Skip to content

Hukum Solat Dengan Bulu Kucing. Boleh atau Tidak?

hukum solat dengan bulu kucing

Apakah hukum solat dengan bulu kucing? Adakah ia dibolehkan atau tidak kerana ada yang mengatakan bulu kucing itu najis? Artikel ini akan membincangkan perkara ini dengan mudah untuk anda faham

Solatlah seperti aku solat

Rasulullah bersabda, “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam ibadah khusus seperti solat, kita memerlukan bukti yang khusus untuk beramal juga. Kita tidak boleh suka-suka hati mengamalkan apa yang kita rasa senang. Takut nanti akan terjatuh ke dalam bidaah. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yang bukan daripada urusan (agama) kami maka ianya tertolak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita harus terhindar dulu daripada sebarang najis sebelum kita mahu menunaikan solat. Dalam fiqh kita ada taharah, iaitu penyucian. Kita diajarkan wuduk, mandi, basuh daripada najis dan sebagainya. Maka, itulah ketetapan dalam ibadah khusus, kita wajib ikut. Jangan tambah, jangan kurang. Buat dengan tepat. Dengan adil.

Akhlak dengan kucing

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis, “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (Hadis riwayat Ahmad)

Setiap apa yang Rasulullah lakukan, pasti menjadi contoh buat kita orang Islam. Yang paling penting, apa yang Rasulullah pamerkan itu semestinya perkara yang baik, indah dan untuk kemaslahatan kita semua. Itulah kerana kita menyebut syahada kedua kita iaitu Rasulullah sebagai pesuruh Allah. Kita percaya bahawa baginda pesuruh Allah, baginda akan melaksanakan apa yang Allah suruh, sekaligus baginda akan mempamerkan ajaran Islam dengan cara yang sangat universal dan baik.

Rasulullah berinteraksi dengan ahli keluarganya sangat baik dan universal. Bukan sekadar orang Islam sahaja dapat belajar, tetapi orang yang bukan Islam pun. Orang yang bukan Islam tidak boleh menafikan kebaikan dan moral yang ditunjukkan Rasulullah. Sangat indah.

Rasulullah juga berkelakuan baik terhadap haiwan-haiwan. Terutamanya, kucing. Baginda sangat sayangkan kucing. Baginda bahkan membawa kucing masuk ke dalam rumah. Rasulullah pernah mempunyai seekor kucing yang diberi nama Muezza. Satu hari, Muezza tidur di atas jubah Rasulullah. Disebabkan tidak mahu mengganggu Muezza tidur, Rasulullah memotong bahagian jubah yang ditidur oleh Muezza, iaitu bahagian lengan. Rasulullah menjaga Muezza dengan penuh kasih sayang.

Adakah kucing itu bersih? Ya, bersih. Rasulullah pernah berkata perihal ini. Kucing itu bukan najis. Sekiranya kita mengambil wuduk dengan air yang diminum oleh kucing, wuduk kita tetap sah.

Dulu, ada seorang sahabat Rasulullah yang diberi nama Abu Hurairah, maknanya bapa kucing kerana sayangnya beliau terhadap kucing. Abu Hurairah ini merupakan antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau juga pernah mendengar Rasulullah bersabda yang ada orang yang masuk neraka kerana tidak memberi makan dan minum kepada kucing. (Riwayat Bukhari)

Islam sangat mengajarkan kepada kita untuk menjaga kucing. Jaga makan dan minumnya. Berikan kepadanya kebebasan untuk bergerak meskipun di dalam rumah.

Al-Sakhawi dalam Al-Maqasid Al-Hasanah mengatakan, “Kasih sayang terhadap kucing ialah sebahagian daripada iman.

Bolehkah kita menjual dan membeli kucing? Mengikut ulama kontemporari, boleh untuk membeli dan menjual kucing untuk tujuan kebaikan. Bukan keburukan. Kalau membeli untuk dimakan, itu haram. Tetapi, kalau membeli kucing untuk dijaga, disayang dan sebagainya. Itu harus hukumnya. Tidak ada masalah.

Kebaikan membela kucing

  1. Dapat mengurangkan stres dan kerisauan (anxiety). Kajian menunjukkan bunyi kucing dapat menurunkan tekanan darah menenangkan sistem saraf anda.
  2. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular kita. Menurut kajian, ramai tuan kucing dilaporkan terhindar daripada risiko sakit jantung dan strok.
  3. Menjauhkan kita daripada alahan. Kanak-kanak yang bergelumang dengan kucing sejak kecil dilaporkan dapat meningkatkan sistem imuniti badan sekaligus menjauhkannya daripada sebarang alahan.
  4. Mengelakkan kita daripada perasaan keseorangan. Kucing bukan saja dapat menghiburkan hati kita dengan kecomelannya, akan tetapi ia juga dapat menemani kita lalu memberikan kita kasih sayang dengan manjanya. Hal itu membahagiakan kita.

Cara menjaga kucing

  1. Kotak sampah khas untuk kucing. Kotak sampah ini boleh didapati daripada kedai haiwan. Ia sangat bagus untuk mengawal bau kucing melepaskan najis dan sebagainya.
  2. Solek (grooming) kucing secara konsisten.
  3. Tiang cakar. Kucing bila ia nampak sesuatu yang menarik, ia ada kecenderungan untuk mencakar apa saja termasuklah sofa dan sebagainya. Jadi, adalah lebih baik untuk ada tiang cakap untuk ia mencakar dan menggaru badannya.
  4. Diet yang seimbang. Macam manusia, jangan terlebih makan sampai jadi obesiti dan jangan kurang sangat pula. Sedang-sedang seperti manusia yang perlu mengambil kalori yang cukup untuk kelangsungan hidup dan kesihatan yang baik.
  5. Persekitaran yang selamat dan selesa.

Hukum solat dengan bulu kucing

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, Nasai’e, Ibnu Majah)

Majoriti ulama termasuklah mazhab kita berpandangan bekas kucing itu tidak mengapa. Maka, sahlah sembahyang kita jika terdapatnya bulu kucing.

Kesimpulan

Hukum sembahyang/solat dengan bulu kucing adalah sah. Tidak ada masalah kerana kucing itu bersih sepertimana sabda Rasulullah.

Hukum-hukum yang lain:

Hukum Mimpi Basah Ketika PuasaHukum Keluar Air Mazi Ketika Puasa
Hukum Wanita Haid Masuk MasjidHukum Minum Air Mani
Hukum Baca Al-quran Tanpa WudhukHukum Baca Doa Iftitah dalam Solat
Hukum Solat dengan Bulu KucingHukum Baca Al-quran Tanpa Tajwid
Hukum Khitan WanitaHukum Menjilat Kemaluan Isteri atau Suami

Rujukan

  1. Sunnah Blessings if Cats in Islam – Halal Zilla
  2. Berakhlaklah seperti akhlak Allah – Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Love of cats a sign of faith in Islam – Daily Sabah
  4. Is it Permitted to Buy and Sell Cats in Islam – Islamiqate
  5. Jows of owning a cat – Help Guide
  6. Hukum Bulu kucing yang Tertinggal – Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + nine =