Skip to content

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Perlu Anda Tahu

tempat menarik di kuala lumpur

Manakah tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur. Artikel ini akan membincangkan tempat menarik di Kuala Lumpur

Pengenalan

Seronoknya dapat bercuti dengan keluarga dan orang yang tersayang. Dengan kondisi dunia sekarang yang membataskan anda untuk melancong ke luar negara, tidak bermakna anda tidak boleh melancong sama sekali. Ambil peluang ini untuk anda melancong di dalam negara. Pada kali ini kami akan menyenaraikan tempat-tempat menarik khusus untuk warga kota metropolitan Kuala Lumpur.

1. Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Siapa yang tidak kenal dengan mercu tanda negara yang menjadi kebanggan semua rakyat Malaysia ini? Jika di Singapura ada Merlion Park, Thailand pula ada Wat Phra That Hariphunchai, di Malaysia pula terbinanya sebuah bangunan gah di tengah-tengah ibu kota metropolitan iaitu Kuala Lumpur Conventional Center (KLCC). Bangunan yang mencatatkan rekod ketinggian setinggi 451.9 meter (1483 kaki) dari aras bawah, 88 buah tingkat kesemuanya, 32 ribu tingkap, dan mempunyai reka bentuk yang membawa inspirasi dari motif kesenian Islam hasil magis dari seorang arkitek Argentina-American yang bernama Cesar Pelli.

Dari pandangan mata luar, KLCC mungkin hanya tampak seperi sebuah mercu tanda seperti kebanyakkan negara lain untuk menarik pelancong. Namun sebenarnya di setiap tingkat KLCC tersimpan berpuluh-puluh cerita yang berbeza dan menarik. Apa sahaja yang anda mahukan boleh anda dapatkan di dalamnya. Jika anda seorang shopacholic, ada boleh ke Suria KLCC yang menyediakan beratus-ratus kedai berjenama.

Selain itu dari segi pelancongan, anda juga boleh melawati Aquaria KLCC, Galeri Petronas, Petrosains, Taman KLCC, Sky Bridge KLCC, Lake Symphony, City Library, Dewan Filharmonik Petronas, Tower Mini Zoo, dan Planetarium Negara. Yang pastinya, dalam sehari anda tidak akan mampu menghabiskan satu KLCC yang memegang gelaran sebagai sebuah bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan kesembilan tertinggi di dunia secara keseluruhannya.

2. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon memegang rekod sebagai taman tema air paling banyak dikunjungi di dunia, khususnya di rantau Asia Pasifik dengan rekod 1.3 juta pengunjung sepanjang tahun 2018. Menariknya, 90 permainan di dalam 6 zon berbeza menanti anda di sana seperti Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan terbaru Nickelodeon Lost Lagoon. Water Park terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di kawasan tengah.

Bagi yang gemar kepada gelongsor air, anda boleh memilh Waters of Africa kerana di situ ada tiga jenis gelongsor air bermotifkan Afrika seperti Congo Challenge” (gelongsor lumba berlorong enam), “Cameroon Climb” (dua gelongsor ulang-alik), dan African Pythons (tiga batang tiub berliku). Pengemar sukan luncur air pula, pasti anda akan memiliki kepuasan dan kesoronokan meluncur di Surf Beach, kawasan pantai buatan atas tasik yang dilengkapi dengan ombak buatan gergasi, “Surf Simulator pertama di Malaysia.”

3. Aquaria KLCC

Jika anda pernah ke Sealife Legoland Malaysia di Johor, anda juga pasti tertarik dengan tarikan yang ada di Aquaria KLCC. Menarik tentang Aquaria, di sini anda boleh merasai sendiri lorong underwater terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan sepanjang 90 meter, mempunyai single tank terbesar di Malaysia dengan isian penuh air masin sebanyak 2,5 juta liter, mempunyai tangki tiub yang direka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu dengan ketinggi setinggi 15 kaki, dan satu-satunya akuarium yang mempamerkan lebih dari 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti Cage Rage, Dive with Shark, Sleep with Shark, dan Feeding Sessions. Dalam banyak-banyak aktiviti ini, sudah tentu Cage Rage menjadi pilihan yang paling menjadi tumpuan pengunjung kerana ia sesuai untuk dilakukan oleh semua orang. Mata anda akan terpukau dengan keindahan hidupan laut dari sisi kanan, kiri, dan atas kepala yang berenang di sekeliling anda termasuk hidupan akuatik yang besar seperti penyu, ikan jerung, dan ikan pari.

