Skip to content

Hukum Hisap Vape

Hukum Hisap Vape

Apakah hukum hisap vape atau rokok elektronik? Artikel ini akan membincangkan hukum hisap vape menurut pandangan Islam.

Pengenalan

Sudah ramai yang mengisap vape zaman sekarang ini lagi-lagi dalam kalangan orang muda. Ramai yang beralasan hisap vape ini bagus sebab membantu perokok untuk berhenti merokok (bahan tembakau). Jadi, nak berhenti rokok, kenalah hisap vape. Perlahan-perlahan berhenti dan tinggalkan. Lebih kurang begitu. Alasan kedua, sebab vape lebih selamat berbanding rokok tembakau. Sebab, tidak ada nikotin dan macam-macam lagi. Betulkah semua ini?

Jawabnya, tidak betul. Pakar kesihatan kata vape tidak membantu perokok untuk berhenti merokok. Tidak langsung. Selain itu, vape juga tidaklah lebih elok berbanding rokok tembakau. Walaupun berbeza dari segi kandungan, tetapi tetap bahaya dan digalakkan untuk hisap langsung.

Masyarakat kita, selalu membanding-banding benda hanya untuk menghalalkan benda negatif yang dia buat. Contohnya, kenapa hisap vape? Sebab vape lebih selamat berbanding rokok. Itu bukan sebab yang kukuh. Itu falasi yang sungguh melucukan. Kita bukan nak tahu vape itu lebih selamat atau tidak, kita hanya nak tahu, adakah ia selamat? Tanpa membandingkan ia dengan apa-apa, apakah ia selamat sama sekali? Vape itu hakikatnya, adakah ia selamat?

Kalau kita nak tinggalkan merokok, tinggalkan saja terus. Tidak perlu hisap vape dulu dan sebagainya. Itu hanya berpindah, bukan berhenti. Berpindah daripada merokok kepada hisap vape. Itu sahaja. Bukannya berhenti. Kalau nak berhenti, berhenti saja tanpa memerlukan perantaraan vape dan lain-lain. Jangan gunakan alasan “nak berhenti” untuk menghalalkan vape. Itu falasi. Itu mencari-cari alasan.

Apa itu vape?

Sebenarnya, vape itu berbeza dengan rokok elektronik. Rokok elektronik itu ada nikotin, manakala vape pula tidak ada nikotin. Dalam vape ada kandungan seperti berikut:

  1. Propylene Glycol

Bahan ini boleh bagi iritasi pada sistem pernafasan lalu menyebabkan asma kepada seseorang. Bahan ini juga sekiranya dipanaskan, ia menghasilkan bahan yang mengeluarkan formaldehid. Formaldehid ini pula boleh menyebabkan kanser. Jumlah penghasilan benda ini bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap Propylene Glycol ini.

  1. Glycerin

Bahan ini hanya selamat digunakan pada sabun, ubat sapu muka dan sebagainya. Tetapi, bila ia dimasukkan ke dalam badan, ia boleh merosakkan organ dalaman.

  1. Bahan perisa dan pewarna

Ini pula boleh membunuh sel-sel dalam badan terutamanya sel paru-paru.

Isu vape

Menurut Sinar Harian, pelajar sekolah hari ini sudah selamba hisap vape secara terbuka. Sungguh berani dalam memaparkan perilaku hisap vape ini. Entah apa yang dibanggakan dengan menghisap vape ini. Bahkan, pelajar sekolah rendah juga tidak terlepas daripada ini. Kononnya, selamat. Itulah persepsi yang diletakkan kepada orang ramai. Vape selamat dan vape tidak memudaratkan. Orang awam pun lebih suka mendengar info daripada penghisap vape berbanding pakar kesihatan sendiri. Itulah yang paling lucu.

Hal-hal kesihatan sebegini, bacalah penulisan pakar, bukannya penghisap vape yang memberi seribu satu alasan untuk menghalalkan vape. Penghisap vape, semestinya dia akan mempertahankan vape. Apakah kita mendengar pula penjelasan daripada pihak yang satu lagi? Dengarlah dan nilailah. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab kerana asap yang dikeluarkan itu akan memberi kesan kepada orang sekeliling juga, bukan hanya kita.

Hukum hisap vape

  1. Fatwa Kebangsaan

Hukum vape adalah haram kerana ia memudaratkan bukan sekadar penghisap tetapi passive smoker iaitu orang yang menyedut asap daripada penghisap sendiri. Surah al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman:

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Kebinasaan itu boleh bermaksud bahaya fizikal dan sebagainya. Selain itu juga, Rasulullah pernah bersabda:

Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan memberi kemudaratan (kepada orang lain).” (Riwayat Imam Ahmad)

Hukum vape dan segala jenis rokok yang lain itu hukumnya sama sahaja kerana dasarnya sama iaitu memudaratkan tubuh badan manusia. Salah satu daripada Maqasid Syariah itu adalah menjaga nyawa, maka vape boleh menyebabkan kemudaratan kepada nyawa. Haramlah ia dihisap kerana bertentangan dengan Maqasid Syariah ini.

2. Fatwa Perak

Haram. Sebabnya, ia memudaratkan tubuh badan meskipun kandungannya tidak sama dengan rokok tembakau, tetapi kesannya sama iaitu bahaya. Kalau hisap vape waktu sedang berpuasa, batallah puasanya.

3. Fatwa Kelantan

Haram kerana ia daripada bahan kandungan yang kotor dan jijik di samping ia membahayakan tubuh manusia.

Kesimpulan

Hukum hisap vape adalah haram kerana ia memudaratkan tubuh badan penghisap dan orang sekeliling.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum Makan Ulat SaguHukum Makan Belangkas
Hukum Makan Ketam NipahHukum Makan Dakwat Sotong
Hukum Main ForexHukum Makan Ketam Nipah
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan TupaiHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas KuburHukum Melabur ASB

Rujukan

  1. Fatwa- e-smaf.islam
  2. Pelajar sekarang selamba hisap vape secara terbuka- Sinar Harian
  3. Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan penggunaan vape dan rokok elektronik- Astro Awani
  4. Fatwa Irsyad: the ruling of electronis cigarettes or vape- muftiwp
  5. Pandangan hukum berkaitan menghisap vape rokok elektrik- mufti perak
  6. Hukum penggunaan rokok elektronik dan vape menurut pandangan Islam- muftikelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 8 =