Apakah hukum menjilat kemaluan isteri atau suami? Artikel ini akan membincangkan hukum menjilat kemaluan pasangan dengan mudah dan ringkas bagi anda
Pengenalan
Seks adalah lumrah bagi pasangan lelaki dan perempuan. Seks itu halal ketika sepasang suami isteri mengangkat nikah. Kerana, akad nikah itu sendiri menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Sesiapa yang melakukan seks di luar perkahwinan, maka seks itu dikira zina. Sama ada sudah berkahwin atau belum berkahwin. Bila ia dilakukan kepada mereka yang bukan pasangan kita secara sah, maka itu zina namanya.
Seks perlu untuk kelangsungan keturunan. Ia juga memberi manfaat pada emosi dan fizikal kita. Ia juga meningkatkan mood kita. Tetapi, ia juga boleh disertai dengan keburukan. Seks boleh membawa penyakit seperti HIV dan STD. Seks hendaklah berlaku dengan cara yang sihat dan halal.
Dalam al-Quran, ada ayat-ayat yang berbicara tentang seks. Contohnya, Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 222,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan akan had untuk berjimak dengan isteri. Haram untuk berjimak dengan mereka ketika mana mereka sedang mengalami haid. Ia tidak sihat untuk suami dan isteri itu sendiri. Haid itu darah kotor. Ketika seks dilakukan, maka banyaklah darah kotor yang akan tercalit pada diri mereka.
Darah yang kotor akan mendedahkan diri terjangkit dengan apa-apa penyakit. Hal ini dibuktikan sendiri melalui kajian sains moden. Seks ketika haid itu tidak boleh. Tidak sihat.
Allah berfirman dalam ayat seterusnya,
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”
Dalam ayat ini menceritakan bahawa isteri merupakan ladang kepada suami untuk menanam benih. Maknanya, untuk melahirkan zuriat. Maka, gaulilah isteri dengan cara yang baik melainkan masa-masa yang tidak dibenarkan seperti haid dan sebagainya.
Tentang halal melakukan seks, Allah berfirman dalam Surah Al-Mu’minun ayat 5-7,
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”
Orang yang halal melakukan seks hanyalah orang yang sah digelar suami isteri dari sudut syarak sahaja. Luar daripada itu, haram.
Adab-adab seks bersama pasangan dalam Islam
1. Makruh tengok alat sulit pasangan ketika seks
Ini tidaklah disepakati oleh semua ulama. Mazhab lain selain mazhab Syafie mengatakan harus. Mazhab Syafie sahaja yang memakruhkan perbuatan ini walaupun terdapat sebahagian daripada mereka mengharuskan.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa al-Mua’sarah mengatakaan bahawa hukum melihat alat sulit pasangan ketika seks adalah harus kerana semua hadis yang melarang itu dhaif menurut beliau.
2. Haram untuk mendatangi isteri melalui duburnya
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.” (Riwayat an-Nasaie)
Melalui hadis ini, adalah tidak boleh untuk suami menyetubuhi isterinya melalu dubur. Ini sepakat. Menurut kajian sains moden hari ini pun memang ada menunjukkan bahawa tidak sihat untuk berbuat demikian.
Hukum Menjilat Kemaluan
Dalam bahasa yang popular disebut sebagai oral sex. Iaitu bergurau-gurau bersama pasangan (foreplay) dengan cara menjilat kemaluan dan seangkatan dengannya. Umumnya ia dibolehkan tetapi amat dikeji perbuatan sedemikian. Ia boleh kerana tidak ada dalil yang secara langsung dan spesifik melarang hal seperti itu.
Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Yang ada hanyalah dalil yang umum. Dalam Islam, kita digalakkan untuk bersenda bersama pasangan untuk menaikkan syahwat melakukan seks. Bersenda inilah boleh termasuk sekali menjilat kemaluan dan sebagainya.
Bekas mufti Mesir, Sheikh Ali Jum’ah juga mengatakan perkara yang sama. Ia dibolehkah untuk menjilat kemaluan asalkan ia dapat mencapai kepuasan seksual.
Kesimpulan
Menjilat kemaluan itu harus kerana ia termasuk dalam prinsip bersenda dengan pasangan yang sah (foreplay) sebelum seks. Ada ulama yang mengatakan ia perbuatan yang dibenci. Namun, umumnya mengatakan ia boleh.
Hukum-hukum yang lain:
Rujukan
- Sex Pleasure and Sexual Dysfunction – Planned Parenthood
- Antara adab Berasmara Suami Isteri – Mufti Wilayah Persekutuan
- Oral Sex and Islam – Rabaah