Skip to content

Doa Meminta Jodoh Yang Boleh Anda Amalkan

doa meminta jodoh

Apakah bacaan doa yang boleh diamalkan untuk dipermudahkan bagi mendapat jodoh? Artikel ini akan membincangkan perkara ini dan menyediakan doa-doa yang anda boleh amalkan untuk mendapat jodoh.

Bacaan Doa untuk Mendapat Jodoh yang baik dari Al-Quran

Antara cara nak dapat jodoh yang baik- baik adalah dengan berdoa kepada Allah. Doanya adalah seperti berikut:

1. Doa dari Al-Quran, Surah Furqan ayat 74

Maksudnya: “..Ya Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa..”

Hasan Al-Basri (tabi’in) pernah ditanya tentang ayat ini, beliau menjawab, “Makna yang dimaksudkan ialah bila Allah memperlihatkan kepada seorang hamba yang Islam isterinya, saudara dan kerabatnya, yang taat kepada Allah. Demi Allah, tiada sesuatu pun yang lebih menyejukkan hati seorang muslim bila ia melihat anak, cucu, saudara dan kerabatnya yang taat kepada Allah.

Selain daripada mencari jodoh dengan usaha kita sendiri, kita minta juga Allah kurniakan jodoh yang baik-baik yang mana dia boleh melahirkan keturunan juga yang baik-baik.

2. Doa dari Surah Al-Anbiya ayat 89

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Pewaris yang terbaik.”

Lihat dalam Tafsir Ibnu Kathir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Zakariyya yang memohon kepada Allah untuk mewariskan peranan kenabian kepada keturunannya. Maka, Nabi Zakariyya minta Allah berikan kepadanya anak untuk beliau mewariskan tugas beliau sebagai Nabi. Kita boleh juga amalkan untuk mendapat keturunan yang baik-baik berkat daripada doa Nabi Zakariyya ini.

3. Doa dari Surah Al-Qasas ayat 24

Maksudnya:“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Mendapat jodoh itu suatu kebaikan. Kebaikan meneruskan keturunan. Kebaikan menikmati fitrah berpasangan. Dan banyak lagi.

Maka, doa yang diminta daripada Nabi Muda kepada Allah ini wajar dijadikan salah satu doa yang kita boleh amalkan.

Peringatan Ketika Mencari Jodoh

Semua orang nak rasa disayangi, dicintai, dimiliki, dan lain-lain. Memang lumrah manusia itu begitu. Sebab itu Islam turunkan syariat berkahwin dan selepas itu halal untuk kita lakukan apa saja menurut kemahuan kita.

Macam, sebelum kahwin, haramnya berzina. Selepas kahwin pula, sunat bersetubuh dengan isteri. Begitulah seterusnya..

Apa yang haram sebelum kahwin, jadi halal selepasnya. Ini termasuk dalam kategori fitrah manusia. Cumanya, yang menjadi masalah hari ini adalah bagaimana kita menguruskan hubungan itu. Adakah kita mencari cinta yang terlarang? Seperti bermesra berlebih-lebih dengan yang bukan mahram sampai berzina? Ataupun kita rancang baik-baik untuk kahwin dan menikmati hubungan yang halal itu selepas kahwin nanti? Mana satu?

Allah berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 3:

“..maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..”

Dr. Shabir Ally memberitahu, setiap apa yang telah Allah tetapkan kepada kita, ada banyak kemungkinan. Ia terpulang kepada kita dengan pilihan yang Allah beri untuk memilih semua kemungkinan-kemungkinan yang ada di depan mata kita. Jodoh ini, tak semestinya kita kahwin dengan seseorang yang telah ditetapkan secara putus. Kita takkan tahu. Bagaimana kita boleh tahu pun tentang itu?

Allah beri kita kuasa untuk memilih. Allah juga beri kita banyak kemungkinan. Boleh jadi kita kahwin dengan fulan, boleh juga kita kahwin dengan fulan yang lagi satu. Semuanya ‘boleh jadi’. Itu kemungkinan yang dimaksudkan oleh Dr. Shabir.

