Skip to content

Zaid Bin Haritsah: Biodata dan Kisah Hidupnya

zaid bin haritsah

Siapakah Zaid Bin Haritsah? Artikel ini akan menerangkan kisah hidup sahabat nabi ini dan sirah ketika zaman nabi.

Siapakah Zaid Bin Haritsah?

Zaid bin Haritsah adalah salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang merupakan seorang panglima perang pada Perang Mut’ah. Beliau datang dari sebuah kabilah yang bernama Kabilah Kalb yang berasal dari bahagian utara Jazirah Arab.

Pada masa kecilnya, beliau diculik oleh sekumpulan orang-orang jahat lalu mereka menjualnya sebagai seorang hamba. Datanglah seseorang yang mahu membeli Zaid, dia bernama Hukaim bin Hisyam dan merupakan anak saudaranya istri baginda Rasulullah SAW iaitu khadijah.

Khadijah memberikan Zaid kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW pun memerdekakannya dan mengangkatnya sebagai anak angkat. Pada saat itu Rasulullah SAW belum dilantik untuk menjadi Nabi dan baginda masih baru menikah dengan Khadijah. Zaid termasuk salah seorang dari mereka yang awal memeluk agama Islam.

Nama dan Salasilah Keluarga Zaid Bin Haritsah

Nama lengkap beliau adalah Zaid bin Haritsah Al-Ka’bi. Zaid merupakan anak lelaki Haritsah dan Su’da binti Tsalabah dan berasal dari Kabilah Kalb yang terletak di bahagian utara jazirah Arab.

Lahirnya Zaid Bin Haritsah

Zaid bin Haritsah dilahirkan di sebuah tempat bernama Najd yang terletak di Arab Saudi pada tahun ke 576 M

Zaid Bin Haritsah Salah Seorang Terawal Memeluk Agama Islam

Zaid termasuk salah satu dari orang-orang yang awal memeluk agama islam. Beliau dimerdekakan oleh Rasulullah SAW dan diangkat menjadi angkatnya sebelum beliau dilantik untuk menjadi seorang Nabi, oleh sebab itulah Zaid menjadi salah seorang yang awal sekali memeluk agama Islam.

Kisah Peperangan Mut’ah yang Dipimpin oleh Zaid

Perang ini terjadi pada tahun 629 M atau pada 5 Jumadil Awwal 8 Hijrah. Perang ini terjadi di suatu tempat yang berdekatan dengan sebuah perkampungan yang bernama Mu’tah yang terletak di bahagian timur sungai Yordan dan Al Karak. Pertempuran ini adalah pertempuran antara pasuk kaum Muslimin dan pasukan Kekaisaran Romawi Timur atau disebut sebagai Bashra

Selepas terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW mula mengirimkan surat-surat untuk mengajak para penguasa negara yang berjiran dengan jazirah arab untuk memeluk agama Islam dan termasuklah di antaranya itu Raja Romawi yang bernama Heraklius. Rasulullah memberikan tugas kepada Al-Harits bin Umair untuk menghantarkan surat dakwah kepada Gabenor Syam di daerah Iraq yang bernama Harits bin Abi Syamr Al Ghassani. Dia baru sahaja diangkat oleh kekaisara Romawi untuk menjadi gabenor di sana. Ketika Al Harits bin Umair dalam perjalanan menuju ke sana, beliau telah ditahan dan dibunuh dan tempatnya itu berdekatan dengan daerah yang bernama Mu’tah.

Beliau dibunuh oleh seorang yang bernama Syurahbil bin Amr al Ghassani yang merupakan pemimpin dari suku Ghassaniyah. Pada tahun yang sama, juga terjadi pembunuhan utusan yang telah diutus oleh Rasulullah untuk mengirimkan dakwah. Utusan ini diutuskan oleh Rasulullah SAW kepada Bani Sulaiman dan Dhat Al Talh yang berada di sekitar Negeri Syam di bagian Iraq juga. Sebelum ini belum pernah ada utusan Rasulullah SAW yang dibunuh melainkan di tempat itu. Mengikut tradisi yang dulu, seorang utusan tidak boleh dibunuh.

Rasulullah SAW menghantar pasukan Islam sebesar 3000 orang untuk menuntut bela atas kematian para utusan yang telah diutusnya. Rasulullah menunjuk 3 orang untuk menjadi komando perang, mereka adalah Ja’far bin Abi Thalib, Zaid dan juga seorang penyair Rasulullah SAW yang bernama Abdullah bin Rawahah. Mendengar berita itu, Heraklius mempersiapkan tentaranya sebesar 100 ribu orang untuk menghadapi pasukan kaum muslimin. 

Zaid adalah panglima pertama yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW untuk memimpin pasukan muslimin dan membawa panji Islam pada saat peperangan itu. Singkat cerita beliau pun tewas dan akhirnya diganti oleh Ja’far bin Abi Thalib. Namun setelah itu beliau juga tewas dan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah. Tidak lama selepas itu beliau juga syahid di medan perang dan pada akhirnya panji Islam dipegang oleh Khalid bin Walid. Dengan kepandaian beliau dalam mengatur strategi peperangan, akhirnya kemenangan beli peroleh dan berjaya mengalahkan pasukan Romawi.

Wafatnya Zaid Bin Haritsah

Beliau wafat sebagai seorang syahid ketika terjadinya perang Mu’tah pada tahun 8 Hijrah. Beliau merupakan salah seorang pemimpin perang yang dilantik oleh Rasulullah untuk memimpin 3000 orang pasukan kaum Muslimin memerangi pasukan Romawi.

Dalil Yang Berkaitan Dengan Zaid

Pada waktu ketika Rasulullah mengangkat Zaid sebagai anak angkat, seluruh penduduk mekah menganggap Zaid sebagai anaknya Rasulullah SAW dan menamakannya dengan Zaid bin Muhammad. Selepas kejadian itu, Allah SWT menurunkan sebuah ayat dari surah Al-Ahzab ayat ke-40 yang menyindir perbuatan mereka itu. Allah SWT berfirman, 

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Ertinya: “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Oleh kerana itu, Zaid dipanggil semula namanya dengan nama Zaid bin Haritsah.

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul Mutallib

SUMBER RUJUKAN

  1. Zaid Bin Haritsah – Biografi Tokoh Ternama Blogspot
  2. Kisah Zaid Bin Haritsah, Sahabat Nabi yang Diabadikan Dalam Al-Quran – lkgtqsoloraya
  3. Kisah Zaid Bin Haritsah -CNN Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 1 =