Siapakah Abdullah bin Mas’ud? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang juga merupakan salah seorang Ahli Qiraat Kufah.
Siapakah Abdullah ibn Mas’ud ?
Abdullah ibn Mas’ud merupakan seorang pemuda dan juga sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang berasal dari kota Mekah. Apa yang lebih menarik untuk diketahui, beliau adalah orang yang terawal dan juga merupakan orang yang keenam yang masuk ke dalam agama Islam.
Bilakah Abdullah Bin Mas’ud dilahirkan dan wafatnya beliau ?
Abdullah ibn Mas’ud lahir pada 596 Masihi di Mekah dan juga wafat pada 653 Masihi di Madinah. Beliau dimakamkan di Jannatul Baqi’, Madinah.
Apakah gelaran yang diberikan kepada Abdullah Ibn Mas’ud ?
Abdullah ibn Mas’ud digelar sebagai Ahli Qiraat Kufah, yang merupakan seorang yang alim, faqih dan menjadi rujukan oleh orang-orang di Kufah dan Irqa secara amnya.
Bagaimanakah kehidupan Abdullah Bin Mas’ud ?
Ketika usia remajanya, Abdullah ibn Mas’ud merupakan seorang penggembala kambing. Beliau sangat dikenali dengan sikap nya yang jujur sehinggalah dikenalpasti oleh Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar. Kemudian, Abdullah ibn Mas’ud menawarkan dirinya untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi baginda.
Abdullah bin Mas’ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam ketika dididik Nabi Muhammad S.A.W. Disebabkan itulah,beliau cukup dikenali sebagai seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya.
Ketika menuntut ilmu, Abdullah ibn Masud amat tekun sehingga baginda bersabda dalam hadisnya yang bermaksud :
“Pelajarilah Al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Mas’ud, Salim Mula Abi Huzaifah, Ubay ibn Kaab dan Muaz bin Jabal “.
Justeru, jelaslah di sini bahawa Abdullah ibn Mas’ud merupakan seorang yang sangat terpelajar dan juga tekun dalam menuntu ilmu.
Abdullah Ibn Mas’ud, pembantu peribadi Nabi Muhammad S.A.W
Setelah Abdullah Ibn Mas’ud ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi Nabi Muhammad S.A.W, beliau sentiasa ada bersama dan mendampingi Baginda S.A.W. Beliau akan mengikuti ke mana yang Nabi Muhammad S.A.W pergi.
Beliau adalah insan yang selalu membangunkan Nabi Muhammad S.A.W untuk solat ketika mana Nabi Muhammad S.A.W tertidur, begitu juga beliau akan mengambilkan sepatu Nabi Muhammad S.A.W apabila baginda ingin ke mana-mana.
Kebijaksaan nya membolehkan beliau menulis dan menyusun seluruh kandungan Al-Quran menurut Mushaf atau susunannya. Ibn Mas’ud sentiasa bertadarus bersama Rasululluh S.A.W dan Baginsa sentiasa menyemak bacaam AL-Quran Ibn Mas’ud sehingga bacaannya sangat diyakini.
Abdullah Bin Mas’ud merupakan insan yang sangat teristimewa di sisi Nabi Muhammad S.A.W.
Sebagai pembantu peribadi Nabi Muhammad S.A.W, sudah semestinya beliau sentiasa mendampingi ke mana sana Nabi Muhammad berada. Abdullah ibn Mas’ud merupakan insan yang mengetahui perkara rahsia Nabi Muhammad S.A.W kerana beliau seorang yang sangat hampir dengan Rasulullah S.A.W.
Selain itu, belia juga menjaga bantal Nabi Muhammad S.A.W. Seterunya, beliau bertanggungjawab untuk menjaga siwak Nabi Muhammad S.A.W. Tiap kali Nabi Muhammad S.A.W ingin bersiwak atau menyipan siwak, Abdullah ibn Mas’ud adalah orang yang akan memeganganya.
Abdullah ibn Mas’ud juga merupakan seorang yang akan menjaga keperluan wudhuk atau bersuci Nabi Muhammad S.A.W, dan beliau juga akan menjaga selipar Nabi Muhammad S.A.W kemana pun Rasulullah ingin pergi.
Jasa dan perjuangannya
Memegang jawatan sebagai pentadbir awam di masa pemerintahan Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan. Bakat kepimpinannya setanding dengan seorang lagi sahabat Nabi yang terkemuka iaitu Muhammad ibn Maslamah.
Beliau juga adalah salah seorang yang diamanahkan untuk memberi fatwa. Beliau telah meyertai Nabi Muhammad S.A.W dalam semua peperangan. Disebabkan beliau berkhidmat khusus kepada Nabi Muhammad S.A.W, beliau juga telah digelarr sebagai pembawa kasut, penjaga bantal dan juga penjaga siwak.
Baginda Nabi Muhammad S.A.W mengamanhakan beliau untuk menjaga hal-hal rahsia, tanpa ada rasa bimbang pun rahsia itu akan terbongkar. Disebabkan itulah juga Abdullah ibn Mas’ud dikenali sebagai pemegang rahsia Nabi Muhammad S.A.W.
Justeru, memang tidak dapat dinafikan Abdullah ibn Mas’ud merupakan seorang yang sangat rapat dengan Rasulullah S.A.W dan juga penjaga rahsia yang sangat dipercayai.
Kisah Sahabat yang lain