Skip to content

Abdul Rahman Bin Auf: Biodata & Kisah Hidupnya

Abdul Rahman Bin Auf

Siapakah Abdul Rahman Bin Auf? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk ke dalam syurga.

Siapakah Abdul Rahman Bin Auf?

  • Beliau termasuk diantara 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga oleh Rasulullah
    SAW.
  • Beliau adalah orang yang ke-8 terawal memeluk agama Islam
  • Kehebatan beliau dalam ilmu perdagangan membuatkan beliau menjadi seorang
    sahabat yang mempunyai harta yang melimpah.

Nama Dan Salasilah Keluarga Abdul Rahman Bin Auf

Nama beliau adalah Abdul Rahman bin Auf bin Abdi Auf dan ibunya bernama Syafa
binti Auf bin Abd bin Harits.

Sebelum Abdul Rahman memeluk agama Islam, nama beliau adalah Abdu Amr atau
Abdul Ka’bah lalu setelah beliau menjadi seorang muslim Rasulullah SAW lah yang
mengubah nama beliau menjadi nama Abdul Rahman.

Beliau berasal dari keturunan bangsa arab Quraisy yang sama seperti Rasulullah
SAW akan tetapi beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang beriman kepada Allah SWT.

Kelahiran Abdul Rahman bin Auf

Banyak ahli sejarah yang mengatakan bahwa Abdul Rahman bin Auf lahir pada tahun
ke-10 selepas tahun gajah atau bertepatan pada tahun 580 M.

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang pemuda Quraisy yang hidup di tengah-tengah masyarakat
jahiliah yang menyembah berhala dan berbagai macam kemaksiatan yang dikerjakan oleh
mereka. Walaupun hidup ditengah masyarakat yang jahil, beliau tetap terhindar dan
terselamat dari dipengaruhi oleh kesesatan yang berleluasa pada saat itu. Beliau juga
berpendapat bahawa arak adalah sesuatu minuman yang terlarang lalu menghindarinya.

Masuknya Abdul Rahman bin Auf Ke Dalam Agama Islam

Abdul Rahman bin Auf memeluk agama Islam sebelum Rasulullah SAW mula untuk
berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam di Darul Arqam atau rumahnya Arqam bin Abi Al
Arqam.

Beliau memeluk Islam hari kedua setelah Sayyidina Abu Bakar As Shiddiq memeluk
agama Islam. Masuknya Abdul Rahman ke dalam agama Islam membuatkan dirinya menerima banyak
sekali dugaan dan ujian dari Allah SWT Yang Maha Penyayang sepertimana juga yang terjadi pada
Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang lain. Beliau mendapat hinaan dan caci maki
dari masyarakat bahkan dari keluarganya sendiri. Namun kesabaranlah yang menjadi
perisai untuk semua kejahatan tersebut.

Disebabkan beratnya ujian yang menimpa, Abdul Rahman bersama beberapa
sahabat yang lain pun terpaksa untuk pergi menyelamatkan diri dari kota Mekah dan berhijrah ke
Habasyah demi menyelamatkan keimanan mereka.

Dipersaudarakan Dengan Saad Bin Rabiq

Pada suatu ketika di kota Madinah, Rasulullah SAW sedang mempersaudarakan
antara kaum Muhajirin dan Anshar. Pada saat itu Abdul Rahman bin Auf telah
dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan kaum Anshar yang bernama Saad bin Rabiq.

Kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah tanpa membawa sedikit pun harta mereka dan
beberapa dari mereka juga terpaksa meninggalkan keluarga masing-masing. Oleh sebab itu, Rasulullah
SAW berharap mereka dari kaum Anshar dapat membantu saudara mereka dari kaum
Muhajirin yang berada dalam situasi yang berat ini.

Saad bin Rabiq melihat saudaranya iaitu Abdul Rahman bin Auf dengan penuh belas
kasihan kerana beliau tidak memiliki sedikit harta pun, lalu Saad bin Rabiq pun berkata
kepada beliau,” Wahai saudaraku, aku warga Madinah yang banyak harta. Aku ada dua
kebun dan aku juga mempunyai dua orang istri. Pergilah lihat dua kebunku itu dan ambillah
salah satu darinya untukmu. Pilihlah, akan aku berikan kepadamu. Selepas itu pilihlah salah
seorang dari istriku yang sesuai dengan kemahuanmu, akan aku ceraikan salah seorang
dari mereka untuk aku berikan kepadamu.” Abdul Rahman pun menjawab, “Semoga Allah
SWT memberkatimu pada hartamu dan ahli keluargamu. Akan tetapi, tunjukkanlah
kepadaku dimana letaknya pasar.”

Setelah ditunjukkan dimana letaknya pasar, beliau meminta Saad untuk membelikannya sebidang tanah yang terletak di sebelah pasar tersebut. Dari sebidang tanah dan bakat yang dimiliki, beliau memulakan perniagaan barunya dan banyak sekali hasil yang beliau peroleh. Sehingga pada suatu ketika beliau memiliki harta yang cukup lalu beliau pun menikahi seorang gadis dari kaum Anshar.

Kisah Kewafatan

Beliau wafat pada tahun ke-31 Hijrah dan pada saat umurnya 75 tahun.

Beliau dimakamkan di perkuburan Baqi sesuai dengan wasiatnya dan pada saat itu solat
jenazahnya diimamkan oleh Saidina Uthman bin Affan. Beliau meninggalkan 28 anak laki-laki dan 8
anak perempuan.

Hadis Yang Berkaitan

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia mengatakan,

كَانَ بَيْنَ خَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ وَبَيْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ كَلاَمٌ فَقَالَ خَالِدٌ
لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ تَسْتَطِيلُونَ عَلَيْنَا بِأَيَّامٍ سَبَقْتُمُونَا بِهَا. فَبَلَغَنَا أَنَّ ذَلِكَ ذُكِرَ
لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « دَعُوا لِى أَصْحَابِى فَوَالَّذِى نَفْسِى
بِيَدِهِ لَوْ أَنْفَقْتُمْ مِثْلَ أُحُدٍ أَوْ مِثْلَ الْجِبَالِ ذَهَباً مَا بَلَغْتُمْ أَعْمَالَهُمْ

“Saat itu terjadi perdebatan antara Khalid bin Walid dengan ‘Abdurrahman bin ‘Auf, hingga Khalid berkata kepada ‘Abdurrahman, “Kalian bersikap sombong terhadap kami terkait perkara-perkara yang lebih dulu kalian alami daripada kami!” Kejadian itu pun disampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda, “Demi yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud (atau seperti gunung), maka kalian tetap tidak mampu menyamai amal-amal mereka.” (HR. Ahmad)

Kisah Sahabat yang lain

Abu Bakar As-SiddiqUmar Al Khattab
Uthman Bin AffanAli Bin Abi Thalib
Saad Bin Abi WaqqasSaid Bin Zaid
Zubair Bin AwwamTalhah Bin Ubaidillah
Mus’ab Bin UmairKhalid Al-Walid
Abu Ubaidah Al JarrahAnas Bin Malik
Abdul Rahman Bin AufZaid Bin Haritsah
Muadz Bin JabalBilal Bin Rabah
Hamzah Bin Abdul Mutallib

Sumber Rujukan:

  1. Abdurrahman Bin Auf Saudagar Sukses Dan Dijamin Masuk Surga – Rumaysho
  2. AbdulRahman bin Auf – ilabur. com
  3. Kehebatan Jihad Harta AbdulRahman Bin Auf – Berita Harian
  4. Kisah Abdurrahman Bin Auf Sahabat Nabi Yang Kaya Dan Tak Lelah Bersedekah – finance.detik .com
  5. Siapa Abdul Rahman bin Auf Saudagar Kaya Yang Dijamin Syurga – FB Himpunan Ayat Suci Al-Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + nineteen =