Skip to content

Cara Buka Akaun ASB Secara Online atau di Kaunter

cara buka akaun asb

Bagaimanakah cara untuk buka akaun ASB? Artikel ini menjelaskan cara untuk membuka akaun ASB secara lengkap untuk memudahkan anda

Apa itu Amanah Saham Bumiputera(ASB)?

Anda mesti pernah mendengar mengenai ASB ini. Tapi apa sebenarnya ASB? ASB adalah singkatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), dilancarkan oleh Amanah Saham Nasiaonal Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif.

Simpanan alternatif ASB boleh menjana pulangan/keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten. ASB dibuka untuk harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu seunit dana berharga RM1.00.

Selain dividen tahunan tidak pernah jatuh daripada 5%, pelabur yang melabur di dalam ASB boleh mengeluarkan wang pelaburan pada bila-bila masa tanpa yuran atau caj tambahan. Dividen ASB juga diagihkan secara tahunan tetapi dihitung secara bulanan berdasarkan jumlah minimum bulan tersebut.

Jadi bagaimana cara buka akaun ASB?

Terdapat 2 cara untuk membuat akaun ASB iaitu secara online ataupun pergi ditempat yang boleh membuka akaun ASB. Kami akan terangkan kedua-duanya sekali.

Buka akaun ASB secara online

Kalau dulu anda perlu ke mana-mana kaunter ASB atau kaunter bank untuk membuka akaun ASB. Tetapi kini anda tidak perlu untuk berkunjung kepada kaunter-kaunter tersebut jika tidak perlu. Kami akan menerangkan dengan terperinci bagaimana anda boleh membuka akaun tersebut\

1. Muat Turun Aplikasi myASNB

Anda boleh dapati ia dalam google play store ataupun apple app store

2. Buka aplikasi MyASNB

Tekan pada butang ‘Sign up’ untuk membuka akaun yang baru

3. Isikan Maklumat kad pengenalan dan No Telefon anda

Anda juga dikehendaki untuk menyediakan Kad Pengenalan anda

4. Verfikasi telefon

Masukkan nombor OTP daripada mesej untuk memverifikasi nombor telefon anda

5. Isikan Butiran diri anda dengan lengkap

6. Masukkan duit pelaburan anda

Anda boleh masukkan duit pelaburan serendah RM 10

Buka akaun ASB di Kaunter

Terdapat 3 tempat atau kaunter di mana anda boleh membuka akaun ASB iaitu

1. Kaunter ASB

Terdapat 2 jenis akaun ASB berdasarkan umur anda. Akaun tersebut adalah:

Akaun ASB Dewasa

Sekiranya anda berumur 18 tahun dan keatas dan memilih untuk membuka akaun di kaunter ASB, anda hanya perlu:

  1. Mengunjungi mana-mana cawangan ASNB untuk mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF).
  2. Bawa borang ini ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah. Jangan lupa membawa kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang ingin dilaburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang kita pilih. Pelaburan untuk setiap tabung unit amanah ini adalah serendah RM10 sahaja.
  3. Fotostat borang ASNB DF ini sebelum anda menghantar ke cawangan atau ejen ASNB dan membuat salinan untuk kad pengenalan anda.
  4. Ambil nombor giliran, dan apabila tiba giliran anda, serahkan Borang Pendaftaran ASNB DF, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan. Wang tersebut akan didepositkan dan diproses untuk pembukaan akaun ASB.
  5. Hanya RM200,000 sahaja boleh dilaburkan, bersamaan dengan 200,000 unit untuk sesebuah akaun.

Akaun ASB Remaja/Bijak

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut dan buat satu salinan.
  2. Sertakan kad pengenalan pemohon (anak anda) dan jika anak anda belum mempunyai kad pengenalan, bawa sijil kelahirannya dan juga salinannya. Sertakan juga kad pengenalan anda sebagai Penjaga Berdaftar dan sertakan salinannya bersama.
  3. Sertakan wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  4. Ambil nombor giliran, serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda.
  5. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

2. Pejabat Pos

Pejabat Pos di Malaysia merupakan ejen yang sah kepada ASNB. Kita boleh mendapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia dan ianya lebih mudah dan dekat dengan rumah kita.

Cara-cara membukanya adalah sama seperti jika kita membuka akaun di kaunter ASB. Anda hanya perlu membawa dokumen yang diperlukan; Borang Pendaftaran DF dan kad pengenalan anda beserta salinannya ke mana-mana pejabat pos berdekatan anda dan akaun anda akan siap dibuka.

3. Bank Yang Terpilih

Ada beberapa bank yang terpilih di Malaysia yang menjadi ejen sah ASB. Antaranya ialah Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, CIMB Islamic, RHB, RHB Islamic Bank, Alliance Bank, Alliance Islamic, Affin Bank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, POS Malaysia, Bank Islam, Affin Islamic. Cara-caranya ialah:

  1. Pergi ke mana-mana bank yang berdaftar sebagai ejen ASNB seperti yang terkandung dalam senarai di atas dan dapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF.
  2. Anda akan diberi pilihan daripada pihak bank untuk melabur:
  3. menggunakan simpanan sendiri; ataupun
  4. membuat pinjaman daripada bank tersebut untuk membuat pelaburan. Jika kita memilih untuk membuat pinjaman, syarat yang dikenakan ialah pembayaran perlu dibuat secara bulanan.
  5. Isi borang tersebut dan buat salinan pada borang tersebut serta salinan untuk kad pengenalan anda.
  6. Bawa borang tersebut ke bank dan jangan lupa untuk membawa sekali kad pengenalan anda dan juga jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  7. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.
  8. Ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan.
  9. Wang tersebut akan didepositkan dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Kesimpulan

Kini, ASB menyediakan perkhidmatan atas talian (online) untuk pengguna yang sudah berdaftar dengan ASB. Tiada pendaftaran online buat masa kini di portal ASNB. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  1. Pertanyaan butiran pegangan semasa;
  2. Menyemak dan melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari;
  3. Pelaburan tambahan; dan
  4. Kemaskini maklumat peribadi.

Salah satu kelebihan apabila kita melabur adalah untuk pembiayaan masa hadapan. Dengan melabur, kita menyimpan duit kita untuk digandakan dan boleh dijadikan sumber pendapatan serta menangani kenaikan inflasi. Terdapat banyak platform untuk kita melabur, dan ASB adalah salah satunya.

Tuntutlah ilmu jika kita tidak yakin dengan ilmu pelaburan, dan melaburlah dengan bijak. ASB menyediakan pendidikan untuk pelaburan kepada masyarakat awam yang baru berjinak dengan pelaburan.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuhlah melabur dengan ASB.

Artikel Berkaitan: Hukum Labur ASB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 19 =