Apakah adab ketika mesyuarat ketika dalam perbincangan? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai 10 adab ketika mesyuarat yang perlu anda tahu.
Pengenalan
Mesyuarat bermaksud perbincangan formal yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk mencapai objektif tertentu, dan akan dikongsi bersama melalui proses komunikasi. Objektif dalam bermesyuarat ada tiga iaitu sebagai medium permindahan maklumat, membuat keputusan, dan memyelesaikan masalah yang berlaku dalam organisasi atau individu
Islam memandang tinggi fungsi mesyuarat sebagai alternatif penyelesaian masalah dalam masyarakat. Dalam hadis yang diriwayatkan at-Tabrani menyebut, “Tidak rugi orang yang beristikharah, dan tidak menyesal orang yang bermesyuarat.” Bahkan dalam Al-Quran juga ada sebuah surah khusus yang dinamakan asy-Syu’araa bererti mesyuarat.
Di samping kita bertukar-tukar pandangan, dan buah fikiran untuk memcapai sesuatu matlamat, terdapat beberapa adab dalam bermesyuarat yang perlu diamalkan.
10 Adab Mesyuarat
Ini adalah contoh adab-adab bermesyuarat yang boleh anda amalkan. Antaranya seperti:
1. Melantik seoarang ketua sebagai pembuat kata putus
Dalam sesebuah organisasi yang menjalankan mesyuarat haruslah mempunyai ketua, dan ahlinya. Ketua berperanan sebagai “Amir” yang mengendalikan mesyuarat.
Hadis daripada Abu Said RA bahawa Rasulullah SAW ada bersabda:
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ الْخّدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِيْ سَفَرٍ فَلْيُؤَمَّرُوْا أَحَدَهُمْ
Maksudnya: Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang dari mereka menjadi ketua.” – (Hadis RIwayat Abu Daud)
2. Ketua meminta pandangan dari setiap ahli tentang apa yang dibincangkan
Menjadi seorang pemimpin bukan bermaksud seseorang itu mutlak dari segala perbuatan, tindakan, atau percakapannya. Namun, seorang ketua yang baik, dia akan sentiasa meminta pandangan dari orang bawahan atau ahli-ahli lain yang ada dalam mesyuarat itu.
Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Pemimpin sesuatu bangsa pada hakikatnya adalah pelayan bagi bangsa itu.” (Hadis Riwayat Abu Na’im dan Ibnu Babuwaih)
3. Memberi pandangan ringkas, dan padat
Apabila diberikan ruang, dan peluang untuk menyuarakan pandangan, kita suarakanlah buah fikiran tersebut dengan ringkas, dan padat. Orang soleh selalu berkata, “Sebaik-baik percakapan itu adalah yang ringkas, tetapi padat, dan dapat membimbing seseorang ke arah kebaikan.”
4. Jangan sesekali memotong perbicaraan orang lain
Sikap suka memotong atau menyampuk perbicaan orang lain adalah perbuatan yang tidak beradab sama sekali. Ianya perlu dijauhkan untuk menghindar orang lain dari memandang rendah pada peribadi kita yang sebenar.
5. Menyerahkan urusan membuat keputusan akhir kepada ketua
Ketua bertanggungjawab mengendalikan mesyuarat. Selain itu, ketua juga berkuasa dalam membuat keputusan akhir atas bantuan ahli-ahli organisasi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Oleh kerana itu, dalam menentukan pilihan ketua ia perlu dilantik berdasarkan kelebihan ilmu, rohani, jasmani, intelek, dan sahsiah yang ada padanya. Barulah keputusan yang diambil nanti akan menjadi solusi yang terbaik kepada semua pihak.
6. Berlapang dada dengan keputusan mesyuarat
Berpesan Saidina Uthman Bin Affan bahawa, “Kesedihan dalam urusan dunia dapat menggelapkan hati, kesedihan dalam urusan akhirat dapat menerangkan hati.”
Oleh yang demikian, apa sahaja keputusan yang diambil dalam mesyuarat atau sesuatu perbincangan itu haruslah diterima dengan dada yang lapang. Yang penting ianya sudah dibincangkan bersama sehabis baik. Jika mendatang akan ada risiko atau keburukan yang berlaku, maka bersama-sama kita menghadapi, dan menyelesaikannya.
7. Berdoa pada awal, dan akhir mesyuarat
Memulakan, dan menutup akhir mesyuarat dengan doa atau selawat adalah di sunatkan dalam Islam.
Pada awal majlis sebutlah dengan kalimah seperti ini atau seumpamanya:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
Kemudian, pada akhir nanti, bacakan pula kafaratil majlis. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
من جلس في مجلس فكثر فيه لغطه فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك
Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca:
سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك
Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepada Mu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
8. Waktu yang singkat tetapi padat
Salah satu sebab sesuatu mesyuarat itu boleh berjaya, dan mencapai tujuannya adalah dengan pengurusan masa yang baik. Semakin lama tempoh mesyuarat, semakin kurang produktiviti sesebuah organisasi. Begitu juga sebaliknya.
Oleh kerana itu, meminimumkan tempoh mesyuarat adalah lebih baik. Lebihkan pula pada usaha untuk memadatkan input dan output yang sepatutnya ada dalam perbincangan.
9. Menghormati antara satu sama lain
Hormat atau “respect” kepada orang lain adalah nilai yang sangat penting dalam memastikan organisasi sesebuah pekerjaan dalam keadaan aman dan damai. Hormati pandangan, hormati kepelbagaian, hormati perbezaan, dan hormati juga kemampuan yang ada dalam diri setiap orang.
Malah perbuatan hormat-menghormati ini juga merupakan salah satu dari sikap Rasulullah SAW yang perlu kita contoh. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
10. Menggunakan bahasa yang baik, dan sentiasa menjaga lidah
Allah SWT ada berfirman dalam Al-Quran,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.”
Berdasarkan ayat 70 dalam Surah Al-Ahzab ini, teknik komunikasi yang paling kukuh dan terbaik adalah berasaskan ketakwaaan seseorang kepada Allah SWT. Takwa bersangkut-paut dengan perihal hati.
Rasa dari hati, lalu akan keluarlah perkataan dari lisan. Orang yang beriman dan bertakwa sentiasa menjaga lisannya. Oleh itu tidak hairan jika kata-kata orang sebegini mudah meresap ke dalam hati orang yang mendengar.
Lebih baik, sebelum berbicara fikirkan dahulu adakah ucapan kita nanti Allah SWT redha? Adakah kata-kata itu akan menguris hati, dan perasaan orang yang mendengar? Semua ini memainkan peranan yang penting untuk membentuk hati, dan ucapan yang bersih.
Kesimpulan
Diharapakan artikel berkenaan dengan adab bermesuarat ini dapat memberikan anda informasi yang berguna dalam alam pekerjaan.
Adab-adab yang Lain
Rujukan
- Berkat Adab Mesyuarat, Universiti Putra Malaysia
- Etika Bermesyuarat, Live Journal