Siapakah Bilal Bin Rabah? Artikel ini akan membincangkan biodata salah seorang sahabat yang sentiasa bersama dengan Nabi Muhammad SAW.
Siapakah Bilal Bin Rabah?
- Bilal bin Rabah adalah seorang muslim yang banyak menerima penyiksaan dan penganiyaan, namun dengan keteguhan imannya membuatkan dia kuat dan tetap bersabar menghadapi kejahatan-kejahatan dari musuh Islam.
- Beliau juga dikenali atau disebut sebagai Bilal Al Habasyi
- Beliau merupakan muadzin yang pertama kali mengumandangkan azan dalam sejarah Islam
Nama dan Salasilah Keluarga Bilal Bin Rabah
Nama lengkap beliau adalah Bilal bin Rabah. Bapanya bernama Rabah yang merupakan keturunan Arab sementara ibunya yang bernama Hamamah berasal dari keturunan Abasyiah.
Lahirnya Bilal Bin Rabah
Bilal bin Rabah dilahirkan pada tahun ke-43 sebelum hijrah dan bertempat di Kota Mekah. Beliau berasal dari negeri Habasyah yang sekarang ini namanya adalah Ethiopia.
Pada saat masih kecil beliau menjadi hamba anak yatim Bani Abdul Dar dan berada di bawah penjagaan Umaiyah bin Khalaf. Beliau menjadi hamba kepada Amit bin Khalaf.
Masuknya Bilal Ke Dalam Agama Islam
Bilal bin Rabah termasuk dari kalangan orang-orang yang awal menerima dan memeluk agama Islam. Beliau mempunyai seorang sahabat yang bernama Al Fadhil, dialah yang mengajak Bilal untuk memeluk islam pada saat itu dan bertempat di Syam.
Masuknya beliau ke dalam Islam membuatkan dia banyak menerima penyeksaaan, kekejaman dan bermacam lagi kejahatan dari kaum musyrikin. Disebabkan beliau termasuk golongan hamba yang tidak memiliki keluarga, orang-orang musyrik Quraisy dengan beraninya selalu melepaskan geram mereka terhadap Islam kepada mereka.
Kisah Bilal Bin Rabah Diseksa Oleh Umaiyyah Bin Khalaf
Pada suatu hari di bawah teriknya sinar matahari yang memancar dan suasana yang sangat panas membakar, pakaian Bilal pun dilepas oleh Umaiyyah bin Khalaf beserta dengan sekumpulan orang-orang musyrikin. Mereka memaksa Bilal untuk memakai baju besi kemudian menjemurnya di bawah teriknya sinar matahari yang panasnya membakar. Lalu mereka menggunakan cemeti untuk memukul Bilalsambil menyuruh secara paksa untuk memaki dan menghina Rasulullah SAW. Namun keimanan dan keyakinannya yang kuat membuatkan beliau tetap berpegang teguh dengan Islam dan terus kuat untuk menghadapi segala macam seksaan yang diberikan oleh mereka. Pada saaat diseksa dia tidak mengeluarkan kata-kata apapun melainkan hanya mengatakan, “Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!”
Ketika Umaiyah bin Khalaf sudah mula berputus asa untuk menyeksa Bilal, dia mengikat leher Bilal dengan tali yang besar kemudian dia berikan tali tersebut kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak. Setelah Itu dia menyuruh mereka mengheretnya ke semua tempat di kota mekah dan mengheret beliau di tanah yang berbatu sambil berlari.
Beritu itu pun sampai di telinganya Abu Bakar Ash-Shiddiq. Abu Bakar pun pergi untuk menemui Umaiyah dan memerdekakan Bilal dengan membelinya seharga 9 dinar emas.
Umaiyah sengaja meletakkan harga yang mahal dengan harapan supaya Abu Bakar tidak membelinya, namun dalam hatinya Umaiyah berkata,“Seandainya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 dinar emas.”
Pada waktu yang sama juga Abu Bakar berkata dalam hatinya, “Seandainya dia tidak mahu menjualnya dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 dinar emas.”
Setelah kejadian itu, Bilal pun gembira atas merdekanya beliau dari menjadi seorang hamba. Beliau memulakan kehidupan barunya yang bebas tanpa adanya tekanan hidup dari orang lain.
Kemudian tidak lama setelah itu beliau bersama orang-orang islam yang lainnya pergi dari kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah dan memulakan kehidupan baru yang lebih aman dari gangguan kaum kafir Quraisy.
Wafatnya Bilal Bin Rabah
Sebelum wafatnya Bilal bin Rabah, beliau berpindah dari Madinah ke Syam atau Damaskus. Pada suatu hari munculnya wabah penyakit di kota syam dan beliau pun terkena penyakit wabah tersebut. Hinggalah pada akhirnya beliau pun wafat disebabkan wabah penyakit tersebut. Bilal bin Rabah wafat pada tahun ke-20 Hijrah dan dimakamkan di sana.
Hadis Tentang Bunyi Telapak Kaki Bilal Sedang Berjalan Di Dalam Syurga
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, daripada Abu Hurairah RA berkata bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada saat solat subuh,
يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ
Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kakimu di sisiku di dalam Syurga. Bilal menjawab: Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhu pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhu tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.”
Kisah Sahabat yang lain
RUJUKAN
- Kisah Tapak Kaki Bilal Di Dalam Syurga – MuftiWP
- Kisah Azan Terkahir Bilal yang Bikin Semua orang Menangis – Liputan 6
- Kisah Sahabat Nabi: Bilal Sang Muazin Rasulullah SAW – Republika
- Kisah Bilal . Orang Pertama yang Mengumandangkan Azan Di Dunia – Detik.com