Apakah doa selepas witir yang boleh kita amalkan? Artikel pada kali ini menerangkan tentang himpunan doa selepas witir yang boleh dibaca selepas menunaikan solat sunat witir.
Apakah solat sunat witir?
Dari sudut bahasa witir memberi maksud tunggal atau ganjil. Manakala dalam istillah ia adalah sunat witir yang dilakukan pada waktu tertentu bagi menutup solat-solat malam (sama ada pada awal malam, pertengahan malam, atau pengakhiran malam).
Jumlah bilangan rakaat pada lazimnya dilakukan secara ganjil (2 rakaat + 1 rakaat). Justeru, ini menunjukkan bahawa amalan tersebut bukan hanya digalakkan pada bulan Ramadan semata-mata tetapi pada bulan-bulan yang lain juga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari,1981)
Himpunan doa selepas witir
Doa adalah senjata paling ampuh bagi orang-orang mukmin. Berdoalah di mana sahaja kita mahu namun, doa yang terbaik adalah ketika kita dalam keadaan suci selepas solat.
Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:
“Doa yang paling didengari ialah ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Begitu juga dengan solat sunat witir dimana selepas selesai melaksanakannya kita juga amat disarankan untuk membaca doa selepas witir. Antara doa selepas witir yang boleh diamalkan adalah seperti:
Doa 1:
Bacaan rumi: Allahumma inni ‘auzu biridhoka min sakhotika. Wa bimu’aafatika min ‘uqubatika. Wa ‘auzubika minka laa uhsii tsana’an ‘alaika anta kama atsnaita ‘alaa nafsika.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan Mu daripada kemurkaan Mu, aku berlindung dengan kemaafan Mu daripada Balasan Mu, dan aku berlindung dengan Mu daripada tidak mampu memuji Mu seperti Engkau memuji diri Mu.”
Doa 2:
Bacaan rumi: Allahumma innaa nas’aluka iimaanan daaimaan. Wanas’aluka qalban khaasyi’an. Wanas’aluka ‘ilman naafi’an. Wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon. Wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan. Wanas ‘aluka diinan qayyiman. Wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata. Wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyatianas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati Anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.
Allahumma rabbanaa taqabbal minnaa solaatanaa washiyaamanaa waqiyaamanaa watakhusy syu’anaa watadhorru’anaa wata’abbadanaa watammim taqshiiranaa. Yaa allaahu yaa allaahu yaa allaahu yaa arhamar raahimiin.
Washallallaahu ‘alaa sayyidina muhammadin wa ‘alaa aalihi washahbihi ajma’iina. Subhanaa robbika robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiina.
Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.
Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.
Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”
Kesimpulan
Diharapkan artikel berkenaan dengan doa selepas witir ini dapat memberikan anda pendedahan dan perkongsian yang sarat dengan ilmu pengetahuan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Berdoalah dengan seiklas hati sehingga kita penat sebagai seorang hamba Nya bukannya sehingga kita dapatkan apa yang dihajati. Berdoalah juga sehingga kita mendapat nikmat syurga, bukan sekadar nikmat sementara di dunia.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan
1. Indahnya Hidup Bersyariat (2009), Terbitan Telaga Biru, Karya Allahyarham Dato’ Ismail Kamus
2. Al-Kafi #1393: Tatacara Solat Witir Yang Afdhal. Mufti Wilayah Persekutuan