Skip to content

Hukum Melabur Matawang Kripto. Adakah dibenarkan melabur atau tidak?

hukum bitcoin

Apakah hukum melabur dalam matawang? Artikel ini akan membincangkan hukum melabur matawang kripto sama ada ia dibenarkan dalam islam ataupun tidak.

Pengenalan

Apabila kita berbicara tentang hal ehwal kewangan, kita harus terlebih dahulu memahami falsafah kewangan yang berlandaskan syariat Islam. Ada beberapa yang kita harus pegang terlebih dahulu iaitu:

  1. Setiap transaksi mesti berdasarkan jual beli yang sah dan juga pelaburan aset yang sah juga. Haram untuk menggunakan duit untuk buat duit. Ambil keuntungan daripada duit seperti hutang yang terdapatnya bunga, berdagang mata wang seperti forex trading dan sebagainya.
  2. Pelaburan mesti ada kena mengena dengan manfaat masyarakat kebanyakan bagi mempromosi tolong menolong dalam suasan kemasyarakatan.
  3. Risiko mesti sama-sama kena. Maknanya, contoh dalam takaful. Semua berkongsi risiko. Bukan seperti insurans yang mana pihak insurans terus mendapat duit tanpa sebarang kekurangan pada pihaknya. Hal ini haram. Risiko wajib dikongsi. Risiko satu pihak menjadikan transaksi itu zalim. Kezaliman itu membawa hukum haram.
  4. Jauh daripada tiga perkara haram dalam kewangan iaitu riba, gharar (ketidaktentuan) dan juga maisir (perjudian).

Ini serba sedikit prinsip dalam kewangan Islam. Kita tidak boleh memakai hujah ‘untung’ untuk menghalalkan transaksi yang kita buat seperti forex trading. Memanglah forex trading itu menguntungkan. Dapat duit yang banyak. Tetapi, apakah ia berlandaskan syariat Islam? Ia buat duit dengan duit. Duit itu medium of exchange (medium pertukaran), bukan aset benda yang boleh dijual beli.

Pada zaman Rasulullah dulu, mata wang yang diguna hanyalah dinar dan dirham. Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran ayat 75:

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

Allah juga berfirman dalam Surah Hud ayat 87:

Mereka berkata: “Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?

Imam At-Tabari dalam Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran mengatakan bahawa bahagian “supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami?” adalah tentang pemecahan dan pemotongan dirham.

Mata wang digunakan untuk menguruskan transaksi dengan cara yang sah sekaligus mengurus keutuhan masyarakat, bukan untuk dilakukan dengan cara yang tidak adil. Riba itu merupakan contoh bahawa duit dilakukan dengan cara yang zalim. Sebab itulah ia haram. Buat duit dengan duit. Itu haram. Buat duit dengan benda, itu sah.

Itu secara umum. Wang kertas yang kita gunakan hari ini merupakan medium pertukaran nilai (benda) yang kita mahu. Mahu membeli kereta, guna wang. Apa-apa jua yang kita beli, pastilah wang sebagai pertukarannya.

Matawang Kripto

Matawang kripto diasaskan pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Ianya merupakan mata wang digital tanpa pusat. Kalau wang kertas yang kita guna sekarang ini, semua berpusat kepada bank masing-masing. Kalau bitcoin ini pula, tiada pusatnya. Ia dicipta untuk melakukan pembelian atas talian secara terus tanpa perantara.

Bagaimana nak mendapatkan bitcoin? Melalui mining. Mining ini tanpa melibatkan duit sebenar pun. Hanya selesaikan sedikit puzzle perkomputeran, bolehlah dapat bitcoin tersebut. Duit dalam talian itu juga berbentuk token.

Dapatlah kita faham bahawa bitcoin ini sukar nak didapati, bekalannya juga terhad dan susah juga hendak dipastikan (verify). Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan yang bitcoin tidak sah sebagai mata wang dan tidak dikawal selia oleh BNM. Masyarakat hendaklah berhati-hati dalam menggunakan bitcoin.

Hukum bitcoin

Hal ini khilaf. Semua pendapat ada sandarannya masing-masing. Majoriti pakar ilmu mengatakan yang ianya haram manakala sedikit sahaja yang mengatakan yang ia harus.

1. Fatwa yang mengatakan yang ia haram

Majlis Fatwa Mesir mengatakan yang bitcoin sebagai haram. Sebabnya, ia mempunyai unsur riba, gharar dan maisir ketika berurusan dengan duit digital berkenaan. Ia juga tidak dikawal selia, maka boleh berlaku eksploitasi dan penipuan.

Sheikh Al-Qaradaghi juga mengatakan yang ia haram kerana terdapat kesamaran yang besar padanya. Tidak pasti apa nilainya. Mata wang mesti diterima umum dalam satu masyarakat untuk menjadikan ianya sah. Di Malaysia, ia tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sendiri.

2. Fatwa yang mengatakan yang ia harus

Dr. Daud Bakar mengatakan yang ianya harus kerana setiap perkara yang didakwa sebagai samar-samar dan nilai tidak stabil semua itu dikira sebagai normal menurut Dr. Daud Bakar. Ia tidak langsung ada kena mengena dengan hukum harus terhadap kripto.

Semua transaksi yang berlaku dengan bitcoin hendaklah dilakukan dengan tanggungjawab sendiri dalam memastikan ianya patuh syariah, bukannya sistem itu yang tidak bertepatan dengan syariah, akan tetapi pengguna sendiri yang tidak bertanggungjawab.

Kesimpulan

Hukum Matawang Kripto kebanyakan ulama mengatakan bahawa ia haram dan tidak patuh syariah. Sebabnya, ada unsur kesamaran, nilai yang tidak stabil dan tidak ada pengawal selia akan ia. Hal ini membuatkan ianya tidak selamat untuk digunakan. Sebab-sebab tadi semua menjadikan ia sebagai satu produk yang tidak pasti. Haram untuk kita melakukan transaksi yang tidak pasti.

Selain itu, ada juga mengatakan yang ianya harus kerana dakwaan yang bitcoin sebagai wang digital haram sebagai dakwaan yang tidak betul. Ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ia jauh daripada unsur penipuan dan sebagainya sekaligus membolehkan ianya halal digunakan.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas KuburHukum Melabur ASB

Rujukan

  1. Bayan linnas Siri Ke-153: Hukum penggunaan mata Wang bitcoin. (2018, November 15). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 
  2. Halal cryptocurrency guide. (2021, May 5). Islamic Finance Guru. 
  3. How does bitcoin mining work? (n.d.). Investopedia. Is bitcoin halal or Haram? Bitcoin fatwa in Islam | AIMS UK. (2020, September 15). AIMS. 
  4. Islamic finance | F9 financial management | ACCA qualification | Students | ACCA global. (n.d.). ACCA Global.
  5. Scholars who say cryptocurrency is Haram and those who say its halal. (2020, September 22). Islamic Finance Guru. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =