Bagaimanakah solat zohor dilaksanakan? Solat Zohor adalah salah satu solat fardhu 5 waktu yang wajib dikerjakan oleh orang mulsim. Dalam panduan ini, kita akan membincangkan perbuatan yang perlu dilakukan oleh seseorang itu ketika solat zohor pada setiap rakaat. Mari kita baca.
Waktu Solat Zohor

Waktu Zohor bermula apabila matahari sepenuhnya melintasi atau tergelincir ke arah barat daripada kedudukan istiwa atau matahari berada tegak di garisan meridian tempatan
Apabila matahari berada pada kedudukan istiwa, ada tiga kemungkinan arah bayangan objek boleh di lihat.
- Ketika kedudukan matahari berada di kawasan langit selatan, arah bayangan berada di utara objek tersebut.
- Ketika kedudukan matahari berada di kawasan langit utara, arah bayangan berada di selatan objek tersebut.
- Ketika istiwa iaitu pada ketika matahari berada betul-betul tepat (bersudut 90 darjah) di atas objek, tiada bayangan yang kelihatan.
Waktu zohor boleh di kira bermula apabila bayangan objek mula kelihatan di sebelah timur objek dan berakhirnya waktu zohor ialah apabila masuknya waktu solat asar, iaitu di tandai dengan bayangan objek yang sama panjang dengan objek atau lebih sedikit.
Lafaz Niat Solat Zohor
Lafaz niat tersebut adalah seperti dibawah:

Bacaan rumi:
Usolli fardholz zuhri arba’a raka’aatin adaa an lillahi ta’aalaa.
Makna;
“Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”
Cara Solat Zohor
Sebelum melakukan solat zohor, adalah baiknya seseorang itu melakukan solat sunat rawatib agar kekurangannya dalam solat fardhu zohor itu dapat ditampung dengan melalukan solat sunat. Tetapi jika tidak mampu, boleh terus melakukan solat zohor.
Solat zohor perlulah di lakukan sebanyak 4 rakaat.
RAKAAT PERTAMA
1. Berdiri tegak menghadap kiblat
Membaca lafaz niat solat zohor seperti di atas. Ia bukan kewajipan tetapi bertujuan untuk menguatkan hati dan menyediakan seseorang itu sebelum solat
2. Takbiratul Ihram berserta niat dalam hati
اللّٰهُ أَكْبَر
Bacaan rumi:
“Allahu akbar”
Maksud:
“Allah Maha Besar”
Ketika mengangkat takbir, perlu membaca lafaz niat tadi di dalam hati untuk menguatkan hati ketika kita solat kerana Allah
3. Bacaan Doa Iftitah.

Bacaan rumi:
Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil’alamin. La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya;
“Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.”
4. Baca Surah Al-Fatihah

Maknanya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah, Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan ) mereka yang dimurka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
5. Baca surah pilihan
Boleh membaca surah Al-Ikhlas seperti dibawah ataupun mana-mana surah dalam Al-Quran

Bacaan rumi:
Bismillahirrahmannirrahim. Wal ‘asr. Innal insa nalafi khusr. Illallazi na amanu wa ‘amilusolihati watawa saubil haqqi watawa soubis sobr.
Maknanya;
“Dengan nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah(Muhammad), Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah Tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak di peranakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya.”
6. Rukuk sambil bertakbir (Lafaz Allahu akbar)
Bacaan ketika dalam keadaan rukuk adalah:

Bacaan Rumi:
Sub’hana rabbial’azhimi wabi’hamdi
Maknanya;
“Maha suci Tuhan yang Maha Agong dengan kepujiannya.”
7. I’tidal sambil mengucapkan


Bacaan rumi:
Sami’Allahhuliman ‘hamidah
Rabbana lakal’hamdu
Maknanya;
“ Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya, Wahai tuhan kami, hanya kepadaMu segala pujian”
8. Sujud
Perlu bertakbir (Allahu akbar) ketika pergerakan dari i’tidal ke sujud.
Bacaan ketika sujud adalah:

Bacaan rumi:
Sub’hana rabbial a’la wabi hamdi
Maknanya;
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala pujian bagiNya”
9. Duduk di antara dua sujud
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

