Apakah bacaan doa untuk elak fitnah dajjal ketika akhir zaman? Artikel ini akan membincangkan doa untuk mengelak fitnah dajal dan keadaan ketika dajjal turun.
Pengenalan
عَنْ الصَعْبِ بْنِ جَثَّامَةٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
Maksudnya: “Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib terlupa menyebutnya di dalam khutbah. (Kanzul Ummal: 38817)
Tiada siapa dapat membayangkan bagaimana dajjal akan turun ke dunia pada akhir zaman nanti. Tetapi, peringatan mengenainya sudah diingatkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak dahulu lagi, menunjukkan kewujudan dajjal itu adalah pasti dan benar. Malah di dalam al-Quran ada menyebut mengenai dajjal walaupun tidak menyebut perkataan dajjal tersebut. Allah berfirman di dalam Surah Al-An’am ayat 158;
يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
Maksudnya: “Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”.
Terdapat sebuah hadis di dalam Riwayat Muslim yang menjelaskan makna ayat di atas dan ini adalah antara tafsiran yang terbaik yang menafsirkan ayat al-Qur’an dengan hadith Nabi SAW iaitu:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ
Maksudnya: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”. (Riwayat Muslim (158))
Oleh itu, kita dituntut mengamalkan doa-doa yang dapat mengelakkan kita daripada fitnah dajjal.
Doa untuk Elak Fitnah Dajjal
Doa yang dapat kita amalkan untuk mengelakkan fitnah dajjal ialah:
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada seksaan kubur, dari seksaan neraka Jahanam, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal. [Hadis Riwayat Muslim: 588]
Diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW membaca doa tersebut semasa tahiyyat akhir;
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa: (اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ) Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.” (Riwayat Muslim: 588)
Selain itu, kita juga dituntut untuk membaca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir daripada Surah al-Kahfi. Ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّال
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith Riwayat Muslim: 1342)
Keadaan apabila dajjal turun ke bumi
1. Kedatangan dajjal ditulis di dalam Kanzul Ummal ialah apabila manusia sudah mula melupakannya dan tiada siapa yang mengingatkan manusia tentang kewujudannya.
يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ
“Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib terlupa menyebutnya di dalam khutbah.” (Kanzul Ummal:38817)
2. Berlakunya kebuluran yang melampau.
“Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berucap di hadapan kami, kebanyakan ucapan baginda menyebut tentang dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga. Nabi SAW menyebut dengan panjang lebar di akhir ucapannya: “Sesungguhnya sebelum kemunculan dajjal, berlakunya keperitan selama 3 tahun. Manusia mengalami krisis kebuluran yang teruk. (An-Nihayah Kathir: 1/44)
3. Masa akan menjadi sangat lambat kerana kerosakan yang dilakukan dajjal.
Dari Nawwas bin Sam’an RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, berapa lama Dajjal tinggal di bumi?’ Baginda menjawab, ’40 hari, satu hari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan sepekan, dan sisa hari-harinya sebagaimana hari-hari kalian biasanya.’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sehari yang bagaikan setahun itu, apakah cukup bagi kami salat sehari saja?’ Baginda menjawab, ‘Tidak, tentukanlah untuk hari itu sesuai kadarnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)
4. Dajjal akan menawarkan pelbagai jenis kemewahan untuk menarik manusia menjadi pengikutnya.
Sabda Nabi SAW;
“Dajjal akan mendatangi sesuatu kaum lalu menyeru supaya mengikutinya, lalu kaum tersebut mengikutinya. Maka dia memerintahkan langit untuk hujan dan bumi untuk mengeluarkan tumbuhan. Maka binatang-binatang peliharaan mereka menjadi gemuk dan sihat. Kemudian dia mendatangi sesuatu kaum lalu menyeru supaya mengikutinya, lalu kaum tersebut menolak dan meninggalkan Dajjal. Keesokan harinya mereka dapati tanaman mereka tidak menjadi.” (Hadis Riwayat Muslim)
Lalu, terdapat satu hadis yang meminta para lelaki untuk mengikat ahli keluarga wanita mereka supaya tidak mengikuti dajjal. Daripada Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda;
يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ …
Maksudnya: “Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga ada seorang pemuda yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, dan saudarinya, kemudian mengikatnya kerana bimbang mereka akan keluar menuju Dajjal”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan). (Musnad Ahmad 7 : 790 dengan tahqiq Ahmad Syakir, dan beliau berkata, “isnadnya Sahih.”)
Kesimpulannya, kewujudan serta kedatangan dajjal adalah perkara yang pasti kerana akhir zaman dan kiamat itu juga pasti. Dunia ini fana’ dan tiada yang kekal kecuali Allah SWT. Oleh itu, sebagai umat islam yang beriman dengan rukun iman kelima, kita seharusnya bersiap sedia serta percaya bahawa kemunculan dajjal itu pasti walaupun tiada siapa yang mengetahuinya. In sha Allah, dengan mengamalkan doa serta surah al-Kahfi seperti diatas, kita dapat mengelak fitnah dajjal..
Bacaan Doa yang lain
Rujukan:
- Hadis-hadis kemunculan dajjal – harakah daily
- Doa Pelindung dari Fitnah Dajjal – mywilayah
- Dajjal Hakikat dan Tanda Akhir Zaman – MuftiWP
- Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal – Detik