hukum cabut uban

Hukum Cabut Uban. Boleh atau Tidak?

Apakah hukum cabut uban? Adakah ia dibenarkan ataupun tidak? Artikel ini akan membincangkan hukum berkenaan cabut uban ini.

Pengenalan

Ramai orang kata, uban ini tumbuh sebab dah tua. Sebenarnya, tak semestinya. Ada saja orang yang berumur dalam lingkungan 30an sudah tumbuh uban, ada juga orang yang sudah mencapai umur 60, tetapi rambut masih hitam legam. Kata seorang dermatologis dari University of Melbourne, Professor Rodney Sinclair, uban ini terjadi sebab genetik.

Uban ini apa? Dari rambut berwarna hitam, bertukar jadi warna putih. Genetik adalah faktor terbesar kepada tumbuhnya uban itu. Secara biologinya, uban ini terjadi oleh kerana sel melanin yang tumbuh dalam badan, ianya juga berperanan sebagai mengubah warna rambut itu sendiri.

Disebabkan uban ini disinonimkan dengan tua, maka ramai yang nak cabut uban. Dari sudut kesihatan itu sendiri, mencabut uban itu tidak sihat. Ismael Galvan pada tahun 2012 dari Muceo Nacional de Ciecial Naturelas buat kajian yang mencabut uban akan membawa implikasi rambut gugur dan kering. Sebenarnya, ada uban itu elok. Ia sihat untuk menggabungkan sel-sel otak.

Apa hukum cabut uban?

Ada yang cakap makruh, ada juga yang cakap haram. Rasulullah bersabda:

Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam Islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah juga bersabda dalam riwayat yang lain:

Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan Allah akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan Allah akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

Imam An-Nawawi sebut dalam Al-Majmu’, hukum cabut uban adalah makruh. Tetapi, kalau ada yang cakap haram sekalipun, itu tidak jauh daripada kebenarannya juga. Boleh jadi haram. Imam An-Nawawi bawakan kaedah fiqh berikut:

Larangan itu membawa kepada hukum pengharaman.

Walaupun, bila ada larangan pastilah hukumnya automatik menjadi haram. Namun, dalam hal ini dikira makruh sebab ada dalil lain di mana Anas Bin Malik berkata:

Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.” (Riwayat Muslim)

Jadi di sini, hukum makruh yang kita pakai. Ini yang Imam An-Nawawi sebut bagi mazhab Syafie. Ianya makruh, tidaklah haram.

Tapi, memiliki uban ini adalah kelebihan!

Kelebihan ada uban

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang tumbuh satu uban di jalan Allah maka uban tersebut adalah cahaya untuk dirinya pada hari kiamat.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Apa maksud di jalan Allah? Maksudnya boleh jadi berjihad dan timbul perasaan takut kepada Allah. Ini yang sebutkan oleh Sheikh Al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfat Al-Ahwaazi.

Bagaimana pula sekiranya warna uban itu kita ubah?

Ubah warna uban

Tengok keadaan. Kalau kita muda, tetapi ada uban. Harus untuk kita warna dia kepada warna hitam atau lain-lain sebab tak kena dengan lumrah ‘muda’ itu. Tapi, kalau sudah tua, tapi warnakan kepada warna hitam, itu haram. Sebab ada unsur penipuan. Sudah tua, tapi pergi warnakan warna hitam, seperti nampak muda. Itu penipuan. Nak warnakan warna lain boleh, tetapi bukan warna hitam.

Rasulullah sebut pada Abu Quhafah yang beruban putih rambut beliau ketika pembukaan kota Mekkah:

Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” (Riwayat Muslim)

Ini yang disebut oleh Imam An-Nawawi juga dalam Al-Minhaj. Sebaiknya, jaga sajalah rambut yang beruban itu. Yang salahnya, bukan uban itu, tetapi persepsi masyarakat. Seolah-olah teruk sangat pula bila beruban ini. Padahal, ianya biasa saja.

Kesimpulan

Hukum mencabut uban adalah makruh. Uban ini apabila rambut hitam jadi putih. Ia sebahagian besarnya adalah disebabkan genetik. Ramai yang sangka ianya buruk, sedangkan ianya bagus. Rasulullah sebut, uban ini cahaya pada hari kiamat. Maka, simpan sajalah.

Kalau nak ubah warna kepada hitam, hanya orang muda saja yang boleh. Kalau dah tua, haram hukumnya. Seeloknya, uban ini simpan saja dan anggaplah ia normal. Bukan sesuatu yang pelik pun. Yang pelik itu adalah persepsi masyarakat. Itu sahaja.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − fifteen =

Scroll to Top