Bacaan rumi:
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa ‘afini wa’fu ‘anni
Maknanya;
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
10. Kemudian sujud semula
Bacaan adalah seperti sujud sebelum ini.
RAKAAT KEDUA
1. Berdiri semula dari sujud
Perlu dengan lafaz takbir ketika bergerak dari sujud ke posisi berdiri
2. Membaca surah Al-Fatihah seperti dalam rakaat pertama
3. Membaca surah pilihan
Anda boleh membaca surah Al-Kafirun seperti dibawah ataupun mana-mana surah di dalam al-quran

Bacaan rumi:
“Bismillahirahmanirahim. Qul ya ayyuhal kafirun. La a’buduma ta’budun. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Wa la ana ‘abidumma ‘abadtum. Wa la antum ‘abidunama a’bud. Lakum dinukum waliyadin.”
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kau sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, untukku agamaku.”
4. Rukuk dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
5. I’tidal dan bacaanya sama seperti rakaat pertama
5. Sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
6. Duduk di antara dua sujud dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
7. Sujud balik semula dan bacaannya sama seperti rakaat pertama
8. Duduk Tahiyat Awal
Bacaan tahiyat awal adalah:

Bacaan rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush solawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
Maknanya:
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.’
“SEMASA MELAFAZKAN SYAHADAH (yang berwarna biru) JARI TELUNJUK KANAN HENDAKLAH DI NAIKKAN MENUNJUK KE ARAH KIBLAT”
RAKAAT KETIGA
1. Berdiri semula dari duduk tahiyat awal
2. Baca surah Al-Fatihah sama seperti rakaat pertama
3. Kemudian diikuti dengan pergerakan dan bacaan yang sama seperti rakaat pertama iaitu rukuk, I’tidal, Sujud, duduk di antara dua sujud dan sujud semula
RAKAAT KEEMPAT
1. Berdiri semula dari sujud
2. Baca surah Al-fatihah,
3. Teruskan dengan pergerakan dan bacaan yang sama seperti rakaat pertama iaitu rukuk, i’tidal, sujud, duduk di antara dua sujud dan sujud semula.
4. Duduk Tahiyat akhir
Bacaan tahiyat akhir adalah:

Bacaan rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.
Maknanya;
“Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”
“SEMASA MELAFAZKAN SYAHADAH (yang berwarna biru) JARI TELUNJUK KANAN HENDAKLAH DI NAIKKAN MENUNJUK KE ARAH KIBLAT”
20. Memberi salam
Bacaan beri salam:
“ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAH”,
Lakukan perkara ini dengan muka berpaling kekanan. Kemudian, pandang kehadapan semula. Dan memberi salam kedua sambal memaling wajah kekiri.
Sesudah solat kita digalakkan untuk istighfar, berzikir dan berdoa.
Allah berfirman di dalam surah Al-‘Ankabut ayat-45;
“Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar,a dan (ketahuilah) menginat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Daripada Abu Hurairah (R.A) beliau berkata , “Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;
“Tahukah kamu,sekiranya ada sungai di hadapan pintu salah seorang dari kamu,dan dia mandi di sungai itu sebanyak 5 kali setiap hari,maka menurut kamu masihkah ada kotoran yang melekat pada tubuhnya?”Mereka menjawab,”Tidak akan ada kotoran yang tersisa.”Baginda bersabda,”Begitulah perumpamaan solat 5 waktu yang dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa.”
Semoga panduan solat di atas dapat membantu kalian..
“Ibadah kerna Allah, mencintai kerana Allah, mengasihi hanya yang SATU”- Oleh Nurul Faten(Apr-2020)
Cara Solat Fardhu yang lain
Cara solat sunat yang lain
Rujukan :
- Terjemahan Al-quran Al-karim –Rasm Uthmani dalam Bahasa melayu –Terbitan Al-hidayah House of Quran Sdn Bhdn – (2018)
- Al-Quran & Terjemahannya Rasm Uthmani. Terbitan Percentakan Zafar Sdn Bhd.- (2007)
- Buku Asas-Asas Fardu Ain – Ustaz Sulaiman Endut. terbitan Pustaka Haji Abdul Majid (2006)
- Terjemahan Riyadh Al-salihin (dalam Bahasa melayu) Terbitan Al-hidayah Publication-2013