4. i-City

Rindunya hendak rasa musim salji di luar negara. Mustahil Malaysia boleh turun salji sebab negara ini bermusim tropika dan bukannya empat musim. Di i-City sesuatu yang tidak masuk akal pasti boleh anda temukan. Dengan membawa tarikan salji dan musim sejuk, anda boleh terokai lebih 60 aktiviti sama ada indoor atau outdoor bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Lebih menarik jika anda ke sini pada waktu malam kerana anda boleh melihat keindahan pokok-pokok berlampukan LED pelbagai warna yang menghiasi sekeliling i-City.

Salji yang anda lihat walaupun salji buatan tetapi dengan tarikan pada Snowalk, anda pasti tidak berasa ada di Malaysia lagi. Snowalk membawa kelainan yang tersendiri dengan rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, dan ukiran ais, sehingga anda merasakan benar-benar tinggal di dalam negara yang bersalji. Terdapat lagi banyak tempat untuk anda berseronok bersama keluarga dan orang tersayang seperti  Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan sebagainya.

5. Breakout

Siapa peminit escape room? Khabar baik untuk anda, destinasi kali ini pasti akan membuat keterujaan anda memuncak. Merasai pengalaman terkurung di dalam bilik-bilik rahsia yang dihuni oleh karakter-karakter thriller dalam filem popular seperti karakter Lightbringer (ketua yang mempunyai kalung lampu untuk menerangi kawasan gelap), Scholar (golongan cendekiawan yang berkebolehan untuk meminta petunjuk, Time Bender (individu yang berkebolehan untuk meminta waktu tambahan sebanyak 5 minit), dan pelbagai lagi.

Permainan ini sangat seronok jika anda boleh datang dan merasai sendiri bersama kawan-kawan. Sepanjang permainan berlangsung, anda perlu melakonkan watak sambil menyelesaikan masalah yang diberikan sementara setiap orang juga mempunyai tugasan-tugasan yang berbeza sehingga anda menghampiri jalan keluar daripada bilik permainan. Cabaran ini mungkin tampak biasa tetapi ia sangat menguji fizikal dan mental kerana masa yang diberikan hanyalah 45 minit sahaja, jika anda mengambil masa lebih daripada itu maka anda dikira kalah.

Buat masa ini, Breakout boleh ditemukan di Avenue K yang menawarkan 5 biik permainan dan di Nu Sentral yang menawarkan 7 bilik permainan. Tarikan utama di sini hadir dengan 4 tema berlainan iaitu The Greatest Murder of Westwood, Mr. Oswald’s Greatest Show, Chamber of Hocus, dan The Infinity. Setiap bilik mempunyai cerita yang tersendiri dan pastinya ia bakal memberikan anda pengalaman yang sangat berbeza.

6. The Rift

Selalunya teknologi Virtual Reality (VR) biasa anda temukan di dalam video game. Tetapi bagaimana jika anda sebenarnya boleh merasai sendiri pengalaman bersama VR secara terbuka. Rift Mid Valley adalah syurga permainan video yang menyediakan 24 jenis video game VR / AR bertepatan dengan taglinennya iaitu Enter Rift.

Permainan yang sering kali mendapat tempat di hati pengunjung seperti Motion Blaster, Badai VR, Hallowall, Hado PvP, Bilik Ras, dan Penamat X, Sand Bos: Pukul Saber/Fruit Ninja, Race Room, dan Zero Latency. Bersediakah anda keluar dari realiti dan masuk ke dunia realiti maya?

