Skip to content

Said Bin Zaid: Biodata & Kisah Hidupnya

kisah said bin zaid

Siapakah Said bin Zaid? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk ke dalam syurga.

Siapakah Said bin Zaid?

  1. Said bin Zaid adalah salah satu sahabat yang termasuk bersama dengan 10 orang sahabat yang telah diberikan jaminan oleh Rasulullah SAW bahwa mereka akan dimasukkan kedalam Syurga oleh Allah SWT.
  2. Said bin Zaid juga termasuk orang yang awal sekali menerima Islam sebagai agamanya. Beliau masuk Islam sebelum Rasulullah SAW mula berdakwah di rumahnya Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
  3. Kesemua perang yang diikuti oleh Rasulullah SAW diikuti oleh beliau. Bahkan di perang Yarmuk dan pengepungan Damaskus pun beliau ikut serta.
  4. Said bin Zaid merupakan saudara iparnya Umar bin Al Khattab.
  5. Beliau dikenal sebagai orang yang sangat mustajab doanya.
  6. Beliau juga termasuk sebagai periwayat hadis. Terdapat sebanyak 48 buah hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau.

Nama dan salasilah keluarga Said bin Zaid.

Nama lengkapnya beserta nasabnya adalah, Said bin Zaid bi Amr bin Nufail bin Abdul Uzza Al-Adawi. Beliau berasal dari kabilah yang sama dengan Sayyidina Umar bin Al Khattab.

Said bin Zaid menikah dengan adiknya Umar bin Al Khattab iaitu Fatimah binti Al khattab. Umar bin Al Khattab pula menikahi saudara perempuannya yang bernama Atikah bin Zaid yang sebelumnya merupakan istrinya Abdullah bin Abu Bakar As-Shiddiq. 

Bapanya yang bernama Zaid adalah seorang yang hanif. Dia tidak pernah sujud kepada selain Allah SWT walaupun dia hidupnya di zaman masyarakat jahiliyah dan dia pun tidak pernah tertarik untuk memeluk agama Nasrani. Sebelum bapanya meninggal, dia sempat berdoa, “Ya Allah, jika Engkau memang tidak mentakdirkan aku kebaikan ini (agama Islam), maka janganlah engkau menghalangi anakku (Said) darinya.” Dia tidak tahu perlu ikut siapa, disebabkan pada masa itu  belum ada seorang rasul yang diutus oleh Allah SWT.

Dimana dan tahun ke berapa beliau dilahirkan?

Said bin Zaid telah dilahirkan di kota Mekah pada tahun ke-22 sebelum Rasulullah SAW hijrah ke kota Madinah.

Masuknya Said bin Zaid ke dalam agama Islam.

Said bin Zaid tidak pernah menyembah berhala dan juga tidak pernah memakan sesuatu yang haram sebelum memeluk Islam. Beliau sangat bersemangat dalam mencari agama yang benar dan akhirnya beliau ditakdirkan oleh Allah SWT untuk masuk Islam. 

Masuknya Said bin Zaid ke dalam Islam melalui dakwahnya Abu Bakar As-Shiddiq dan ketika umurnya belum mencapai 20 tahun. Beliau memeluk Islam bersama dengan istrinya Fathimah binti Al Khattab dan beliau juga berjaya mengajak abang iparnya iaitu Umar bin Al Khattab.

Kisah Said dengan doanya yang mustajab

Kisah ini diceritakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim bahwasanya pada suatu hari beliau telah difitnah oleh seorang wanita bernama Arwa sehingga membuatkan beliau dicaci dan dihina oleh orang-orang. Arwa menuduh Said mencuri tanahnya dan mengambil tanah itu sebagai miliknya. Fitnah itu membuatkan Said sedih hinggalah dia berdoa kepada Allah SWT, “Ya Allah, kalau dia berdusta, butakanlah kedua belah matanya dan jadikanlah kuburnya terletak di tanahnya sendiri.”

 Beberapa hari selepas itu, Arwa pun dibutakan penglihatannya oleh Allah SWT berkat doanya Said. Dia pun berjalan sambil meraba-meraba dinding lalu berkata, “Sungguh aku telah tertimpa musibah disebabkan doanya Said bin Zaid.” 

Pada suatu hari ketika dia berjalan di tanahnya dan melewati sebuah sumur, dia pun jatuh ke dalam sumur tersebut dan mati disitu. Pada akhirnya dia pun dikuburkan di sumur itu.

Wafatnya Said

Beliau wafat pada tahun ke-51 H di daerah Aqiq dan kemudian dikuburkan di Madinah. Umurnya pada saat itu 71 tahun lebih.

Hadis tentang Said bin Zaid yang termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin syurga.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Turmudzi bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda tentang 10 orang sahabat yang paling utama dan merekalah para sahabat yang dijamin masuk syurga tanpa perlu dihisab.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ: “أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ، وَطَلْحَةُ فِي الْجَنَّةِ، وَالزُّبَيْرُ فِي الْجَنَّةِ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعْدٌ فِي الْجَنَّةِ، وَسَعِيدٌ فِي الْجَنَّةِ، وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِي الْجَنَّةِ

Dari Abdurrahman bin Auf, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Abu Bakar di surga. Umar di surga. Utsman di surga. Ali di surga. Thalhah (bin Ubaidillah) di surga. Az-Zubair (bin al-Awwam) di surga. Abdurrahman bin Auf di surga. Saad (bin Abil Waqqash) di surga. Said (bin Zaid) di surga. Dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di surga.”

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul Mutallib

Sumber Rujukan

  1. Kisah Sahabat Nabi Said ibn Zaid Tak Pernah Sembah Berhala, doanya makbul – Detik.com
  2. Said ibn Zaid Sosok Sahabat yang doanya mudah terkabul – Rumaysho.com
  3. Kisah Said ibn Zaid bukti Kekuatan di balik doa – cnnindonesia.com
  4. Said ibn Zaid RA – Kisahmuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =