Skip to content

7 Doa Mohon Zuriat (Panduan Lengkap)

doa mohon zuriat

Apakah doa mohon zuriat dan cara untuk mendapatkan zuriat? Artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang doa-doa yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga serta tips yang berkesan untuk memperoleh zuriat.

Perkahwinan untuk menghalalkan pasangan mendapat anak

Setiap perkahwinan yang berlangsung antara seorang lelaki dan perempuan itu pastinya mempunyai tujuan yang amat baik sekali. Bahkan Profesor Muhammad Abu Zuhrah pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu kontrak yang menghalalkan pergaulan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang boleh menolong antara satu sama lain serta menentukan hak dan kewajipan masing-masing.

Al-Shaikh al-Sharbini al-Khatib pula menyatakan perkahwinan sebagai kontrak (akad) yang mengharuskan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah (tazwij) atau terjemahannya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Maka jelaslah perkahwinan memang mempunyai rasionaliti dengan tujuan yang suci dan baik. Tujuan utama dalam sesebuah perkahwinan tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan zuriat. Seseorang itu boleh bergelar suami dan isteri selepas selesai akad nikah. Namun masih belum mendapatkan gelaran ibu bapa sebelum memperoleh anak atau cahaya mata.

Anak adalah pelengkap kepada pasangan suami isteri. Walaupun begitu ia masih rezeki yang diaturkan oleh Allah SWT. Ada pasangan yang lama sudah berkahwin bertahun-tahun tetapi masih belum dikurniakan lagi cahaya mata. Ada yang baru beberapa hari naik pelamin, tanda-tanda kehamilan itu sudah pun nampak. Semuanya berbalik kepada rezeki. Tetapi kita sebagai manusia sudah semestinya mestilah berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

Doa Mohon Zuriat

Doa-doa yang dikongsikan ini insha Allah boleh menjadi ikhtiar untuk mendapatkan zuriat

1. Doa Nabi Zakaria AS

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)

2. Doa Nabi Zakaria AS

وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – (Surah Anbiya, ayat 89)

3. Doa Nabi Ibrahim AS

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – (Surah Saaffat, ayat 100)

Artikel Berkaitan: Doa Nabi Ibrahim

4. Doa Nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)

5. Surah Al-Furqan, ayat 74

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)

6. Zikir Al-Musowwir

Zikir “al-musowwir” yang bermakna Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk adalah salah satu dari 99 nama-nama Allah yang diambil dari ayat Al-Quran. Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya setiap hari. Ia adalah doa mohon zuriat untuk mempercepatkan isteri untuk hamil.

7. Surah Maryam

Surah Maryam yang mengandungi 98 ayat dan merupakan surah ke sembilan belas dalam turutan surah Al-Quran. Ia diyakini mampu untuk membantu pasangan memperoleh zuriat dengan segera.

Tips untuk mendapatkan zuriat

Selain berdoa, terdapat cara lain yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk cepat hamil dan memperoleh zuriat. Antara tips yang boleh dilakukan adalah seperti:

1. Dapatkan nasihat doktor

Wanita yang sukar untuk hamil mungkin mempunyai masalah sama ada diri atau pasangannya dari segi kesihatan. Oleh itu, kita sewajarnya mendapatkan nasihat daripada doktor yang lebih arif dan pakar dalam bidang tersebut untuk mendapatkan nasihat.

Biasanya, pasangan akan diminta untuk melakukan ujian bagi menilai tahap kesuburan dan kesihatan diri.

2. Ambil asid folik

Pengambilan asid folik yang konsisten selama beberapa bulan sebelum hamil dipercayai mampu untuk meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Bukan bagi isteri sahaja tetapi suami juga akan dapat manfaatnya.

Ianya dapat mengelakkan kecacatan kromosom pada sperma dan membantu mematangkan telur ovum.

3. Amalkan makan kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Kerana khasiat dan nutrisi yang ada padanya, buah kurma ini bantu untuk meningkatlan tahap kesuburan dan kesihatan wanita secara lengkap.

4. Lakukan hubungan intim pada waktu subur

Faktor penting dalam menentukan potensi terbaik untuk hamil adalah waktu hubungan intim berlaku. Suami dan isteri mesti peka dengan waktu subur masing-masing. Boleh juga untuk dapatkan nasihat daripada doktor tentang waktu ovulasi, kitaran haid, dan sebagainya.

5. Elakkan tekanan dan sentiasa positif

Tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan “bila nak ada anak” itu memang normal. Tetapi sebagai pasangan, anda sendiri yang tahu dan menghadapinya bersama. Jadi tidak perlu terlalu stress dan pastikan sentiasa ada aura positif dalam rumah tangga.

6. Amalkan gaya hidup sihat

Pasangan suami isteri haruslah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dalam aktiviti seharian seperti melakukan aktiviti fizikal, bersenam, dan jaga pemakanan. Hal ini kerana, masalah berat badan berlebihan dan obesiti cenderung menjadi punca kepada gangguan kesuburan yang merencatkan lagi proses terhasilnya anak.

Diharapakan artikel berkenaan dengan doa mohon zuriat dan cara dapatkan anak ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna untuk merungkai masalah cahaya mata dalam rumah tangga. Anak adalah anugerah pemberian Allah tetapi anak bukan segala-galanya dalam sebuah perkahwinan. Jangan pernah berputus asa dengan kehendak dan rahmat Nya.

Bacaan Doa yang lain

Doa Ketika Ziarah KuburDoa Lembutkan Hati
Doa Masuk dan Keluar MasjidDoa Tolak Bala
Doa Dipermudahkan UrusanDoa Untuk Pengantin Baru
Doa Masuk dan Keluar RumahDoa Khatam Al-quran
Doa Mudah TidurDoa Ketika Sedih
Doa PengasihDoa Ketika Mimpi Buruk
Doa Agar Dicintai AllahDoa Ketika Lupa
Doa Majlis PerkahwinanDoa Penenang Hati
Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =