Skip to content

Ali Bin Abi Thalib: Biodata & Kisah Hidupnya

Ali Bin Abi Thalib

Siapakah Ali bin Abi Thalib? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk ke dalam syurga.

Siapakah Ali Bin Abi Thalib?

  1. Ali bin Abi Thalib adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah SAW.
  2. Ali bin Abi Thalib merupakan khalifah yang ke-4 selepas khalifah Uthman ibnu Affan dan beliau menjabat selama 4 hingga 5 tahun.
  3. Beliau adalah orang ke-2 yang memeluk agama Islam selepas Khadijah binti Khuwailid iaitu istri Rasulullah SAW.
  4. Memiliki sebuah julukan “Karamallahu Wajhah” yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau selalu menjaga pandangannya dari hal-hal yang buruk.
  5. Beliau Termasuk ke dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
  6. Pedang yang digunakan beliau bernama Zulfikar.

Nama dan Salasilah Keluarga Ali Bin Abi Thalib

Nama lengkap beliau adalah Ali bin Abi Talib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf. Ibunya bernama Fatimah binti As’ad bin Hasyim bin Abdi Manaf. Sebelum diberi nama Ali, beliau dinamakan oleh ibunya dengan nama Haidarah dan pada akhirnya diubah oleh bapanya menjadi Ali. Beliau berasal dari keturunan bani Hasyim. Beliau memiliki gelaran Abu Hasan dan Abu Turab.

Lahirnya Ali Bin Abi Thalib

Beliau dilahirkan di kota Mekah dan tempatnya di dalam Ka’bah pada tahun 601 Masihi iaitu 10 tahun sebelum kenabian.

Disebabkan Abu Thalib yaitu bapa saudara Rasulullah SAW mempunyai anak yang ramai dan pada saat itu kota Mekah sedang dilanda kemarau teruk Rasulullah SAW pun mengangkat beliau sebagai anak asuhan. Ketika itu beliau berumur 6 tahun dan pada saat itulah beliau memperoleh banyak sekali ilmu yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Masuknya Ali Bin Abi Thalib Ke Dalam Islam

Beliau memeluk agama Islam pada saat beliau masih di usia kanak-kanak lagi, iaitu pada umur 6 tahun. Beliau merupakan orang ke-2 yang memeluk agama islam selepas keislamannya Khadijah binti Khuwailid iaiatu istri pertama Rasulullah SAW dan beliau juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk agama Islam.

Kisah Ali Bin Abi Thalib – Kanak-Kanak Kecil Yang Berani

Kisah ini terjadi pada suatu malam ketika orang-orang musyrikin melakukan perancangan untuk membunuh Rasulullah SAW ketika baginda hendak keluar dari kota Mekah untuk berhijrah ke Habasyah. Rasulullah SAW tidak membawa beliau untuk ikut berhijrah sekali dan memintanya untuk tetap berada di kota Mekah dengan tujuan supaya dapat memulangkan semula semua barang penduduk Mekah yang telah mereka amanahkan kepada baginda Rasulullah SAW untuk dijaga.

Pada saat rumah Rasulullah SAW sedang dikepung oleh para pembunuh, baginda meniupkan pasir yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran keluar rumahnya mengarah ke para pembunuh-pembunuh tersebut dan mereka pun dengan izin Allah SWT tertidur nyenyak. Sebelum pergi meninggalkan rumahnya, baginda memberikan arahan kepada Ali bin Abi Thalib untuk menggantikannya tidur di katilnya. Beliau sudah tahu betapa banyaknya pembunuh di luar rumah yang sudah siap untuk menyerang Rasulullah SAW, tetapi  beliau tetap berani mengambil risiko tersebut yang dapat mengambil nyawanya.

Setelah para pembunuh terjaga dari tidur mereka, mereka gelabah dan cepat-cepat pecah masuk ke dalam rumah Rasulullah SAW untuk membunuhnya. Mereka melihat katil baginda dan berfikir bahawa Rasulullah masih tidur di katilnya. Namun ketika mereka menarik selimut di katil tersebut, mereka mendapatkan Ali sedang tidur di bawah selimut itu dan bukan Rasulullah SAW. Mereka pun telah gagal untuk membunuh baginda pada hari itu.

Wafatnya Ali Bin Abi Thalib

Beliau wafat pada 21 Ramadhan 40 Hijrah atau pada 29 Januari 661 M dan dimakamkan di Kufah, Iraq. Beliau syahid dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam dari golongan khawarij yang ingin membalas dendam setelah kekalahan mereka di Nahrawan. Dia membunuh Ali bin Abi Thalib pada saat beliau sedang melaksanakan solat subuh di Kufah dengan menggunakan pedang yang dilumurkan racun berbisa.

Hadis Yang Berkaitan Dengan Ali Bin Abi Thalib

Di dalam kitab Shahih Bukhari, terdapat sebuah riwayat dari Sahal bin Sa’ad yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ketika perang Khaibar.   

عن سهل بن سعد أن رسول الله ﷺ قال يوم خيبر: لأعطين الراية غدا رجلا يحب الله ورسوله ويحبه الله ورسوله، يفتح الله على يديه

“Sungguh, aku akan menyerahkan panji pasukan ini kepada seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dan dicintai Allah SWT dan Rasul-Nya, Allah SWT akan membuka kedua tangan-Nya untuk dia.”

Lalu pada saat itu orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pemegang panji pasukan pada perang tersebut adalah Ali bin Abi Talib.

Terdapat juga sebuah hadis yang mengatakan kedudukan beliau dengan Rasulullah SAW sama seperti Harun dan Musa,

حَدَّثَنَا أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِعَلِيٍّ أَنْتَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى، إِلَّا أنَّهُ لا نَبِيَّ بَعْدِي.

Dari Abu Waqqash bahwasanya beliau SAW bersabda kepada Ali: “Engkau bagiku seperti halnya Harun bagi Musa. Hanya saja, tidak ada Nabi setelahku.”

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul Mutallib

SUMBER RUJUKAN

  1. Hadits Rasulullah SAW ungkap keutamaan Ali Abi Thalib – republika.co.id
  2. Biografi Ali Abi Thalib khalifah bergelar karramallahu wajhah – kalam.sindonews.com
  3. Biodata Saidina Ali bin Abu Talib- FB EddyWan.IamMuslim
  4. Kisah Sahabat Ali bin Abi Talib – berita pas.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − two =