hukum lelaki pakai emas

Hukum Lelaki Pakai Emas. Boleh atau Tidak?

Apakah hukum seseorang lelaki itu pakai emas? Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas berkenaan hukum sama ada seseorang lelaki boleh dibenarkan pakai barangan emas ataupun tidak.

Pengenalan

Emas merupakan logam yang mempunyai unsur kimia yang diambil daripada butir batu. Emas harganya mahal. Ianya merupakan barang ribawi yang mana dulunya digunakan sebagai wang pertukaran. Tidak seperti sekarang yang sudah memakai wang kertas. Emas ini harganya di pasaran naik turun, maka ramai yang sedang melabur menggunakan emas.

Hukum Lelaki Pakai Emas

Tapi, ramai di antara kita yang memakai emas sebagai perhiasan. Apa pula hukumnya?

Dalam satu hadis daripada Abu Huraira RA, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada hadis ini kita dapat faham bahawasanya lelaki boleh pakai cincin. Tetapi, lelaki tidak boleh pakai cincin emas. Terbalik pula dengan wanita. Wanita boleh pakai cincin termasuklah emas juga. Apa jua jenis perhiasan baik emas atau lain-lain, diharuskan wanita untuk memakainya. Lain dengan lelaki, emas diharamkan baginya.

Rasulullah juga ada bersabda:

Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi, An-Nasa’i,dan Ahmad)

Hadis ini menjelaskan lagi bahawa lelaki haram untuk pakai perhiasan emas kerana ianya khusus untuk wanita. Sama juga dengan sutera, ia khas untuk wanita. Lelaki haram pakai barangan emas dan sutera.

Dalam bentuk apa pun emas tersebut, baik emas putih atau lain-lain, tetap hukumnya haram bagi lelaki. Ini yang disebut dalam Fatwa Wilayah Persekutuan. Fatwa tersebut mengambil satu kaedah fiqh berikut untuk menentukan yang ianya haram:

Apabila berkumpul perkara halal dan haram maka perkara haram akan lebih menguasai.” (Rujuk Ashbah Wan Naza’ir karangan Imam As-Suyuti)

Sebab mengapa diambil kaedah ini adalah kerana emas putih ialah emas yang bercampur dengan bahan logam lain sehingga ia menjadi warna putih. Jadi, apabila haram dan halal itu bergabung, tidak kisahlah emas itu bergabung dengan apa jua jenis logam, maka yang haram itu lebih diambil sebagai hukum.

Jadi, kalau lelaki memakai cincin emas putih, hukumnya tetap haram sebagaimana lelaki memakai cincin emas biasa.

Menurut kajian saintifik, bentuk tekstil kulit lelaki dan wanita berbeza. Emas sebenarnya tidak elok bagi kulit lelaki. Sifatnya ia menembusi kulit masuk ke dalam badan lelaki. Tetapi, tidak bagi wanita. Itu antara hikmah yang kita boleh dapat berdasarkan kajian saintifik.

Apa kesannya kalau emas itu tembus masuk dalam badan lelaki?

Kesannya adalah akan berlakunya protein clumping iaitu protein berkumpul. Ia memberi kesan tidak elok pada sistem kardiovaskular lelaki. Bila protein terkumpul, saluran darah akan tersumbat. Maka, ia akan jadi toksik sebab ia tidak berfungsi.

Kenapa wanita tak kena benda ini? Kerana wanita ada hormon estrogen, manakala lelaki tiada. Hormon aktif dalam melakukan kerja-kerja peredaran darah dalam badan wanita, lagi-lagi ketika mereka mengalami haid.

Jadi, bila golongan wanita memakai emas, tak adalah akan tersumbat saluran darah mereka. Ia akan diselamatkan oleh hormon estrogen ini. Itu serba sedikit hikmah pengharaman memakai emas kepada golongan lelaki dan harus bagi golongan wanita dari sudut saintifik.

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa ijmak ulama yang haram lelaki memakai cincin emas dan apa-apa jenis perhiasan emas juga. Begitu juga kalau perhiasan itu separuh emas dan separuh bukan emas, tetapi juga haram hukumnya. Contohnya, cincin yang bahagian atasnya perak manakala bahagian bawahnya emas, hukumnya tetap haram.

Dalam isu pemakaian jam tangan emas, juga dibincangkan oleh Fatwa Lajnah Ad-Daimah. Ia menukilkan kata-kata Sheikh Ibnu Al-Uthaimin yang haram bagi lelaki memakai jam tangan emas, ia diharuskan bagi wanita sahaja. Ijmak ulama mengatakan apa jua jenis perhiasan yang berbentuk emas, haram bagi lelaki, harus bagi wanita.

Kesimpulan

Hukum pakai apa saja perhiasan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. Apa jua jenis perhiasan termasuklah cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Rujukan:

  1. AL-KAFI #953: THE RULING OF MEN WEARING WHITE GOLD: MUFTI WILAYAH
  2. Is wearing a gold wedding ring prohibited for men? If yes, kindly clarify with supporting verses and hadith – Dar-alifta
  3. Can men wear gold in Islam?: Al-quran Classes
  4. Is it permissible for men to wear watches made in gold?: Islamqa
  5. AL-KAFI #953: HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS PUTIH: Mufti Wilayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + three =

Scroll to Top