Sujud Syukur dilakukan untuk Allah ketika mana kita dapat nikmat-nikmat tertentu. Dalam nak mengekpreskan rasa syukur itu, maka sujud adalah antara amalan yang boleh dilakukan.
Semua nikmat yang kita dapat, semuanya datang daripada Allah semata-mata. Allah berfirman dalam Surah Surah An-Nahl ayat 53:
“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”
Dalam mazhab kita, mazhab Syafie, disunatkan[i] untuk melakukan sujud syukur dalam keadaan kita menerimaa apa-apa kurniaan nikmat yang tertentu, misalnya anak kita baru lepas dilahirkan dengan baik, kita dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kita terselamat daripada bencana dan lain-lain.
Selain daripada ucapkan kalimah alhamdulillah, sunat untuk lakukan sujud syukur.
Dari Abu Bakrah meriwayatkan:
“Setiap kali Nabi berasa senang dengan suatu perkara atau diberi khabar gembira dari suatu masalah, baginda akan bersujud sebagai bentuk syukur kepada Allah.”[ii] (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Prof Wahbah Az-Zuhaily juga pernah menjelaskan tentang dalil sujud syukur dalam mazhab Syafie menerusi hadis dari Abdurrahman Bin Auf ini:
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Jibril AS baru saja mendatangiku lalu memberi khabar gembira kepadaku, Jibril berkata, “Allah berfirman: ‘Siapa yang bershalawat untukmu, maka Aku akan memberikan shalawat (ampunan) untuknya. Siapa yang memberikan salam kepadamu, maka Aku akan mengucapkan salam untuknya’. Ketika itu, aku lantas sujud kepada Allah sebagai tanda syukur.” (Hadis riwayat Ahmad)[iii]
Syarat-syarat sujud syukur
Syarat-syarat ini perlulah dilakukan supaya sujud syukur diterima. Syarat-syarat tersebut adalah:
Ini adalah syarat dalam mazhab Syafie.
Cara Sujud Syukur
Cara-cara nak laksana sujud syukur adalah seperti berikut:
- Niat. Niat saja dalam bahasa Melayu tidak mengapa dan perlu diniatkan dalam hati, asalkan kita jelas dengan niat kita yang kita mahu melakukan sujud syukur.
- Takbiratul ihram. Macam awal-awal nak solat. Kita takbir selepas niat. Mengadap kiblat. Berdiri tegak. Macam dalam solat biasa.
- Takbir sekali lagi. Takbir yang kali kedua ini, adalah untuk turun sujud pula. Takbir yang kali yang kedua ini, tak perlu angkat tangan sepertimana takbir yang pertama tadi.
- Turun sujud macam dalam solat. Ketika sujud ini, baca zikir yang selalu dibaca dalam solat. Boleh tambah apa-apa zikir seperti tahmid untuk memuji Allah sebagai tambahan.
- Bagi salam. Lepas habis sujud, kita bangun, duduk antara dua sujud atau tasyahud akhir, dan terus bagi salam, macam dalam solat. Tak perlu baca tahiyat akhir.
Bacaan dalam sujud syukur
Tidak ada bacaan khusus yang dianjurkan daripada Al-Quran dan Sunnah. Ulama berkata, baca saja doa yang sama ketika mana kita baca dalam solat.
1. Sujud dalam solat
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى
Bacaan rumi: Subhana rabbiyal a’la
Maksud: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi
2. Sujud yang tunjukkan Rasulullah menerusi hadis
اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ فَأَحْسَنَ صُورَتَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Bacaan rumi: Allaahumma laka sajadtu wa laka aslamtu wa bika aamantu, sajada wajhi lillazhi khalaqahu wa sawwarahu fa ahsana surotahu wa shaqqa sam’ahu wa basarahu, tabaaraka Allaah ahsan ul-khaaliqeen
Maksudnya: Ya Allah, kepadaMu aku sujud dan kepadaMu aku berserah, dan padaMu aku beriman. Wajahku sujud kepada yang menciptakannya dan membentuknya dan membentuknya dengan baik, dan memunculkan pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Pencipta yang terbaik.
Bacaan yang kedua ini berasal daripada satu hadis Sahih dalam Sunan An-Nasaie. Hadis ini dilaporkan oleh Ali AS. Maka, ayat ini juga boleh dibaca ketika mana kita nak melakukan sujud syukur.
3. Bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ
Bacaan Rumi: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi, wa laa ilaaha illallaah, wallahu akbar
Maksud: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar
Kelebihan ketika baca kalimah ini adalah seperti sabda Rasulullah:
“Lazimkan membaca Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi, wa laa ilaaha illallaah, wallahu akbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)[viii]
Sebab-sebab kenapa kita harus bersyukur kepada Allah
1. Kita tak mampu kira nikmat yang Allah beri
Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri seperti harta, intelek, nyawa, keamanan, kesihatan dan banyak lagi yang perlu kita hayati nikmat yang Allah dah beri lama. Kadang, kita sibuk kejar benda yang kita mahu, sehinggakan kita terlupa dengan nikmat yang kita sudah ada. Kita sibuk kejar kemewahan. Tapi, apakah kecukupan selama ini kita dah lupa? Syukurilah. Allah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 18:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
2. Mendapat keredaan Allah
Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 9, “..dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu..”
Asas kepada semua amalan adalah kesyukuran. Solat itu juga adalah tanda kita bersyukur. Rasulullah dan para sahabat yang telah dijamin syurga pun tetap beribadat dengan bersungguh-sungguh. Sebab apa? Sebab syukur. Apakah manusia seperti kita yang tidak dijamin syurga begitu sombong sekali?
Kelebihan bersyukur
1. Dekat dengan Allah
Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 145:
“Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.”[x]
Allah akan beri pahala, kedudukan (darjat) dan kebaikan kepada mereka yang bersyukur. Tidakkah semua ini merupakan matlamat seorang yang beragama Islam? Apa lagi yang kita mahu melainkan dekat dengan Tuhan?
2. Allah tambah lagi nikmat
Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.”
Siapa yang bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Orang yang bersyukur juga hatiya sentiasa tenang. Walaupun ada dugaan yang tidak baik melanda dia, tetapi syukur dapat meminimumkan semua kesedihan dan kemurungan. Kita perlu latih untuk sentiasa bersyukur. Hati kita akan lebih tenang. Kita akan lebih efisien dalam menyelesaikan masalah. Kita juga akan ditambah nikmat oleh Allah.
Kelebihan Amalan yang lain
Rujukan:
- Sujud Syukur: Adakah Memerlukan Wudhu Menghadap Kiblat – Mufti Wilayah Persekutuan
- Sujud Ash-Shukr: Rulse, regulations and innovations – Madeenah
- Sujud Shukur: Bacaan niat, doa dan waktu yang tepat – Detik
- Al-Majmu’
- Al-Muktamad Fi Fiqh Al-Syafie
- What is to be said in Sujood Al-Shukr(Prostration of gratitude) – Islamiq Info
- The Book of The At-Tatbiq (Clasping One’s Hands Together). (67)Chapter: Another kind – Sunnah.com
- Kelebihan Zikir Subhanallah Walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar – Azhan.com
- 12 reasons for Shukr Thankfullness to Allah – Soundvision
- The Blessings of gratitude and shukr according to quran and sunnah – Quran reading