hukum wanita haid ziarah kubur

Hukum Wanita Haid Ziarah Kubur- Boleh Atau Tidak?

Apakah hukum wanita haid ziarah kubur? Adakah haram baginya menziarahi kubur? Artikel ini akan membincangkan hukum wanita yang sedang haid menziarahi kubur.

Pengenalan

Sebelum itu, marilah kita ulang kaji kembali pengetahuan kita terhadap haid.

Haid ialah darah yang keluar dari faraj wanita dan disebabkan itu, ia haram untuk melakukan ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Ada ibadat yang perlu diganti disebabkan haid seperti puasa di bulan Ramadan.

Ia tidak sama seperti solat fardu. Jika haid, solat fardu yang ditinggalkan tidak perlu diganti.

Itulah kesan haid.

Dalam kitab Matla’ Badrain karangan Sheikh Daud al-Fatani, haid biasanya berlaku selama 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam. Paling kejap ia berlaku adalah 1 hari 1 malam. Dan, yang paling lama haid boleh berlaku adalah lebih daripada 15 hari.

Sekiranya, darah yang keluar daripada faraj itu adalah di luar daripada kadar yang disebutkan tadi, maka mungkin ia merupakan darah penyakit atau lain-lain.

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 222:

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, “Haid itu adalah kotoran.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.

Ayat ini menceritakan bahawa ketika haid, tidak boleh si suami “bersama” dengan isterinya. Sebab, darah yang keluar itu merupakan darah yang kotor. Jadi, tidak bolehlah suami bergaul ketika “kekotoran” itu masih mengalir dari faraj isteri.

Mengapa ayat ini diturunkan?

Kerana, terdapat kaum terdahulu yang memperlakukan isteri yang sedang haid dengan cara yang tidak adil. Mereka juga menganggap isteri yang haid ini sebagai kotor dan menjijikkan.

Maka, turunkan ayat ini menegaskan bahawa memang betul ia merupakan darah kotor. Jadi, ada beberapa perkara yang dilarang untuk dilakukan. Contohnya, jimak.

Bolehkah wanita sedang haid membaca al-Quran?

Dalam Matla’ Badrain, Sheikh Daud al-Fatani menjelaskan hal ini menurut Imam Ramli dan imam-imam lain yang pandangan mereka muktabar dalam mazhab Syafie.

Membaca al-Quran asalnya haram bagi wanita yang haid.

Jadi, setiap perkara yang berkait dengan membaca al-Quran adalah haram dan tidak boleh bagi wanita yang sedang haid.

Contohnya, melihat mushaf, memegang mushaf dan mengaji tadarus dan sebagainya.

Namun, ada sedikit pengecualian kepada perkara ini.

Bagi mereka yang perlu memegang al-Quran dan membaca al-Quran oleh kerana belajar, maka hal ini dibolehkan.

Contohnya, pelajar yang mendalami pengajian Islam. Mahu tidak mahu, dia harus membaca al-Quran sekiranya ia berkait dengan pembelajaran pelajar tersebut.

Jadi, untuk keperluan tertentu, dibolehkan untuk membaca al-Quran seperti mendalami ilmu, mengulang hafazan al-Quran dan sebagainya.

Hukum wanita haid ziarah kubur

Apakah hukum wanita haid ziarah kubur? Berkenaan ini, ulama khilaf pandangan. Ada yang mengatakan bahawa wanita haram secara umum untuk menziarahi kubur sama ada sedang haid atau tidak.

Kalau kita membaca Safintun Najah, tidak ada dikatakan di mana-mana bahawa menziarahi kubur ketika haid itu haram.

Baca hadis berikut:

Suatu hari Aisyah datang dari kubur. Lalu aku bertanya, “Wahai Ummul Mukminin, anda dari mana?” Dia menjawab, “Dari kubur wahai saudaraku, Abdurrahman bin Abu Bakar.” Aku bertanya lagi kepadanya, “Bukankah Rasulullah telah melarang ziarah kubur?” Dia menjawab, “Benar, beliau memang dulu melarangnya kemudian beliau memerintahkannya.” (Riwayat al-Hakim)

Hadis ini dijadikan sebagai sandaran umum kepada hukum dibolehkan untuk menziarahi kubur walaupun ketika haid ataupun tidak, lelaki mahupun perempuan.

Terdapat hadis lain yang digunakan sebagai sandaran dalam mengharamkan perbuatan menziarahi kubur, namun hadis tersebut didapati daif. Hal ini boleh dirujuk dalam Majmu’ Syarah al-Muhazzab.

Artikel Berkenaan Dengan Wanita Haid

Hukum Potong Kuku Ketika HaidHukum Wanita Haid Masuk Masjid
Hukum Baca Al Quran Ketika HaidDarah Haid: Definisi, Tempoh & Ibadah Yang Dilarang

Ringkasan

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum wanita haid menziarahi kubur. Banyak hadis atau dalil umumnya digunakan untuk menyokong pandangan berkenaan.

Namun, pandangan yang diterima dalam konteks negara kita ialah wanita dibolehkan untuk menziarahi kubur walaupun sedang haid.

Rujukan

  1. Safinatun Najah
  2. Matla’ Badrain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =

Scroll to Top