Jadi, tak wajarlah kita menunggu jodoh. Tiada istilah tunggu dalam mendapat jodoh ini. Semuanya bergantung kepada usaha kita nak cari supaya kena dengan cita rasa kita. Bergantunglah kepada kita. Setiap di antara kita ada ciri-ciri yang kita mahu. Yang kita rasa selesa. Maka, pilihlah yang mana kita senang.

Kerana Imam Al-Ghazali di dalam bukunya The Alchemy of Happiness, cinta ini maksudnya cenderung kepada seseorang dan berasa senang dengannya.

Jadi, rasa cenderung dan rasa senang ini berbeza-beza mengikut individu. Maka cari dan usahalah untuk cari sepertimana yang kita rasa cenderung dan senang itu. Bukannya tunggu. Tiada apa yang akan datang kepada kita secara tiba-tiba. Semuanya usaha. Sebab mencari jodoh tergolong di dalam takdir yang boleh dipilih. Takdir yang Allah beri kepada kita kebebasan untuk ikhtiyar.

Nabi Muhammad bersabda:

Jiwa adalah seperti pasukan yang direkrut: Mereka yang mempunyai sifat cenderung antara satu sama lain, tetapi mereka yang mempunyai kualiti yang lain-lain, berbeza. (Hadis riwayat Bukhari, Bab 60, Hadis nombor 11)

Maksud mudah hadis ini adalah perumpamaan jiwa dengan masuk satu pasukan yang nak capai satu matlamat yang sama. Di dalamnya, semuanya ada kecenderungan yang sama. Iaitu nak kejar matlamat itu tadi. Namun, kualiti setiap orang itu berbeza. Ada yang begitu, ada yang begini. Tapi, tetap nak kejar satu matlamat.

Sama macam hidup kita dalam mencari jodoh. Nak cari yang serupa habis dengan kita, memang mustahil. Cuma, yang ada kemungkinan itu adalah mencari orang yang sama kecenderungan dengan kita, supaya kita berasa senang dengannya.

Nasihat Mufti Menk

Berbincanglah dengan ibu bapa berkenaan dengan hal ini. Mereka mempunyai banyak hak ke atas kita. Mereka yang paling mengenali kita. Maka, terbukalah dalam berbincang dengan mereka akan hal sebegini.

Carilah pasangan yang ada dua kriteria baik ini: Agama dan akhlak. Bagaimana dia menguruskan agamanya, bagaimana ia berakhlak di hadapan orang.

Macam mana nak bertemu dengan bakal pasangan?

Mufti Menk jawab, tiada istilah dating secara online. Yang ada hanyalah meeting, iaitu pertemuan dengan cara untuk berkenal melalui ibu bapanya (atau perantaraan sesiapa) dan akhirnya ajak untuk kahwin. Pertemuan itu sendiri sudah berniat untuk merisik. Bukan suka-suka nak tengok. Bukan saja-saja nak bertemu. Di situ lagi sudah ada elemen nak kahwin.

Semoga doa meminta jodoh ini dapat memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang baik

Bacaan Doa yang lain

Doa sebelum dan selepas makanDoa Sebelum Tidur dan Bangun Tidur
Doa Qunut NazilahDoa Naik Kenderaan
Doa Masuk dan Keluar TandasDoa Wabak Penyakit
Doa Pagi Ma’thuratDoa Berbuka Puasa
Doa Meminta JodohDoa Kepada Ibubapa
Doa Pembuka dan Penutup MajlisDoa Ketika Melihat Cermin
Doa Ketika HujanDoa Hilangkan Gemuruh
Doa Dipermudahkan BersalinDoa Sembuh Penyakit dan Doa Nabi Ayub
Doa Belajar dan Penerang HatiDoa Abu Darda
Doa Ketika Barang HilangDoa Perlindungan

Rujukan:

  1. Ally, S. (2016). Q&A: Do We Have Soulmates? | Dr. Shabir Ally. Retrieved from Youtube
  2. Is there a concept of “soulmates” in Islam? (2019). Retrieved from Ask A Murabbi
  3. Menk, M. (2019). How to Find a Partner The Halal Way by Mufti Menk #HUDATV. Retrieved from Youtube:
  4. Soulmates in the Quran and Prophetic tradition. (2017). Retrieved from The Muslim Vibe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × four =