau bertepatan pada tahun 712 M. Usia beliau ketika itu telah mencecah 99 tahun dan hampir mendekati 100 tahun.
Salah Satu Hadis Yang Diriwayatkan Oleh Anas B Malik
حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu’bah telah menceritakan kepada kami Tsabit Al Bunani dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ Jangan sekali-kali salah seorang di antara kalian berharap-harap kematian lantaran musibah yang datang. Jika terpaksa, maka ucapkanlah Ya Allah hidupkanlah aku jika hidup lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika mati lebih baik bagiku.” ( HR. Al Bukhari dan Muslim)
Kisah Sahabat yang lain
Rujukan
- Anas B Malik: Sosok sahabat yang Sangat Setia pada Rasulullah – jatimprov.go.if
- Biografi Anas B Malik: Pelayan Setia Rasulullah – Kompas
- Kisah Anas B Malik:Pelayan Setia Nabi yang Riwayatkan Hanis – CNN Indonesia
- Mengenal Anas B Malik – Madaninews.com