Bagaimanakah lafaz doa untuk hilangkan gemuruh? Artikel ini akan membincangkan lafaz doa untuk hilangkan gemuruh bagi teks arab dan juga bacaan rumi untuk memudahkan para pembaca.
Gemuruh itu normal. Semua orang akan berasa gemuruh. Gemuruh yang akan membuatkan kita ‘alert’ dengan sesuatu. Sebab fikiran kita hanya tertumpu pada satu benda yang dirisau-risaukan itu.
Gemuruh ini adalah ketika kita berasa risau dan takut dengan apa yang akan terjadi. Contohnya, sebelum nak masuk interview untuk kerja, mesti kita ada perasaan gemuruh, sebab apa? Sebab kita takut dan risau kot-kot jadi yang buruk-buruk seperti kita gugup nak menjawab soalan, kita terlupa apa yang perlu dibentang dan sebagainya.
Ada banyak cara nak hilangkan perasaan gemuruh. Antaranya adalah doa.
Doa Hilangkan Gemuruh
1. Doa minta tolong
Bacaan Rumi: Ya hayyu ya Qayyum, birahmatikas taghis
Maksudnya: Wahai Tuhan yang Maha Menghidupkan, yang berdiri sendiri tidak memerlukan sesuatu dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan
Doa ini merupakan satu sabda Rasulullah daripada Anas Bin Malik.
Sebelum apa-apa, kita mohon pertolongan daripada Allah terlebih dahulu untuk memudahkan kita supaya semuanya berjalan dengan lancar. Apa jua perkara yang kita nak hadapi selepas itu.
2. Doa permudahkan urusan
Bacaan rumi: Allahumma la sahla illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj ‘alul hazna iza shikta sahla.
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya
Ini merupakan hadis daripada Anas Bin Malik.
Selepas kita memohon pertolongan daripada Allah untuk keseluruhan proses membuat sesuatu yang kita takut-takutkan, maka kita mohon pula Allah permudahkan supaya semuanya tenang dihadapi oleh kita sendiri.
3. Doa Nabi Musa
Bacaan Rumi: Qola Rabishrah li, sodri wayassirli amri, wahlul ‘ukdatam millisani yafqohu qauli.
Nabi Musa pun berdoa: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku
Ini diambil daripada Surah Taha ayat 25-28.
Menurut tafsir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa yang nak menghadapi Firaun, raja yang paling kejam dan tidak mengenali Tuhan selain dirinya sendiri. Nabi Musa sangat nervous untuk hadapi Firaun. Maka, dibacanya baginda ayat di atas.
4. Doa Nabi Yunus
Bacaan Rumi: La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Doa ini terdapat di dalam Surah Al-Anbiya ayat 87.
Banyak riwayat daripada At-Tirmidzi, An-Nasaie, Ahmad dan lain-lain menyampaikan yang Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa membaca doa ini, maka Allah akan kabulkan permintaannya.
Maka mintalah ketenangan jiwa dan kemudahan untuk melakukan apa yang ditumpukan.
5. Memuji kesucian Allah
Daripada Abu Hurairah RA, “Ketika Rasulullah risau tentang sesuatu, baginda akan pandang (dongak) ke langit dan berkata ‘subhanallahil azim’.
Ini adalah sunnah daripada baginda sendiri ketika risaukan sesuatu.
Kalimat ini merupakan antara dua kalimat yang Rasulullah sebutkan ringan di mulut tetapi berat di timbangan amal, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Maka ucapkanlah kalimat ini dengan lazim.
6. Membaca Surah Al-Inshirah
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelapangan hati itu hanya dikurniakan oleh Allah. Maka, bila nak buat sesuatu dan hari pun tidak tenteram, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah. Surah ini mengingatkan kepada kita yang tatkala kesusahan pun adanya kesenangan. Berimanlah dengan ayat Al-Quran. Sedikit sebanyak dapat melegakan kerisauan yang sedia ada.
Cara-cara lain untuk elakkan gemuruh
1. Persediaan yang rapi
Ya, untuk mengurangkan rasa gemuruh, kita perlu 110% yakin dengan latihan dan persediaan kita, barulah kita ada konfiden untuk melakukannya. Konfiden kita akan berkurang apabila dalam latihan sendiri terdapat banyak cacat cela.
Sebab itu, harus disempurnakan dulu latihan itu. Supaya, persediaannya akan jadi mantap. Barulah hati kita lega dan bersedia nak buat apa yang kita tumpukan itu nanti.
2. Kawal pernafasan
Jantung kita akan berdegup dengan kencang bila kita dah mula rasa gemuruh. Maka, perlahankan pernafasan kita. Sedut perlahan-lahan ikut hidup, dan perlahan-lahan juga hembuskan ikut mulut. Supaya degupan jantung itu dapat dioptimumkan.
3. Fikir positif
Berfikir yang baik-baik akan melahirkan perasaan yang optimistik dengan masa depan. Apabila terlalu fikir-fikirkan yang buruk bakal terjadi, maka susah untuk kita tumpukan perhatian kita sepenuhnya kepada apa yang kita nak hadapi itu nanti. Ia bahkan akan menambahkan lagi rasa gemuruh.
Fikir yang baik-baik. Kalau kita gagal pun nanti, fikirlah yang ini proses belajar. Belajar suatu ilmu itu kewajipan kita semua. Maka, kita berjaya nanti, alhamdulillah. Kita gagal pun, kita belajar. Dua-dua positif. Jangan merasakan kegagalan itu satu perkara yang memalukan. Ia yang membuatkan kita belajar. Itulah satu nilai yang baik.
Bacaan Doa yang lain
Rujukan:
- 9 Cara Mengawal dan Menghilangkan Perasaan Gemuruh. (2016). Retrieved from infopelajar2u
- Antara Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Menghilangkan Gemuruh. (2019). Retrieved from TZKRH
- Dahsyatnya Doa Nabi Yunus Bagi Siapa Pun yang Membacanya. (2019). Retrieved from republika
- Doa untuk temuduga, hilangkan perasaan ketika gemuruh . (2019). Retrieved from kashoorga
- Duas for anxiety. (n.d.). Retrieved from tiffinandteaofficial.com
- Fadhilat Surah Al Insyirah Jika Diamalkan. MashaAllah. (2020). Retrieved from mediaislamik
- Keutamaan Membaca Zikir “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”. (2020). Retrieved from kompasiana
- Nervous. (n.d.). Retrieved from Merriam-Webster
- Tafsir Surah Al-Insyirah – Ayat Pertama. (2017). Retrieved from uito.org
- Tafsir Surah Taha ayat 25-28. (2014). Retrieved from abubasyer