7. Plane in The City

Bosannya asyik makan dekat restoran biasa sahaja. Sesekali pasti anda juga mahukan kelainan untuk merasai pengalaman yang hebat ketika makan. Di Kuala Lumpur, sebuah restoran membawa tarikan kapal terbang lama, jenis Boeing 737 yang diubah suai menjadi pilihan ramai. Restoran ini uniknya hanya menerima 20 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Jika anda ke sini, anda akan dihidangkan dalam 3 atau 4 hidangan (bergantung kepada jenis pakej yang dibeli) yang disediakan oleh Hotel Le Meridien Kula Lumpur, sebuah hotel bertaraf 5 bintang dan mewah. Tiket pula dijual pada harga RM274.54 seorang untuk Economy Class, RM528.94 untuk Business Class dan RM1058.94 untuk First Class.

8. The River of Life

Menjaga kebersihan alam sekitar adalah salah satu kesedaran sivik yang perlu diambil berat oleh setiap orang. Di darat mahupun di laut, kedua-dua mempunyai ekosistem dan kehidupannya yang tersendiri. Kedua-duanya juga saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan kata lain, jika di darat, manusia tidak menjaga kebersihan maka hidupan di laut akan mendapat kesan, begitu juga sebaliknya.

Sesuai dengan namanya, Blue Pool, ia direkabentuk untuk memberikan pengunjung pengalaman baru sepanjang 150 meter dengan menyaksikan Symphony Fountain  yang terletak di bawah tanggal asal Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Panorama malam dari stesen LRT Masjid Jamek menyusuri sungai, kemudian naik semula ke jambatan pertama yang dibina di Kuala lumpur, lalu bergerak ke belakang Sultan Abdul Samad, akan menjadi pengalaman yang cukup berharga terutamanya kepada mereka yang lahir lewat tahun 90an.

9. Bukit Tabur

Bukit Tabur sangat terkenal di kalangan pengemar sukan lasak seperti hiking dan jungle trekking. Ia terletak di Taman Melawati dan mempunyai 5 puncak yang berbeza-beza ketinggian. Jika anda seorang hikers baru, bukit ini sangat sesuai untuk menguji mental, fizikal, dan stamina anda kerana di sini mempunyai banyak trail jalan hutan yang curam dan licin. Untuk ada sampai ke puncak juga hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja.

Bukit ini juga mempunyai dua trail iaitu Tabur West dan Tabur East. Tidak banyak perbezaan untuk kedua-duanya tetapi Tabur West lebih mesra pengguna untuk hikers baru. Hiking dan menyaksikan pemandangan cantik dari atas adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi tertutamanya sewaktu matahari terbit dan matahari terbenam.

10. Hauntu

Rumah hantu sangat sinonim ketika anda berada di funfair atau taman tema yang lain. Tetapi bagaimana dengan rumah hantu moden yang membawa anda untuk menghayati episode-episod cerita seram di dalam sebuah rumah puaka dengan berlatar belakangkan tahun yang berbeza seperti 1950-an, 1980-an, dan 1990-an? Hauntu atau Hauntu You (Hantui Anda) ialah gabungan persembahan teater dan rumah hantu dengan kisah ceritanya yang tersendiri untuk dirungkai oleh pengunjung yang datang.

Pengalaman ini sangat lain daripada yang lain kerana anda boleh berinteraksi bersama watak-watak sebenar yang wujud dalam rumah itu. Menariknya, penamat cerita ini ditentukan berdasarkan jawapan dan keputusan yang di buat oleh diri anda sendiri.

Bagaimana, anda takjubkan dengan destinasi pelancongan yang menarik di Kuala Lumpur? Keseronokkan dalam melancong bukanlah dikira dengan sebarapa mahal wang yang anda laburkan semasa bercuti, mahupun seberapa jauh anda berjalan-jalan dan mencuci mata.

Sebaliknya, keseronokkan melancong boleh anda temukan setiap kali anda dapat meluangkan masa sibuk anda dulu sebentar bersama keluarga atau orang tersayang dengan merasai pengalaman baru dan melakukan aktiviti bersama-sama. Ambil peluang ini dan cipta memori pelancongan anda sendiri.

Diharapkan artikel tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berguna kepada para pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − thirteen =