Skip to content

10 Kelebihan Sedekah yang Anda Perlu Tahu

kelebihan sedekah

Apakah kelebihan sedekah dalam kehidupan seharian? Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda 10 kelebihan sedekah yang anda perlu tahu untuk memudahkan ibadah setiap hari.

Apa itu sedekah?

Sedekah صدق  sebenarnya membawa kepada empat maksud iaitu benar, lurus, orang yag memiliki sifat-sifat terpuji yang sempurna, dan perkara yang diberikan kepada orang fakir kerana Allah. Konsep sedekah bukanlah kepada wang ringgit semata-mata tetapi justeru ia meliputi amal dari segi rohani dan fizikal juga.

Di dalam Al-Quran, perkataan sedekah ada digunakan dalam beberapa ayat: 

خُذْ مِنْ اَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْۗ اِنَّ صَلٰوتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْۗ وَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ

Maksudnya: “Ambillah sebahagian dari harta mereka guna sebagai sedekah (zakat) supaya dengannya, Engkau membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” – (Surah At-Taubah, ayat 103)

1. Menghapuskan dosa dan kesilapan diri

Sedekah diibaratkan seperti air yang berupaya memadamkan api yang marak. Analogi ini bermaksud, manusia yang penuh dengan hina dosa boleh dipadamkan dosa-dosa kecilnya dengan memperbanyakkan bersedekah.

Baginda SAW bersabda yang bermasud: Maksudnya: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” – (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

2. Melipat gandakan kali pahala

Sedekah kita lakukan di dunia akan mengalirkan kebaikan pahalanya sehingga kita meninggal dunia. Pahala infak misalnya akan dapat kita peroleh selagi mana sedekah itu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261: Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipay gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah Nya) lagi Maha Mengetahui.”

3. Mendapat naungan Allah pada hari akhirat kelak

Amalan bersedekah dan memberi sedekah adalah salah satu amalan yang mulia dan menguntungkan bagi setiap umat Islam. Manusia yang sudah meninggal dunia memohon kepada Allah jika dapat kembali ke dunia mereka mahu untuk bersedekah.

Hebatnya pahala bersedekah kerana ia bukan sahaja memberi kelapangan di alam kubur tetapi juga mendapatkan naungan Allah pada hari akhirat kelak. 

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”  – (Hadis Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705)

4. Menambah rezeki dan kekayaan

Banyak orang takut untuk bersedekah kerana takut untuk jatuh miskin atau habis hartanya. Inilah yang sebenarnya ramai orang tidak tahu. Janji Allah kepada mereka yang banyak bersedakah, rezeki mereka akan sentiasa bertambah lagi dan lagi. 

Hal ini kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah SWT semata-mata. Apa sahaja sumber rezeki kita di dunia ini ia hanyalah sekadar asbab seperti pekerjaan atau sebagainya.

Sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

5. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah 

Harta orang yang sedekah tidak akan berkurang sungguhpun dia sentiasa melazimkan diri untuk bersedekah. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”  – (Hadis Riwayat Muslim)

6. Menghindarkan dari segala bala dan bahaya

Terselamatnya kita dari bahaya yang mengancam nyawa misalnya itu semua atas kuasa Allah SWT. Asbab dari itu mungkin disebabkan amal sedekah yang kita lakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” – (Hadis Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

7. Mendidik diri lebih bersyukur

Bersedekah mengajar kita untuk berkongsi rezeki. Untuk bersedekah tidak perlu menunggu kaya dahulu. Sebaliknya bersedekahlah sehingga kita kaya. Dari situ kita akan sedar akan nikmat bersyukur dengan rezeki yang sedikit.

8. Terhindar dari sifat kedekut dan bakhil

Bersedekah banyak mengajar kita untuk tidak kedekut dan terhindar dari bakhil yang boleh menjerumuskan ke dalam api neraka. Kelebihannya, ia mampu untuk mendidik jiwa seseorang itu untuk memupuk rasa berkorban demi orang lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah Hujurat, ayat 10:

Maksudnya: “Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” 

9. Memanjangkan umur

Hadis berkenaan dengan sedekah mampu untuk memanjangkan umur pemberi sedekah dari sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.” – (Hadis Riwayat Thabrani)

Sedekah dikatakan mampu untuk memanjangkan usia seseorang atas izin Allah yang menganugerahkan mereka kesihatan yang baik dan sejahtera.

10. Didoakan oleh malaikat

Abu Huraira RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata:

“Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.” – (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Semoga perkongsian mengenai kelebihan sedekah ini dapat memudahkan umat Islam di luar sana untuk lebih bersamangat dalam memperbanyakkan sedekah sehingga ke hujung nyawa. Harapnya dengan asbab kita bersedekah kita dapat memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Amalan yang lain

Kelebihan IstighfarKelebihan Selawat
Kelebihan SedekahKelebihan Solat Tahajjud
Kelebihan Hari JumaatKelebihan Lailatul Qadar
Kelebihan Puasa Bulan RejabKelebihan Malam Nisfu Syaban
Kelebihan Puasa EnamKelebihan Solat Tarawih
Kelebihan Sujud SyukutKelebihan Membaca Quran

Rujukan:

  1. Pengertian & Maksud Sedekah Dalam Islam. Perkim Datuk Keramat
  2. 25 Kelebihan Sedekah Semua Wajib Tahu. Bidadari.my
  3. 40 Hadis Kelebihan Zakat & Sedekah, Syeikh Yusuf An-Nabhani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 3 =