Skip to content

Bacaan Doa Qunut Nazilah (Dengan Bacaan Rumi)

Membaca qunut nazilah

Doa Qunut merujuk kepada keadaan berdoa ketika  berdiri dalam solat. Manakala Nazilah dari segi bahasa membawa maksud sesuatu keadaan yang gawat. Dari segi istilah pula qunut nazilah disyariatkan ketika sesuatu bala musibah menimpa umat Islam contohnya seperti penyakit wabak,peperangan ,kelaparan dan sebagainya.

Bacaan Qunut Nazilah


Antara bacaan doa qunut nazilah yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

Maksudnya :
Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka
Ya Allah yang maha memaksa
Ya Allah yang maha perkasa
Ya Allah yang maha membalas
Ya Allahu, ya Allahu, ya Allah
Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka
Dan kemenangan untuk kami

Dalil Perlaksanaan Qunut Nazilah


Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW membaca doa qunut (nazilah)selama sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh selepas mengucapkan: ‘Sami’allahu liman hamidah’ di rakaat terakhir, beliau mendoakan kehancuran bani Sulaim, (yaitu) suku Ri’il, Dzakwan, dan ‘Ushayyah,  dan orang-orangdi belakangnya mengucapkan “Aamin” (Hadis Shahih diriwayatkan Imam Ahmad).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رِعْلًا، وَذَكْوَانَ، وَعُصَيَّةَ، وَبَنِي لَحْيَانَ، اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمْ القُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ، وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ العَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ، وَذَكْوَانَ، وَعُصَيَّةَ، وَبَنِي لَحْيَانَ» قَالَ أَنَسٌ: ” فَقَرَأْنَا فِيهِمْ قُرْآنًا، ثُمَّ إِنَّ ذَلِكَ رُفِعَ: بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا “

Artinya: “Dari Anas bin Malik, bahwa (suku) Ri’il, Dzakwan, Ushoyyah, dan Bani Lahyan meminta bantuan orang kepada Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menghadapi musuh, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan bantuan 70 orang Anshor. Kami menyebut mereka sebagai Qurra’ (Para hafizh) di zaman mereka. Kebiasaan Qurra’ ini adalah mencari kayu bakar di siang hari dan melaksanakan shalat lail di malam hari. Ketika 70 orang Anshor ini berada di Bi’ir Ma’unah, mereka dibunuh dan dikhianati oleh suku Ri’il, Dzakwan, Ushoyyah, dan Bani Lahyan. Berita ini sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , maka Beliau melakukan Qunut Nâzilah selama sebulan pada shalat Shubuh mendoakan kecelakaan terhadap suku-suku Arab itu, yaitu Ri’il, Dzakwan, Ushoyyah, dan Bani Lahyan.

Anas berkata, “Kami pernah membaca ayat Qur’an diturunkan tentang orang-orang yang dibunuh tersebut, kemudian ayat tersebut dihapus. (Yaitu ayat): “Sampaikanlah kepada kaum kami, bahwa kami telah bertemu dengan Rabb kami, maka Dia ridha kepada kami dan kami ridha kepada-Nya.” (HR Al-Bukhari).

Secara umumnya, qunut nazilah disyariatkan untuk meminta perlindungan dengan Allah dari segala bala musibah. Jelas hadis diatas menunjukkan salah satu cara memohon pertolongan Allah adalah melalui bacaan qunut nazilah .

Hukum Bacaan Qunut Nazilah


Hukum pensyariatan qunut nazilah adalah  sunat Hai’ah yang dituntut ketika ditimpa bala musibah dan dibaca pada setiap solat fardu seperti mana diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi, bahawa Imam al-Syafi’ie berpendapat;

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut”.

Pelaksanaan


  1. Boleh dibaca dalam setiap solat-solat fardhu sahaja ketika berjemaah atau bersendirian.
  2. Dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’ dalam rakaat yang terakhir.
  3. Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah.

KESIMPULAN

Secara umumnya doa qunut nazilah dilakukan ketika berlakunya sesuatu bala musibah untuk memohon perlindungan daripada Allah.Seharusnya umat Islam perlu bersatu hati mendoakan saudara seagama ketika mana mereka ditindas oleh orang kafir bagi memohon kemenangan ke atas orang Islam di sana.

Manakala pada hari ini,umat Islam bersatu hati membaca doa qunut nazilah bagi memohon perlindungan dari penyakit wabak Covid-19 yan g mengancam nyawa manusia. Dalam pada itu umat Islam seharusnya  memperbanyakkan istighfar, taubat, sedekah,dan ketaatan kepada Allah dengan penuh kesungguhan sebagaimana firman Allah :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا 

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu”(Surah Nuh ayat ke: 10-11)

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 10 =